Midnight Sky

Saturday, November 1, 2008

Shallom…

Apa kbr? Semoga sihat la kan. Kali ini saya mau cerita sikit-sikit la pasal alam semesta ini. Boleh ba kan kampung kaaampung punya.

Apa itu alam semesta (universe) ?

Alam semesta yang saya maksudkan di sini ialah semua benda yang wujud hari ini.

Apabila anda memandang ke langit di waktu malam, kelihatan saaaangat banyak objek bersinar. Objek-objek yang kita nampak itu majoritinya adalah bintang, dan juga beberapa buah planet, komet, meteorite, asteroids, galaksi, supernova, nebulae dan macam-macam lagilah dan juga objek yang semua orang kenal iaitu bulan. Ada juga orang cakap satellite heheh. Selain itu ada juga objek-objek pelik misalnya telur tarabang, balan-balan.... eeeeetata...

Apakata kita lihat satu persatu objek-objek ini bermula dari sistem suria kita. Saya yakin sekarang ni anda sudah tahu apa itu sistem suria. Anggapan saya inda suda ba kamurang ini menganut kepercayaan lama kununnya bumi ini adalah pusat alam dan semua objek-objek tadi tu bertawaf mengelilingi bumi. Itu inda laku suda sekarang ar... hehe.

A picture worth more than a thousand words, jadi tinguk saja la gambar ini dan penjelasannya yang ringkas. Kita mau tau dulu nama planet-planet dalam sistem solar kita ini... klik la itu gambar supaya lebih jelas label nombornya.




Suku sakat dalam sistem suria kita ni adalah...

1. Bos la sepa lagi. Ini la dia bintang yang kita kasi nama Matahari. Sedikit ja nampak pasal agayo babanar... Kalu kita gabung semua yg dari numbur (2) sampai numbur (21) pun inda dapat lawan ni bos dari segi jisim (mass) dan saiznya.

2. Nah... itu pancutan gas yang terbakar tu. Orang putih bilang Prominence.

3. Planet pertama dlm keluarga matahari ini namanya Mercury. Kalau melayu Utarid. Nda tau pula dalam bahasa Kimaragang apa.

4. Penet kedua ialah Venus atau Kejora. Terang ni di langit. Selalu orang keliru bilang satelite la, ufo la... Tapi paling sa nda suka dengar istilah bintang Kejora. Bukan bintang baitu topinai, planet baaaa....!

5. Nah... sinilah kitorang tinggal ba. Bumi.

6. Geng setia dan satelite semulajadi kita. Satelite ini dinamakan Bulan. ...Moon ka dit turang puti...’

7. Planet Marikh atau Mars. Planet ni ada dua satelite semulajadi iaitu Phobos (8) dan Deimos (9). Kelihatan berwarna merah planet ini. Sebab itu digelar juga sebagai The Red Planet.

8. Phobos

9. Deimos. Heheh... lain juga ini nama. Sia ingat satu sumandak nama dia Carreca Deimos. Saaaana suda dia di Switzerland study. Sioknya dia...

10. Ini la bah Asteroids tuuu... batu batuan yg baaaanyak...

11. Planet paling besar dalam sistem solar kita ini namanya Jupiter atau Musytari. Oleh sebab dia besar, graviti planet ni pun besar juga (lebih kuat). Jadi tu asteroids lebih cenderung jatuh ke Jupiter daripada pigi bumi. Fuh... makasi Jupiter... relax kamurang bah Kee Heritage, Dewi Nuwa, om e’odu, ada juga Jupiter jadi penyelamat setakat ni hahahaha... Penet ni kalu inda silap sia la ada dua belas satelite semulajadi. Tapi yang pemes ni empat la. Orang yang kasi pemes ni empat satelite ialah si Galileo Galilei. Empat satelite ni dari numbur (12) sampai numbur (15). Yang satelite lain tu nda payah la... kici.

12. Io

13. Europa

14. Ganymede

15. Callisto

16. Planet Zuhal atau Saturn. Cantik ooo ni penet. Ada cincin di tepi (ring). Mangkali ramai tu kan cewek-cewek cakep sana.. Ada beberapa satelite juga, paling besar namanya Titan (17).

17. Titan.

18. Planet Uranus. Inda tau apa kalau Melayu ooo... kira sendiri berapa satelite dia ada. Nda paya la cerita itu...

19. Planet Neptune.

20. Triton. Satelite Neptune yang paling besar ni.

21. Penet paling jauh dan kici ni namanya Pluto. Tapi sekarang status Pluto bukan lagi dianggap planet. Jan ko frust sana bah Pluto. Sapa suru ko kici betul. Kesiaaannn...



Begitulah serba sedikit pasal objek-objek dalam sistem solar kita. Nda heran ka balik balik saya tulis satelite? Sebenarnya istilah yang betul untuk setiap objek kecil yang mengelilingi planet tu ialah satelite. Contohnya Moon, Phobos, Titan dan lain lain la. Hmm... buli la ba ni sebagai pengenalan kan? Aik... mana Penet X atau Nibiru itu? Nanti kita cerita lain la yang itu arr. Lukisan di atas itu tidak ikut skala yang betul. Jarak pun nda betul. Yang grid di bawah ni tunjuk lebih tepat jarak diorang ni. Klik saja tu gambar supaya nampak besar.




Stop dulu la ok. Nanti sambung lagi kalu sa ada masa. Byeeee.

9 comments:

Mu Rong November 1, 2008 at 11:01 PM  

des... mana tu nibiru?

Aiso November 1, 2008 at 11:19 PM  

jan ko risau, 2012 tu sampai hehehe

DewiNuwa November 1, 2008 at 11:35 PM  

aiks, klu status planet pluto tu bukan lagi planet, jadi apa la dia tu? nda pula aku tau ni, rupa2nya pluto bukan lagi sebuah planet.. kesian baahh...

Unknown November 2, 2008 at 12:14 AM  

Very fine......

BUNG ADI November 2, 2008 at 12:59 AM  

Samaada semua cakapanmu itu betul atau tidak, aku tau kau tulis berdasarkan ilmu. Itu yang saya respek. Planet2 ni saya x terjangkau, jauh sangat, tapi mungkin sampai ke sana juga laa, wpn sekadar kartun angkasa...he3x

e'Odu November 2, 2008 at 1:45 AM  

hehehe.....capatlah ceta pasal nibiru... sama macam aku parna baca yang sebanarnya ada 13 penet ba..cubakah ko ceta aiso...

Aiso November 2, 2008 at 4:46 AM  

aik... second time gooooood gal comment o... hu r u?

BUNG ADI November 3, 2008 at 12:09 AM  

Besok insyaallah korang adik beradik dapat "kartun basikal" yang korang suka crita2 tu. Kasian ba aku sama korang...x simpan itu foto kenangan basikal kan? 2la pasaal saya lukiskn kartun. Korang copy la nanti ek. bye...

Mu Rong November 4, 2008 at 1:07 AM  

bos, sibuk ka?

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP