Mentari merah di ufuk timur2

Tuesday, October 21, 2008

Hello. Letih betul hari ini. Anda bagaimana? Hm... mau cerita sedikit suasana rumah terbuka di K6. Masa rumah terbuka Mami Neng hari itu ramai orang datang. Akhirnya aku kenal blogger Kee Rock dan juga suaminya sekali, Mr Ojima. Memang rock haha. Nice people.

Happy tengok kerabat sebelah bapa dan juga sebelah mama ramai datang. Baguslah, mengeratkan lagi persaudaraan. Dapat juga aku jumpa si Roya untuk bermaafan di hari raya ini. Hm... tinggal si Anang saja belum jumpa.

Kawan sekerja aku Ooi, Pata, Sapitang, dan Mail pun datang. Mail siap nyanyi satu lagu dangdut lagi. Tajuk lagunya Madu ... ketara juga dia ni tau. Mail ni suaranya mantap. Bikin album kompom laris asal aja dia ndak letak fotonya di kulit album kekeke. Istedi ko ba kumbang.

Paling sensasi si Sly aku rasa. Hari ini dalam sejarah sebab dia bawa cewek cakep beraya. Wa... lawa tu cewek... hehe dahsyat si Sly ni. Semua orang happy aku tengok dengan kejutan ini. Aku pun happy juga. Sempat juga aku nampak cewek Sly cium tangan mama tua.

Loh... Jumat apa cerita? Mana ceweknya? Nda kan mau join kelab kami si Nok? Joe bawa sampai 3 orang. Apa ni Joe, pass pass la sama aku yang dua lagi tu, ahaksss...

Warga senior juga sibuk ngobrolan.
Mesti banyak la cerita zaman silam yang mereka ngobrolkan tu.
Si Ana sama si Ida menotos karaoke ba. Macam selalu ja dorang ni masuk K-Box. Kemudian mikrofon diambil-alih oleh Group VVIP. Selesai para Datuk menyanyi aku pun ambil peluang la. Tapi dimulakan oleh si Johane. Aku nyanyi suara begagar. Bukan takut tapi tiada energy sebab aku sedang demam flu. Sempat lagi aku terbatuk keluar kahak masa nyanyi. Mujurlah hujan nda turun balik hehe. Aku request lagu Ingkar untuk si Adik nyanyi. Itu lagu si Bunga Citra Lestari. Sayang, itu lagu tiada dalam koleksi pula. Sebagai ganti Adik nyanyi lagu Langit ke 7. Tapi lepas nyanyi dia bilang rusak tu lagu olehnya jadi ”langit-langit”.

Hm begitulah serba sedikit suasana raya di K6 malam tu.
Aku tulis ni sebab Aragang Tandik request dalam komen dia.

Ok, sekarang aku sambung cerita Matamu merah ditumbuk timur itu hehe.

Agak sulit juga mau menceritakannya sebab perlu illustrasi. Terpaksa juga dilukis ni. Mudah mudahan tidak membosankan dan senang difahami.

Begini...


Jika anda menggolekkan sebuah botol kosong, ia akan bergolek dengan mudah.


Namun bila botol yang sama diisikan dengan air sehingga 2/3 isipadunya kemudian digolekkan, botol itu tidak akan bergolek dengan lancar tapi tersekat-sekat (wobbling). Botol akan lebih cepat berhenti bergolek. Air bertindak seperti brek (brake).

Air di dalam botol itu mengganggu gerakan pusingan botol kerana air sentiasa berada di bahagian bawah berhampiran permukaan di mana botol itu bergolek. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh tarikan daya graviti bumi terhadap air di dalam botol itu.

Idea daya graviti ini dicadangkan oleh saintis terkenal iaitu Isaac Newton. Menurut Newton, di antara dua objek wujud daya tarikan graviti. Bermakna daya gaviti ini wujud juga di antara bulan dan bumi. Sebagaimana daya graviti bumi menyebabkan air di dalam botol kekal di bahagian bawah, maka daya graviti bulan mengenakan kesan yang sama terhadap air di bumi. Air laut dipengaruhi supaya tetap berada pada sisi tertentu sahaja. Dalam illustrasi air laut dilukis dengan tinta biru. Sori la, lukisannya skil tadika saja hehe. Jangan lupa bumi kita ini 2/3 permukaannya adalah laut dan di dalamnya mangandungi magma yang cair!


Mungkin anda kurang yakin sejauh mana kekuatan graviti bulan mempengaruhi bumi. Sebenarnya pengaruh bulan bukan sahaja terhadap bumi tetapi juga terhadap penghuni bumi. Misalnya....

- pasang air laut berlaku semasa bulan mengambang
- werewolf (serigala jadian) muncul semasa bulan mengambang
- istilah lunatic (org gila) berasal dari perkataan luna berarti bulan
- ilmu batin seperti kebal, pugai, dsbnya diamalkan semasa bulan mengambang
- paling tidak pun dari mana punca istilah ’datang bulan’ ?

Banyak lagi tapi tak perlulah ditulis semua. Anda boleh baca sendiri dalam buku bertajuk Moon Madness. Dalam buku itu banyak cerita pasal bagaimana bulan mempengaruhi hidupan di bumi. Buku ini aku jumpa di rumah pusaka di Tandik. Buku lama dan usang. Di rumah Tandik ada banyak buku-buku hardcover. Majoriti dalam bahasa omputeh. Heran sampai sekarang aku nda pandai juga sopiking london. Siapa suruh, masa kecil buku-buku tu bukannya dibaca tapi disusun buat rumah-rumah pula.

Ops... berbalik pada pengaruh bulan tu. Seperti yang sudah diterangkan, graviti bulan akan cuba menahan air laut supaya berada pada kedudukan/sisi yang tetap walaupun bumi itu berputar di atas paksinya seperti sebuah gasing.

Maknanya putaran bumi ini juga sebenarnya dihalang oleh air laut sebagaimana golekan botol dihalang oleh air di dalamnya. Sekali lagi air laut bertindak seperti brek.

Ertinya putaran bumi juga semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti! Buat masa ini satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam. Bila putaran bumi semakin perlahan ertinya masa untuk satu putaran lengkap semakin bertambah. Sekarang 24 jam, dan akan terus bertambah menjadi 25 jam, 26 jam 27 jam... dan sehingga lah bumi tidak berputar lagi. Siang dan malam semakin panjang la tu.

Bagaimana pun proses ini sangatlah perlahan. Akan mengambil masa jutaan tahun untuk putaran bumi berhenti sepenuhnya. Oh ya, ini hanyalah ramalan dan angan-angan saya sahaja. Bukan satu fakta sains yang sudah diterima. Sebab itulah saya tidak dapat memberikan nilai-nilai berangka dalam penerangan ini. (Nantilah aku kasi tau idea aku ni sama Stephen W. Hawking. Manalah tau dia suka... ahakss). Semua ini hanyalah mental experiment sahaja, menggunakan teori graviti Newton. Mental experiment tidak perlu melakukan pengukuran pun. Antara teori paling hebat pernah dikemukakan sebenarnya dihasilkan hanya melalui mental experiment, atau kadang-kadang dipanggil thought experiment. Albert Einstein misalnya berjaya merumuskan Teori Relativity Am dan Teori Relativity Khusus hanya dengan berfikir di dalam bilik tanpa melakukan ujikaji sebenar. Di artikel yang lain saya akan jual ubat dan berkongsi dengan anda apa yang saya faham tentang teori Einstein ini.


Selain berputar seperti gasing di atas paksinya sendiri, bumi juga mengorbit matahari. Kira-kira 365 hari diperlukan untuk membuat satu pusingan lengkap mengorbit matahari. Dalam kata lain, bumi mempunyai dua jenis gerakan yang ketara iaitu berputar di atas paksi dan gerakan mengorbit matahari.


Hm... dalam lukisan ini katalah A ialah negeri Sabah, dan B ialah Somalia hehe. Kalau anda rujuk kepada globe atau dalam peta, Sabah di sebelah timur dan Somalia sebelah barat.

Dalam illustrasi ini monyet di Sabah dan juga monyet di Somalia masing-masing nyenyak tidur di waktu malam. Oleh kerana putaran bumi di atas paksinya adalah dalam arah lawan jam, maka munyit di Sabah akan melihat matahari terbit lebih dahulu dar monyet di Somalia.


Waduh... nampaknya terpaksa berhenti di sini dulu.
Saya sambung kemudian lagi ya.

Untuk rumusan, setakat ini anda sepatutnya sudah faham perkara-perkara ini:-

- kesan graviti bulan ke atas air laut menyebabkan putaran bumi semakin perlahan
- siang dan malam disebabkan oleh putaran bumi di atas paksinya
- matahari kelihatan terbit di sebelah timur kerana putaran bumi adalah lawan jam
- bumi mempunyai 2 jenis gerakan utama iaitu berputar seperti gasing di atas paksinya, dan juga gerakan mengorbit matahari.
- dalam sekali mengorbit dengan lengkap, bumi juga telah berputar 365 kali.

Ok lah dulu.

Part 3 nanti saya akan jelaskan kenapa matahari terbit dari barat pula sebagaimana yang kita yakini sebagai salah satu tanda akhir kiamat akan berlaku. Harap apa yang sudah saya jelaskan setakat ini dapat difahami dengan mudah.

Jumpa lagi.

8 comments:

e'Odu October 21, 2008 at 11:41 PM  

ok..setakat ni masih paham ni, siuk juga baca macam topik tahun 5 sk...hehe, tapi capat2 lah sambung kelentong ko ni...

e'Odu October 21, 2008 at 11:48 PM  

adehh...rugi telampau lak aku tidak g open house mami neng tu..aku dgar ceta macam2 makanan sadap2 disediakan...kerugian lagi ndak tebekenalan dgn family dari Twu...uhuk uhuk

Kee Heritage October 22, 2008 at 12:44 AM  

adeh? adakah family dari tawau datang? atau dorang si rock ja? mmm.. best baca, funny and informative. Bila mo sambung?

Mu Rong October 22, 2008 at 12:48 AM  

interesting but i don't understand the moon part...

Kee Heritage October 22, 2008 at 3:55 PM  

Camana kalau bumi dilanggar planet?
Bole cerita teori big bang juga ka? interesting..

Aiso October 22, 2008 at 4:44 PM  

nanti aku cerita pasal big bang lepas siap aku kelentong pasal timur barat ni la

Aiso October 22, 2008 at 4:48 PM  

can u be more spesific cherry lips? tq 4 ur time reading this not so scientific kid's essay...

AragangTandik October 25, 2008 at 9:19 AM  

best juga kelentong ko ni. ngamla kami gelar ko einstine begitu ka tu sepeling dia atau intestine? - hu hu hu. Memang banyak buku dirumah Tandek tu tapi sayang entah kemana sudah - novel, buku agama yang best-best spt tulisan HAMKA - (bapapun ada nama acronym HAJKA) dll termasuk juga bible (aku punya waktu skul dulu di RC)

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP