Karma

Thursday, October 30, 2008

hi...

Wah, tiba2 lari pigi hukum karma suda ni blog hahha. Dulu aku selalu baca buku2 si Anang. Antaranya author yang banyak buku dia beli ni ialah T. Lobsang Rampa. Menurut author ini hukum karma itu kira-kira seperti ini...

Satu hukum / adat lama yang digunakan oleh masyarakat sebelah Timur sebagai panduan hidup mereka. As you sow so shall you reap. Do good to others, the more good you do, the more good has to be done to you. Dari tulisan Lobsang Rampa ini yang saya faham ialah hukum karma itu ada kaitannya dengan idea reincarnation (kelahiran semula). Kawan saya apek Ooi selalu perli saya macam ni... "mungkin kau ni di kehidupan lalu hidup sebagai seorang raja yang ramai gundik, sebab itulah kau tidak kawin kawin" hehe. Apalah dia ni.

Mungkin anda tidak dapat mengadaptasikan hukum karma dengan faith anda atas sebab reincarnation itu. Namun bagi saya secara amnya hukum ini adalah satu peringatan yang sangat baik untuk dijadikan panduan. Saya ada versi saya sendiri apa itu hukum karma. Setiap kali orang bertanya apa itu hukum karma saya jawab dengan muka serius dan cakap macam ini...

"apa yang kita lakukan akan balik kepada kita. kalau misalnya kita mencuri hari ini, nanti belakang hari kita pula kecurian. kalau kamu mau bukti yang lebih cepat senang saja. Hari minggu pergilah ke tamu di Gaya Street. Ada raaaaamai orang di sana tu. Majoritinya kita tidak kenal. Kalau kamu senyum pada seseorang pasti dia akan senyum balik. Kalau kamu tunjuk muka masam pasti juga dia tunjuk muka yang laaagi masin! Atau kalau kurang yakin juga cari penjual anjing. Ada tu.... cuba kamu gigit tu anjing, pasti dengan segera kamu akan digigit balik. hahahaha".

Apa lagi, semua yang bertanya tu geram tapi berabis juga ketawa sebab saya main-main. Hm... anda pun tentu ada definisi sendiri apa itu hukum karma. Jangan ikut si Felix Agus, hukum kurma dia bilang.

Tapi yang penting ialah hukum alam fizika. Tidak kesahlah apa kepercayaan anda, hukum ini tetap juga mempengaruhi hidup anda. Contohnya, tidak kiralah samada anda Muslim, Kristen, Judaism, Buddhist, Hindu, Pagan, Kafir... atau apa-apa saja la yang anda anuti, namun masih juga anda semua tidak dapat lari dari hukum graviti. Itu baru satu hukum alam fizika yang saya beri sebagai contoh. Menurut hukum termodinamik kedua, kita semua ini makin reput kakakaka... ada baaaanyak lagi hukum2 fizika yang sentiasa mempangaruhi hidup kita ni.

OK la, nanti sembang-sembang lagi. Mana yang baik tu diingat, yang tembirang ja tu ditapis la ba kan... kan kan...

baabai.

9 comments:

e'Odu October 30, 2008 at 9:41 PM  

naaa....mmg betul laitu aiso, apa yg kita buat hari ni tu la yang kita dapat kemudian hari...mcm ada kaitan dengan kisah ko kasi turun aku balik2 dari basikal waktu kecil, jadi bila besar ada kesannya....khakhakha ndak ba, aku rasa kebetulan jak tu...hehehe

Mu Rong October 30, 2008 at 9:53 PM  

apa itu? cuba cerita..

mana tu teori big bang and expanding universe oo?

ok la tu hukum karma aku pun memang parcaya tapi aku mo tanya ko percaya hantu ka? cuba explain dari segi saintifik, bukan apa sangat sesuai untuk urang penakut cam aku untuk membuat alasan supaya nda takut hehehe...

BUNG ADI October 30, 2008 at 9:54 PM  

yA. iTU HUKUM. Hidup memerlukan hukum dan hukuman, jika tidak susa mau hidup. Bayangkan: pisau tajam - kalau sekejap boleh memotong, sekejap tidak boleh? amacam? - binggung manusia. - kejap pakai pisau, kejap pakai selipar, kejap pakai lain lagi. So, MANUSIA MESTI PAKAI HUKUM, KALAU SALAH TERIMALAH HUKUMAN, tapi yang berkuasa - MESTI MENGHUKUM DENGAN ADIL...

AragangTandik October 31, 2008 at 6:37 AM  

emmmmm aku suka kalu bole putung - pakai selipar. ha ha ha

Aiso October 31, 2008 at 9:07 AM  

ikhlasnya aku nda berapa percaya hukum karma. hehe, siou ar...

Lebon Botong October 31, 2008 at 5:50 PM  

urang sungai kata ' kisas ' urang dusun kata 'tula' itulah namannya baik d bls baik jahat d bks jahat ....

Kee Heritage October 31, 2008 at 8:32 PM  

aku percaya..
aku tidak percaya falsapah ini saja..
"berani kerana benar, takut kerana salah!" sekarang ramai orang berani buat salah, takut buat yang benar pasal nanti kena kasi ketawa dan tidak rock bilang kawannya.. kakaka..

Lagipun ujian pertama aku masa aku darjah satu telah membuktikan. Aku dengan nda sengaja kasi pecah pasu bunga orkid arwah mama. Dengan beraninya aku pi kasitau dia (sebab hari tu aku belajar tu falsapah di skul). Terus aku kena rotan...

BUNG ADI November 1, 2008 at 2:42 PM  

ikut aku yang kampung2 ni, dipujikah, dikatawin ka, dirotan ka, diapa-apapun itu hukum juga. Ada hukum dari manusia, ada dari binatang, ada dari DIA. Dan Dia telah mengatur hukum untuk hukum menghukum ini. Naluri manusia dan pengetahuan manusia. AturanNYA baik, yang tak baik itu bukan dari DIA laa...he3x.Oya, tahniah kpd kee haritage sb lurus bendul. Time tu ko tentu x tau apa faedahnya buat baik gitu, skrg ko da berjaya dalam hidup - sedikit sebanyak kerana sifat keluruhan hatimu. Kpd owner ni blog : JANGAN ON OFF. Ko tu mari lain2. Pandai busan, pandai baranti. hihihi

DewiNuwa November 1, 2008 at 3:05 PM  

hhmmm.. bila ckp pasal "what you sow you shall reap" ni.. teringat pula pada suatu ketika dulu.. kira2 sethn atau 2 thn gitu.. ada org ckp tu sama aku.. tapi bukan pasal aku lah hahahha.. dia explain bagi aku ja.. satu kejadian yg sedih, tapi yalah.. apa buli buat lah.. maka oleh itu la aku sangat2 percaya akan hukum karma, hukum alam dan segala2 hukum di dunia ni.. cuma.. sendiri kadang2 nda mau ikut hukum hahahahahhh..

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP