Mentari di hujung rambut

Saturday, October 25, 2008

Hai, jumpa lagi. Baiklah, kita sambung kisah sistem matahari itu. Sebelum ini saya sudah jelaskan kenapa matahari akan kelihatan terbit di sebelah barat dengan mengandaikan bahawa bumi berhenti berputar. Kali ini saya akan cuba tafsir makna "matahari seperti di hujung rambut" itu. Saya akan cuba menggunakan bahasa semudah mungkin.

Bila dikatakan matahari seperti di hujung rambut, maknanya matahari itu lebih dekat dari kedudukannya sekarang. Bagaimana boleh lebih dekat? Begini kisahnya...

Tahukah anda apakah yang sedang berlaku di matahari itu? Menurut kajian ahli astrofizik, satu proses yang dipanggil pelakuran nukleus (nuclear fusion) sedang berlaku di sana.

Apakah pula pelakuran nukleus ini? Hmm... unsur utama di matahari itu sebenarnya hydrogen (H). Dalam ilmu kimia, hydrogen ini merupakan unsur pertama dan paling asas. Hydrogen ini pula ada jenis-jenis berbeza atau di panggil isotope. Nda kesahlah kalu nda tau isotope tu, cukup aja anda tahu Hydrogen ni ada juga yang dipanggil Deuterium dan Tritium.

Semasa proses pelakuran nukleus itu, nukleus Deuterium dan nukleus Tritium bercantum membentuk satu nukleus unsur baru namanya Helium (He). Selain pembentukan nukleus Helium, proses itu juga membebaskan tenaga nuklear.

Nukleus Deuterium + Nukleus Tritium ---> Nukleus Helium + neutron + tenaga nuklear

Sebenarnya tenaga nuklear ini adalah tenaga haba. Cuma dipanggil tenaga nuklear sebab haba itu berasal dari percantuman nukleus. Oleh kerana bilangan nukleus-nukleus Deuterium dan Tritium yang ada di matahari itu terlalu banyak maka haba yang terhasil akibat percantuman nukleus-nukleus ini juga sangatlah besar. Maka matahari itu menjadi panas dan terbakar. Kita yang berada di bumi ini pun masih merasa bahang dari matahari itu. Oh ya... selain merasa panasnya haba dari matahari, terdapat lagi radiasi lain dari matahari seperti gelombang radio, gelombang mikro, inframerah, cahaya, ultraungu (sebab tu korang pakai losyen penghalang UV), sinar-X dan sinar Gamma.



Pernahkah anda nampak formula ini? Formula ini adalah formula yang paling popular entah kenapa...



Formula ini dirumuskan oleh Einstein untuk mengira jumlah tenaga nuklear yang terhasil semasa pelakuran nukleus berlaku. E ialah tenaga nuklear, m ialah jisim dan c ialah laju cahaya. Jangan risau saya tidak akan membawa anda kepada sebarang pengiraan di sini. Hanya saja saya mahu anda tahu bertapa pintarnya manusia bernama Einstein ini.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah, proses pelakuran nukleus itu menyebabkan tenaga nuklear dari bahagian dalam matahari mengalir keluar ke permukaan. Jadi matahari ini sepatutnya mengembang sebab ada kesan daya tolakan dari bahagian dalam matahari. Namun menurut Newton, objek berjisim besar seperti matahari mempunyai daya graviti yang besar juga. Daya graviti ini mengarah ke pusat matahari. Daya graviti ini pula sepatutnya membuatkan matahari menjadi kecut (runtuh). Bagaimana pun kedua-dua kes iaitu mengembang dan juga mengecut ini tidak berlaku sebab daya tolakan dari dalam diimbangi oleh daya graviti.

Buat masa ini tiada masalah la. Tapi tunggu sampai berjuta-juta tahun. Lama-kelamaan proses pelakuran nukleus itu akan berakhir juga sebab kehabisan gas (Deuterium dan Tritium). Agak-agaknya bilakah proses ini berakhir? Apa akan terjadi bila proses ini berhenti?

Kalau saya tanya anda apakah warna matahari kita, mungkin jawapan yang akan saya terima ialah sama ada merah, jingga atau kuning. Tidak pernah saya mendengar orang menjawab warna putih, biru, atau ungu. Apa ertinya warna itu? Hm... kalau anda mempunyai dapur gas di rumah sepatutnya anda dapat meneka baki kandungan tong gas anda dengan melihat kepada warna nyalaan api dapur gas anda. Tong gas yang masih penuh menghasilkan warna api putih kebiruan. Apabila kandungan gas yang masih ada sudah sedikit, nyalaan api menjadi kekuningan. Jadi macam mana? Dapat agak situasi matahari kita?

Kalau saya tidak silap la ya, dari kajian sains usia matahari kita dianggarkan sudah 5 billion (5000 juta) tahun. Dari warnanya sekarang, dipercayai matahari sudah kehabisan separuh dari bahan bakarnya. Bermakna bolehlah kita andaikan bahawa masih ada kira-kira 5 billion tahun juga lagi untuk matahari bersinar.

Sebelum matahari benar-benar kehabisan stok bahan bakarnya, proses pelakuran nukleus untuk baki nukleus-nukleus Deuterium dan Tritium yang ada bertambah kadarnya. Ini menyebabkan kadar penghasilan tenaga nuklear juga bertambah dan menghasilkan kesan tolakan dari dalam yang mengatasi daya graviti. Akibatnya matahari akan mengembang dahulu sebelum malap. Mungkin anda pernah mendengar frasa the last flame. Kawan saya selalu guna frasa ini untuk menyindir atau mempermainkan kawan-kawan lain yang buang tebiat bila sudah mula memcecah usia 40an. Hehehe... napa tu ar? Hm, matahari pun ada last flame juga rupanya.

Bila matahari mengembang, saiznya bertambah sehingga ia menelan dua buah planet yang berhampiran iaitu planet Mercury dan planet Venus. Selepas planet Venus ialah planet Bumi!!!

Nah... apakah Bumi juga akan ditelan oleh pengembangan ini? Sehingga mana saiz matahari akan bertambah? Saya tidak tahu sampai mana saiznya akan bertambah. Namun saya dapat teka bahawa Bumi tidak akan ditelan bah. Bagaimana? Kalau Bumi pun kena telan tentu saja kalimah ’matahari seperti di hujung rambut’ itu tidak ada.

Anda nampak sendiri saya masih memberikan keutamaan kepada petunjuk ’matahari seperti di hujung rambut’ itu dan menggunakannya sebagai panduan saya berfikir. Ok lah, sekarang sudah jam 6.37 pm. Jam 7.00 pm nanti saya mau pergi ke rumah terbuka kawan saya di Putrajaya.

Sebelum saya tutup loyar buruk ini, saya simpulkan dulu idea penting dalam artikel ini. Dan ingat ini semua hanyalah fantasi saya aja, jangan serius dong.

1. Nuclear fusion yang berlaku di matahari sepatutnya menyebabkan matahari mengembang.
2. Daya graviti matahari sendiri yang menentang pengembangan ini.
3. Bila matahari hampir malap, proses nuclear fusion meningkat kadarnya sehingga daya tolakan akibat pembebasan tenaga nuklear dari dalam mengatasi kekuatan gravitinya sendiri.
4. Matahari seterusnya mengembang sehingga hampir menyentuh Bumi.

Apa yang akan berlaku bila bahan bakar matahari habis sepenuhnya? Apa itu Black Hole? Neutron star? Tunggu lagi di artikel lain ya. Mau mandi dong, mana tau ramai cewek di rumah kawan saya itu... faham faham saja, ini bukan last flame ba, tapi first flame kah kah kah...

Babai.

11 comments:

Mu Rong October 25, 2008 at 8:14 PM  

ooo.. gitu ka? sama macam artikel ku baca bahawa san nya black hole yang ada sekarang merupakan matahari mati. Apa pendapat ko? Ada butul ka kelentong penulis tu? Well bila ko mo tulis pasal expanding universe and the big bang theory ni? Sa menunggu dengan penuh sabar, pigilah ko jalan mencari cewek...aik di putrajaya? biar betul ko ni. hehehe..

e'Odu October 25, 2008 at 8:49 PM  

emmm...macam masuk akal juga teori ko ni..pandai ba ko ni kan...hehe patutlah rambut ko mcm rmbt enstain...aina cherry lips betul ba tu dia pigi carik cewek di putrajaya... sabah skrg mcm2 ada..putrajaya tu pun memang ada, selalu banjir kalau ujan lebat sikit...hehe

DewiNuwa October 26, 2008 at 1:47 AM  

klu skg ada black hole.. ertinya dulu pun ada jgk matahari laitu kan? ka atau matahari dr galaxy lain? aku pernah baca 1 artikel di tenet ni, diorg cakap yg galaksi ni bukan satu ja.. ramai lagi.. dey, ini la ba kan kehebatan Tuhan..

BUNG ADI October 26, 2008 at 7:47 PM  

Tahniah! anda berjaya menampilkan teori serta penjelasan yang mudah difahami oleh semua lapisan pembaca. - ini baru intelek namanya. Teruskan!

BUNG ADI October 26, 2008 at 7:49 PM  

geng, klu pasal cewek, no komen. ko aturrr la sendiri. kalau lampau jual mahal, sound ja, bisa diaturrr...he7

Aiso October 26, 2008 at 8:39 PM  

fuh... buat masa ini aku masi nda berani sound sama kau kalau ada jual mahal pasal aku tau bisa kalau kau ni menghembus. Biar aku pasti betul2 dulu baru aku sound kio. heee

BUNG ADI October 27, 2008 at 12:05 PM  

klu gitu, pakai yang murah2 ja la dulu? pakai buang mcam pampers? astagaaaa...ha100x

Kee Rock October 28, 2008 at 12:09 AM  

Baguslah kalau ada penjelasan begini. potensi untuk matahari menyusur naik di sudut berbeza darjah terbit di sepanjang tahun selalu membuat aku berkejaran mau jemur kain di belakang rumah saban pagi. kejap kena pancaran ada kala tu sang suria main tapuk tapuk belakang rumah jiran. alamat ndak kering kain.

BUNG ADI October 28, 2008 at 12:24 AM  

Tulisanmu ini membawa kitorang "keluar" dari "bumi". Maksudku, berfikir jauh sikit dari kebiasaan. Maksudku lagi, ko lebih bagus, sebab menulis hal-hal "dalam bumi" jer. waduhhh, hebat bangat nih!

Mu Rong October 28, 2008 at 12:44 AM  

mana sambungan ni Aiso?

Aiso October 28, 2008 at 2:19 AM  

sori... agak sibuk dalam 2-3 hari ini. bila semua suda reda pasti disambung lagi dongengan ini. tq kerana anda semua sudi baca dan komen.

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP