2 = 1 ?

Sunday, November 30, 2008

Hello, apa khabar? Semoga sihat semua.


Ok, tukar topik dulu, panat asyik cerita Anunnaki saja. Gambar di bawah ini menunjukkan soalan teka teki matematik oleh seorang guru kepada murid-muridnya. Tidak juga susah cuma mengelirukan. Steps yang ditunjukkan semuanya pun logik. Pigi lah rujuk buku tingkatan 3, bahagian algebra kalau inda percaya. Tapikan soalan ini bukan saja murid-murid yang nda dapat jawab, guru math pun ramai pula kasi jawapan yang mengejutkan dan salah lagi tuuu.... aiyaaaa.

Bah, kalau mau test power cubalah cari apa juga silapnya soalan itu. Pasal mana la bah logik kalau 2 = 1 ... kan kan kan?



Dalam masalah ini, guru itu cuba menunjukkan bahawa...

jika a = b,
maka (kuasadua a) = (kuasadua b) = (a darab b)
dan (kuasadua a)-(kuasadua b) = (kuasadua a)-(a darab b)
seterusnya dengan memfaktorkan (ini skil tingkatan 3 saja tau... haha)
(a+b)(a-b) = (a)(a-b)
(a+b)=(a)
tetapi a=b
maka, (a+a)=(a)
2a=a ?
mengelirukan kerana, katalah a = 1, maka 2(1) = (1)
iaitu, 2 = 1. hehehehehe

jelaskan kenapa jadi begini...

Bye. :)

Read more...

Planet X atau Nibiru? (6)

Saturday, November 29, 2008

Hi…

Skarang jam 2.30 pagi. Tidak dapat tidur. Puas tidur satu hari pasal demam. Jam 8.00 malam tadi terpaksa juga pergi klinik minta ubat. Mau hilang sudah la ni demam, tapi nda dapat tidur la pula. Jadi.... kita sambung la kisah Planet Nibiru itu.

Setakat ini sudah cerita sampai perlanggaran Kingu dengan Tiamat. Kemudian niat Prince Anu dan Princess Antu untuk merampas pemerintahan Emperor Alalu dan Empress Lilitu di Planet Nibiru itu.

Aiso: Kamu tahukah kenapa bumi ini di panggil Earth?

Cherry / Dewi : (Geleng-geleng nda tau).

Aiso: Menurut Zecharia, apabila Prince Anu, Princess Antu, bersama anak-anaknya, dan krew Anunnaki yang pertama mendarat ke Tiamat dan membina penempatan, mereka memanggil kawasan penempatan ini sebagai Eridu. Eridu itu bererti tempat tinggal yang jauh dari tempat asal. Namun istilah Eridu ini mengalami evolusi dan meresap ke pelbagai bahasa. Eridu ini menjadi Ardh dalam bahasa Arab, Aratha atau Ereds dalam bahasa Aramaic, Erd atau Ertz dalam bahasa Kurdish, Ordu dalam bahasa Turkey, Urdu dalam Hindi, Erde dalam German, Aarde dalam Dutch, Eorthe dalam Inggeris kuno, dan Earth dalam Inggeris moden.

Cherry L: Wah,begitu pula asal istilah earth ini.

Aiso: Aku harap kamu faham bahawa sebelum berlaku perlanggaran di antara Tiamat dengan Kingu itu, sudah ada Anunnaki yang berada di Tiamat untuk mencari emas.

Dewi N: Krew pertama diketuai oleh Prince Anu dan Princess Antu kan?

Aiso: Ya. Ingat lagi siapa yang turut sama ke Tiamat masa itu Cherry?

Cherry L: Anak-anak Prince Anu iaitu si Enki, Enlil dan Ninkhursag, selain beberapa krew Anunnaki lagi lah.

Aiso: Hehe... ingat arrr. Diringkaskan cerita setelah emas berjaya ditemui di Tiamat, maka semakin ramailah Anunnaki yang dihantar ke Tiamat untuk menjadi pelombong emas. Maka untuk suatu ketika atmosfera Nibiru itu dapat diselamatkan. Begitulah keadaannya sehinggalah berlaku peristiwa perlanggaran di antara Kingu dengan Tiamat. Akibat perlanggaran itu banyak lombong emas yang musnah. Maka Emperor Alalu dan Empress Lilitu pun datanglah ke Tiamat untuk melihat kemusnahan lombong-lombong emas itu. Sebenarnya Prince Anu sudah menghasut Anunnaki yang ada di Tiamat supaya bekerjasama dengannya untuk merampas kuasa dari Emperor Alalu. Maka peristiwa rampasan kuasa oleh Prince Anu menjatuhkan Emperor Alalu ini berlaku apabila Emperor Alalu datang ke Tiamat untuk membuat lawatan dan melihat sendiri kemusnahan di Tiamat akibat perlanggaran dengan Kingu. Prince Anu dan Princess Antu kemudian menggelar diri mereka sebagai Emperor Anu dan Empress Antu. Emperor Alalu dan Empress Lilitu dilarang daripada balik ke planet Nibiru. Kononnya Emperor Alalu dan Empress Lilitu ini masih hidup dan berada di bumi.

Dewi N: Haa? Di mana Alalu sama Lilitu ini bersembunyi di bumi?

Aiso: Di dalam suatu ruangan bawah tanah yang luas di Pergunungan Grand Teton, berhampiran dengan Yellowstone National Park.


Dewi N: Aik, di mana tu?

Aiso: Di Wyoming US la mana lagi. Cantik tu tempat. Nah, kalau macam kau ni minat fotografi, puas la kau menggambar pemandangan kalau kau pigi sana.

Dewi N: Fuiyooo... bestnya.

Aiso: Ok, sambung balik. Selepas rampasan kuasa oleh Prince Anu yang kemudian mengclaim dirinya sebagai Emperor Anu, maka usaha menggali emas untuk menyelamatkan atmosfera planet Nibiru itu pun berterusan seperti biasa. Tapi lama kelamaan, Anunnaki yang menjadi pelombong emas itu merasa tidak puas hati kerana terus-terusan menjadi pelombong. Dorang pun mogoklah nda mau melombong lagi.

Cherry L: Dorang bawa sepanduk minta kasi naik gaji ka?

Aiso: Wuik... aku pun nda tau. Haahaha. Mangkali juga.

Cherry L: Siapa yang menjaga pelombong-pelombong Anunnaki masa tu?

Aiso: Nefilim Duke Nergal dan pasangannya Duchess Ereshkigal

Cherry L: Jadi dorang dua la yang menjadi ketua mogok?

Aiso: begitu la tu…

Cherry L: Jadi macam mana lah Emperor Anu dan Empress Antu mengatasi masalah tiada pekerja mau melombong?

Aiso: Hmm… ingat lagi Emperor Anu ini ada anak bernama Ninkhursag?

Cherry / Dewi: Ya...

Aiso: Ninkhursag ini sebenarnya pakar genetik dan merupakan ketua pegawai perubatan.

Cherry L: Jadi kenapalah kalau dia pakar genetik?

Aiso: Ok, siapa penduduk asal Tiamat?

Cherry L: Neanderthal.

Aiso: Haaa… jadi Emperor Anu dapat idea bahawa Neanderthal ini sepatutnya boleh dijadikan pelombong bah. Cuma masalahnya Neanderthal ini tidak bijak. Jadi Emperor Anu meminta Ninkhursag menghasilkan hybrid daripada cantuman genetik Anunnaki dengan Neanderthal supaya lebih bijak dan boleh diarah jadi pelombong.

Dewi N: Ish… betul bah ini cerita? Apa bukti si Zecharia ni?

Aiso: Hmm... kununnya gambar ular berlingkar dalam tablet itu mewakili idea double helix pada genetic code sequence dalam kromosom. Ingat lagi biologi ka? Kita pernah belajar tu pasal double helix.


Cherry L: Berjaya jugakah si Ninkhursag menghasilkan hybrid itu?

Aiso: Setelah mencuba banyak kali akhirnya Ninkhursag berjaya juga menghasilkan hybrid yang dia mau itu.

Dewi N: Macam mana dia buli dapat?

Aiso: Ninkhursag suntik genetik dari abang dia si Enki ke dalam Neanderthal tu. Jadi hybrid yang terhasil itu dorang panggil Adamu.


Cherry L: Aik... macam nabi Adam a.s. saja tu tau?

Aiso: Hehe, kan awal-awal lagi suda aku warning supaya mesti open minded kalau mau tahu cerita pasal Nibiru dan penghuninya. Lambat laun akan nampak macam ada kaitan dengan cerita-cerita dalam agama langit (Judaism, Kristian, Islam)

Dewi N: Macam mana pula Hawa muncul?

Aiso: Hmm… sabar dulu Dewi. Aku cerita dulu pasal Adamu ini. Hehehe.

Dewi N: Ok...

Aiso: So, setelah berjaya menghasilkan satu hybrid yang dipanggil Adamu, maka langkah seterusnya ialah memperbanyakkan saja hybrid-hybrid ini. Maka untuk memperbanyakkan hybrid ini, Ninkhursag menggunakan teknik pengklonan (Cloning). Akhirnya banyaklah Adamu terhasil yang akan mengambil alih tugas melombong emas dari golongan Anunnaki sebelum ini.

Cherry L: Eh, kalau mau klon bukan perlu tempat pengeraman ka?

Aiso: Betul, jadi bibit-bibit atau klon klon Adamu yang banyak itu dieramkan oleh golongan Anunnaki perempuan. Bila cukup masa maka Adamu akan dilahirkan lah. Saiz Adamu ini lebih kecil daripada Anunnaki sebenar.

Dewi N: Kalau ikut cerita Zecharia ini, Adamu ini dicipta untuk menjadi pelombong emas saja lah kan?

Aiso: Ya, begitulah nampaknya.

Dewi N: Ish ish ish... dangerous ni cerita hahah. Setahu aku Adam dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.

Aiso: Ehem… yang itu aku nda mau komen.

Cherry L: Ok, lepas tu apa jadi?

Aiso: Ahirnya masalah ketiadaan pelombong itu berjaya diselesaikan oleh Ninkhursag. Planet Nibiru pun tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan emas sebab ada sudah banyak Adamu yang tolong gali emas itu.

Cherry L: Kesian juga Anunnaki yang perempuan jadi tukang eram klon klon Adamu kan.

Aiso: Nah… kau baru dengar cerita ini pun pandai kesian sama Anunnaki perempuan hahaha. Sebenarnya Anunnaki perempuan yang kerja dorang jadi tukang bunting sama tukang beranak tu Adamu semua pun akhirnya tidak puas hati dengan peranan dorang yang macam itu. Dorang pun mogok tidak mau jadi tempat eram klon.

Dewi N: Wuik... makin huru hara ini cerita hahaha...

Cherry L: Ya bah... sana sini suda pemberontakan berlaku. Lucu pula.

Aiso: Hehehe... ba, aku tangguh dululah ini cerita. Kasi reda dulu itu huru hara sekijap. Lagipun badan nda berapa sihat la. Mau rehat dulu. Babai...

Read more...

Planet X atau Nibiru? (5)

Friday, November 21, 2008

Hi.. apa kabar?

Sambug lagi kisah Planet Nibiru kita yang sudah lama tergendala itu. Sudah sedia ?

Cherry L: Hari itu kau bilang istilah bumi hanya akan kau guna selepas suatu peristiwa penting berlaku di antara Tiamat dengan Nibiru. Apa maksud kau tu?

Aiso: Oh... Setelah Nibiru ini termasuk dalam kawasan yang ada pengaruh graviti matahari kira kira 450 000 tahun dahulu, Nibiru ini terus mengorbit matahari sampai sekarang. Orbit Nibiru ini bukan bulat tetapi bujur (elliptical).



(klik tu gambar)

Dewi N: Kenapa nama planet ini Nibiru?

Aiso: Nibiru itu ertinya dalam bahasa inggeris ialah planet of the crossing. Ini adalah kerana orbitnya memintas orbit planet-planet lain dalam sistem solar kita. Perhatikan gambar bahawa sebahagian besar masanya Nibiru ini berada jauh dari matahari. Apabila Nibiru ini menghampiri matahari ia akan memasuki orbit di antara Mars dan Jupiter. Ingat lagi sebelum ini aku sudah terangkan bahawa di antara Mars dan Jupiter ialah planet Tiamat?

Cherry / Dewi: Ingat...

Aiso: Bagus, maka setelah lebih kurang 26 000 tahun Tiamat (bukan tahun bumi) planet Nibiru ini mengorbit matahari, maka kali ini ia limpas terlalu hampir dengan Tiamat. Kononnya orbit Nibiru ini masih belum stabil bah.

Cherry L: Aku agak Nibiru ini akan berlangar lah ni dengan Tiamat...

Aiso: Hehehe... tidak ooo...
Cherry L: Aik... jadi?


(klik ja gambar)

Aiso: Nibiru ini mempunyai beberapa satelit semula jadi. Aku harap kamu masih ingat maksud aku dengan istilah satelit semula jadi itu.

Cherry / Dewi: Ingat boss...

Aiso: Nibiru ini mempunyai satelite asal. Jadi sebenarnya bukan Nibiru tetapi salah satu satelit Nibiru itu telah berlanggar dengan Tiamat.

Dewi N: Aiseh... ngam suda aku teka tapi aku diam bah tadi hehee...

Aiso: Ok, selepas perlanggaran ini kedudukan atau orbit Tiamat berubah sehingga Tiamat menjadi planet ketiga dari matahari. Sekarang barulah Tiamat itu kita namakan Bumi. Satelit Nibiru yang terlanggat Tiamat itu juga terus mengorbit Bumi dan itulah yang kita panggil bulan sekarang ini. Dalam teks Sumeria nama bulan ini ialah Kingu.

Dewi N: Apa lah kesan lain perlanggaran itu?

Aiso: Kununnya Asteroids Belt di antara Mars dan Jupiter adalah serpihan dari perlanggaran itu.

Dewi N: Di bahagian mana pada bumi yang berlanggar dengan satelit Nibiru itu?

Aiso: O... kawasan yang sekarang ini dinamakan sebagai Lautan Pasifik.

Cherry L: Nanti... aku nda faham. Gambar perlanggaran itu menunjukkan satu kawasan yang besar pada bumi telah terhakis menjadi Asteroids Belt. Tapi Lautan Pasifik sekarang ini aku rasa tidaklah sampai begitu besar pun.

Aiso: Aik... cuba kau tengok globe, memang besar tu Lautan Pasifik. Macam separuh bumi ini adalah Lautan Pasifik itu. Hmm... kamu pernah dengar Teori Hanyutan Benua atau pun Plate Tectonic?

Cherry L: Pernah tapi nda tau apa pun.

Dewi N: Ya, apa tu?

Aiso: Menurut teori itu benua yang ada ini sebenarnya bergerak. Cuma pergerakan ini sangat perlahan. Misalnya data dari satelit menunjukkan benua Afrika dan benua Amerika Selatan itu semakin menjauhi antara satu sama lain. Maknanya luas Lautan Atlantik bertambah. Kadarnya cuma dalam beberapa mm setahun. Namun dalam tempoh yang panjang pasti besar juga kesannya. Sebaliknya Lautan Pasifik pula semakin mengecil. Ertinya sebelum ini Lautan Pasifik itu lebih besar lagi.

Cherry L: Meyakinkan juga kah teori tektonik ini?

Aiso: Heheh... itulah yang aku belajar dulu. Memang standard teori tu. Cuma beberapa bulan lepas, si Leon ada tanya aku pasal teori ini. Tekejut aku tiba-tiba saja dia tanya. Rupa-rupanya dia jumpa di Youtube ada orang challenge teori plat tektonik itu.

Dewi N: Siapa tu orang?

Aiso: Neil Adams.

Cherry L: Apa yang dia suggest selain plat tektonik?

Aiso: Menurut dia bumi ini dahulu saiznya lebih kecil dan mengalami pembesaran. Kesan pembesaran itu memyebabkan benua itu menjadi pecah.

Dewi N: Jadi mana satu yang betul?

Aiso: Entahlah... aku masi ikut teori plat tektonik la, pasal belum lagi aku baca teori si Neil Adams tu.

Cherry L: Bah... sambung la dengan cerita asal tu...

Aiso: Ok. Sebelum ini aku cakap pemerintah di planet Nibiru itu ialah Emperor Alalu dan Empress Lilitu. Tapi bukan bermakna tiada Anunnaki lain yang mau mengambil takhta pemerintahan. Kaum Anunnaki ini juga ada perasaan, fikiran, dengki, suka, cinta, jiwang, angau, jealousy, main kayu tiga, membuhung bla bla dan pandai psychic hehehe. Jadi menteri-menteri (aku pun nda tau apa istilah yang ngam) lain pun bercita-cita juga mau mengganti si Emperor Alalu dan Empress Lilitu bah. Jadi antara yang ada cita-cita itu ialah si Prince Anu dan Princess Antu.

Cherry L: Hehehe... Antu?

Dewi N: Eh... Prince Anu sama Princess Antu ini parents si Enki, Enlil, sama Ninkhursag yang kau cerita sebelum ini ka?

Aiso
: Yaaa... betul la tu.

Cherry L: Hm... aku nda berapa faham urutan cerita kau ni. Yang mana dulu berlaku, perlanggaran Nibiru dengan Tiamat atau eksplorasi Anunnaki yang diketuai oleh si Prince Anu ke Tiamat?

Aiso: O... eksplorasi mencari emas ke Tiamat itu berlaku dahulu. Setelah kira-kira 26 ribu tahun Nibiru termasuk ke sistem solar mengikut tahun Tiamat berlalu barulah perlanggaran itu terjadi. Kalau inda silap, aku pun lebih kurang saja baca tulisan si Zecharia ini.

Cherry L: Jadi habislah mati Neanderthals yang ada di Tiamat itu?

Aiso: Aku rasa lah kan, bukan semua hidupan di Tiamat itu mati. Malahan Anunnaki pun sudah ada juga di Tiamat semasa peristiwa itu kerana menggali emas. Setelah Tiamat menjadi lebih dekat kepada matahari akibat perlanggaran itu, maka suhu di Tiamat atau Bumi pada menjadi lebih panas. Akibatnya Neanderthal itu semakin pupus kerana perubahan cuaca yang berlaku. Kepupusan Neanderthal atau Homo Erectus ini pula digantikan dengan kemunculan manusia Cro Magnon.

Dewi N: Hmm... di mana perkaitan cerita ini dengan cerita dalam agama bahawa manusia hari ini berasal dari Adam dan Hawa?

Aiso: Ikuti cerita selepas ini. Aku mau keluar beli burger dulu. Witilon oku, amu po nokaakan gima.

Read more...

Planet X atau Nibiru? (4)

Tuesday, November 11, 2008

helo...

Letih, baru balik dari main bowling. Buruk betul aku main. Masih tidak konsisten. Mau tidur pun tidak dapat. Memang perangai aku dari kecil. Sampai mama gelar aku 'puwok'. Entah apa saja yang aku fikir, hilang begitu saja. Bagus aku sambung cerita Planet Nibiru lah. Harap anda masih mau mengikuti cerita ini ahaksss...

Cherry L: Manang ka tadi?

Aiso: Kalah. Main 5 game. Manang 2 kalah 3. Padahal kena bagi handicap lagi.

Dewi N: Aku rasa kau inda ngam main bowling la.

Aiso: Jadi apalah yang ngam?

Dewi N: Bagus kau try main guli...

Aiso: Hehehe... ya bah...

Cherry L: Bah sambung la cerita kau.

Aiso: Ok, aku sudah kasi tau siapa itu Anunnaki, Emperor Alalu, Empress Lilitu dan apa masalah mereka hadapi di planet nibiru itu kan?

Cherry L: Ya, atmosfera planet itu deteriorating.

Dewi N: Kemudian Emperor Alalu dan councils dia buat keputusan untuk bina heat shield tapi perlu cari emas untuk tujuan itulah. Kemudian kau bilang Anunnaki ini buat eksplorasi ke planet-planet dalam sistem solar kita untuk mencari emas itu. Kan?

Aiso: O... sampai sana suda ka? Bah... aku sambung dari situ lah kan...

Cherry L: Ya.

Dewi N: Aik... mana si JS?

Aiso: Dia ada hal kali. Sibuk saja dia aku tinguk tadi, jadi malaslah aku kacau. Kita sajalah sembang.

Dewi N: Oraitnopo...

Aiso: Ok, terus saja aku sambung eksplorasi Anunnaki mencari emas di Tiamat lah. Eksplorasi ke planet lain nda payah lah.

Cherry L: Ya, ringkas saja bah.

Aiso: Anunnaki ni satu kaum yang jauh lebih maju. Jadi untuk mencari emas itu, sekumpulan kapal angkasa di hantar ke Tiamat yang diketuai oleh Prince Anu bersama dua anak lelakinya iaitu Enki dan Enlil, dan seorang anak perempuan iaitu Ninkhursag.

Cherry L: Kotoh, peliknya nama dorang ni.

Dewi N: Ada juga lelaki dan perempuan pula.

Aiso: Mestilah bah, kalu tiada macam mana mau membiak. Si Prince Anu dan anak-anak dia ini mula-mula landing di Teluk Parsi (Persian Gulf) dan kemudian naik ke daratan yang sekarang ini di kenali sebagai Kuwait. Dengan bantuan penduduk asal Tiamat iaitu Neanderthal atau mungkin juga yang dipanggil homo erectus (kalau inda silap la ya), maka Prince Anu berjaya mendapatkan banyak sumber emas yang mereka cari itu.

Cherry L: Di mana dorang jumpa emas?

Aiso: Kalau sekarang tempat itu kita panggil Afrika. Untuk menghantar bekalan emas ini ke Nibiru, Prince Anu dan krewnya perlu membina pula satu tempat untuk kapal angkasa dorang berlepas balik. Kira macam airport la. Tapi lebih sesuai dipanggil spaceport sebab kapal dorang ini berlepas ke luar angkasa menuju ke Nibiru.

Dewi N: Di mana pula spaceport ini?

Aiso: Di suatu kawasan di Mesopotamia yang dipanggil Edin. Haaa... Edin ini jugalah yang disebut sebagai Taman Eden dalam agama Islam, Kristian dan Judaism.

Taman Eden

Dewi N: Hm... Macam ada sudah bau bau belacan... nampak suda sikit perkaitan cerita Anunnaki ini dengan agama-agama langit itu. Sejauh mana cerita ini ada kaitan atau pengaruh dengan tiga agama itu tadi?

Aiso: Sebelum ini dalam bahagian (3) ada aku kasi tahu bahawa dalam Old Testament kaum Anunnaki ini didelar sebagai kaum Anakim. Kan dorang ini dari planet Nibiru yang berasal dari sistem planet di bintang Sirius. Contoh kaitan yang ada dalam Quran pula ialah dalam chapter 53 (An Najm/The Star) verse 49. Yang ada sama aku ini English translation by Mohammed Marmaduke Pickthall. Terjemahannya berbunyi, "And that He it is Who is the Lord of Sirius". Bawa bertenang bila aku cakap macam ini ok, tertanya aku siapa HE dalam verse ini. Memanglah aku tahu HE itu refer kepada Allah. Cuma timbul persoalan dalam otak aku, ada kaitankah ini dengan Emperor Alalu yang memerintah di planet Nibiru yang berasal dari bintang Sirius itu? Tidak salah bah kan tertimbul pertanyaan begitu?

Bintang Sirius A dan B

Cherry L: Heehehe... jan ko panik bah.. teruskan saja. Kami ini semua sudah dewasa dan ada prinsip masing-masing. Yang penting saling hormat pegangan masing-masing.

Dewi N: Ya, aku setuju. Kena open minded dalam hal-hal macam ini.

Aiso: Fuuh... baguslah kalau kamu ada fahaman begitu. Macam aku cakap sebelum ini, cerita ini lambat laun akan nampak ada kaitan dengan cerita-cerita yang ada dalam 3 agama tadi itu. Aku ada juga Bibel dalam Bahasa Indonesia ni, dan di dalamnya ada juga istilah tuhan Allah. Nah... mau nda mau terbabit juga kan. Dalam Judaism ada kalimah Haleluyah... bahasa semitic. Bahasa Arab pun bahasa semitic juga. Dalam arab, Haleluyah ini ialah Ya Allahu. Jadi dalam Judaism pun ada juga Allah. Nampaknya ketiga-tiga agama ini semacam ada kesamaan juga walaupun memang ada perbezaannya. Malangnya penganut-penganut fanatik lebih suka melihat kepada perbezaan dan menjadikan ini sebagai punca persengketaan.

Dewi N: Wuik Aiso, jan ko serius bah hehehe...

Aiso: Haha, nda bah. Cuma kadang-kandang aku hairan dengan apa yang berlaku sekarang ini. Sebahagaian besar peperangan, bunuh menbunuh, kekejaman, dan diskriminasi yang berlaku di dunia sekarang ini berpunca dari fahaman agama. Mungkin mereka mentafsirkan ajaran masing-masing secari membabi buta. Patutlah John Lennon sampai buat lagu Imagine. Buli aku faham apa dalam hati dia kalau dihayati maksud lirik lagu itu.

Cherry L: Aik.. aku dengar lagu Doraemon pula... hahaha.

Aiso: Hehehe... ok ok ok. Sori melencong sekejap. Sambung balik cerita... setelah berjaya menjumpai emas itu, maka dapatlah kaum Anunnaki ini membina heat shield mereka. Bagaimana pun, heat shield ini perlu pula sentiasa di maintain keadaannya.

Cherry L: Oho.. dapat aku agak...

Aiso: Apa?

Cherry L: Kalau mau maintain...

Dewi N: ...kenalah sentiasa ada bekalan emas untuk buat maintainance...

Aiso: Wah... cepat juga kamu tangkap ar. Jadi maknanya perlulah sentiasa ada pekerja atau pelombong-pelombong emas dari kaum Anunnaki ini yang stay di Tiamat supaya bekalan emas terus dapat dihantar ke Nibiru. O... aku masih guna nama Tiamat sebab masa ini planet Tiamat masih lagi orbitnya di antara planet Mars dan Jupiter.

Cherry L: Ya.. napa tu? Apa salah kau guna saja istilah bumi? Sudah juga kami tahu pun.

Aiso: Sebab istilah bumi itu hanya akan aku guna setelah satu peristiwa penting berlaku di antara Tiamat dengan Nibiru ini.

Dewi N: Peristiwa apa tu?

Aiso: Hehehe... untuk itu kita sambung dalam episod 5.

Dewi N: Ya lah. dekat jam 2.00 pagi juga sudah sekarang. Mau tiudr kan.

Cherry L: Ok, makasih arr share cerita pak pandir kau ni. Kekekeke... jangan tangguh lama betul saja la sambungan dia.

Aiso: Kalau nda sibuk aku akan sambung secepat mungkin, don worri...

Cherry/Dewi: Ok, gudnite Aiso.

Aiso: Gudnite.

2 b continued...

Read more...

Makin sensitif ka makin tua?

Sunday, November 9, 2008

Sedang aku mengarang sambungan cerita Planet X atau Nibiru (4) tiba-tiba ada sms sampai. Doh... geng karas aku dua orang ni bawa p makan lamb chop saaaana dakat dewan cina fu chow. Dakat trafik lite simpang pigi lintas, bkt padang, kolombong, kk tu. Jadi terpaksa juga la stop. Nampaknya sambungan cerita a la planet of the apes bilang si Cherry Lips itu terpaksa la ditunda hehehe.

Cerita punya cerita keluarlah topik pasal kawan aku ni mengaku yang dia ini cepat rasa 'sebak'. Dia cakap mudah betul hati dia tersentuh dan senang tul mata dia banjir berkilat hehehe. Dia cakap dia lebih sensitip la. Bukan cepat panas maksudnya tu, sentitif bah. Memang betul pun, kami selalu nampak dia bekilat mata kalau kena beri penghargaan ka atau apa apa yang seperti itu. Bila dia suda mengaku macam tu, terus yang satu ini pun bilang dia juga ada rasa begitu. Ainaaa... apa sudah jadi sama kawan kawan aku ni? Dia bilang tengok movie pun pandai kuar air mata ma air hidung kah kah kah. Tapi satu yang jelas sama aku ialah dua dua kawan aku ini sudah semakin berumur la. So kami buat kesimpulan memang ada age factor punya angkara.

Hm.. untuk berlaku adil dan share sama dorang ini aku pun kasi tau yang aku pun ada rasa sebak juga sekali aku baca kisah=kisah yang ada kaitan dengan mama dan bapa dalam blog utk famili Kee dan family Unggut itu. Hiyaaa... terutama bila tengok gambar lama lama. Satu lagi, aku ni suka kumpul movie. Ada movie yang sampai 10 kali aku ulang ulang tengok. Pernah satu kali tu aku tengok balik cerita The Patriot lakunan Mel Gibson. Cerita ini pun sudah beberapa kali aku tinguk. Tapi kali terakhir aku tinguk bekilat juga mata ooo masa adegan anak bungsu mel gibson tiba tiba bercakap sama dia supaya jangan kasi tinggal tinggal dia lagi. Dalam movie itu anak bungsu dia ini tidak pernah kasi keluar suara sejak mama dia meninggal. Nah... kenapa tu ar? Makin tua juga laini kali kan?

Semua orang mestilah meningkat usianya. Cuma sama ada kesan usia itu affect individu itu atau tidak saja. Itu pendapat aku lah. Satu lagi aku notis, kawan kawan aku ni makin banyak pula falsafah dorang kalau becerita. Another age factor? Wat du u say?

Read more...

Planet X atau Nibiru? (3)

Friday, November 7, 2008

Salam,

Apa kabar? Mudah mudahan anda sihat dan gembira. Sudah bersedia untuk cerita planet x dan nibiru lagi? Harap anda masih berminat untuk mendengarnya. Dalam bahagian dua anda sudah baca dari mana datangnya istilah planet x itu. Dialog kali ini akan menceritakan serba sedikit pasal planet nibiru dan apa kaitannya dengan planet x. Terima kasih kerana terus mengikuti kisah penglipur lara ini... semoga anda terhibur dan juga dalam masa yang sama dapat siiiikit la pengetahuan pasal alam kita ini.

JS: Hi... mana suda si Cherry L sama si Dewi N tu?

Aiso: Napa, ko risaukah kalu dorang ada?

JS: Nda juga...

Aiso: Skijap lg ada la dorang tu.

JS: Alalala... makan maggi ja ka?

Aiso: Huh, malas sa mo masak la... mau?

JS: Makasi… ko makan la. Nah, sampai suda dorang.

Cherry L: Hi JS, buli kami join ka?

JS: Aik, ok bah…

Aiso: Wei Dewi N, tadi tengah hari kita belimpas di dekat traffic lite sana sebelah padang hoki. Kau dari damai, aku pula mau pulang. Saya lambai ko inda nampak lagi tu? Hehehe…

Dewi N: Ya meh? Ala… sori nda nampak lah.

JS: Bah, buli suda kami dengarkah apa itu planet nibiru?

Aiso: Ok… Setahu akulah istilah Nibiru ini dikasi pemes oleh Zecharia Sitchin. Dia pigi study tablets orang Sumeria ba. Sudah lebih 40 tahun dia kaji.

Cherry L: Apa yang Zecharia jumpa dalam tablets tu?

Aiso: Panjang ceritanya ni…

Dewi N: Bah kau kasi ringkas saja la.

JS: Heheh… kamu dua mesti menguap dari lubang hidung ni kan kalu terlampau detail atau saintifik bunyinya.

Dewi N: Bukan pasal itu, tapi kami takut nanti ko nda paham bah kekekek…

Aiso: Ba, diringkaskan lah ni. Duuuuulu-duluuu… bumi ini namanya lain tau. Sapa tau?

Cherry L: Aku tahu, TIAMAT !

Aiso: Wah… ngam la. Siapa kasi tau kau?

Dewi N: Fuiyoo…

Cherry L: Baca la bah.

Dewi N: Aik, aku pun pernah baca pasal Tiamat ni tapi lain sikit ceritanya.

JS: Apa yang kau baca tu?

Dewi N: Kununnya Tiamat itu ialah isteri kepada Apsu blab la bla….

Aiso: O… aku tahu ni. Itu tradition orang Babylonia bah. Cerita itu dari kitab Enuma Elish. Nda apa… kita cerita yang si Zecharia cakap saja lah.

Dewi N: Yaaa… ingat suda. Aku pernah baca dalam buku The History Of God.

Aiso: Menurut si Zecharia, berjuta-juta tahun dahulu Tiamat/bumi bukan berada pada orbit sekarang ni. Maksud aku… sekarangkan bumi adalah planet ketiga dari matahari. Dulu bumi bukan yang ketiga bah.

JS: Jadi di manalah?

Aiso: Dulu bumi atau Tiamat ini orbitnya di antara planet Mars dan planet Jupiter. Kamu masih ingatkah planet apa di antara Mars dan Jupiter sekarang?

Cherry L: Asteriods Belt.

Dewi N: Tapi itu bukan planet kan?

Aiso: Ya bukan.

Cherry L: Macam batu-batu saja tu?

Aiso: Memang pun. Hm, nasib baiklah Jupiter tu kuat gravitinya. Jadi batu-batu dari Asteroids Belt ini tidak jatuh ke bumi tapi ke Jupiter. Tiamat ini keadaannya lebih sejuk dari sekarang sebab masa itu kedudukannya lebih jauh dari matahari.

JS: Jadi Mars di mana pula?

Aiso: Kalu sekarang Mars itu planet keempat selepas Bumi. Tapi jutaan tahun dulu, Mars ini lebih dekat kepada matahari, kira-kira pada kedudukan bumi sekarang inilah.

JS: Ertinya, dulu Mars lebih sesuai untuk ada kehidupan sebab jaraknya daripada matahari membolehkan wujudnya atmosfera dan air sebagai asas untuk hidupan wujud.

Aiso: Buli juga kalau mau dianggap begitu. Sekarang ini pun dari gambar-gambar yang diterima daripada Probe menunjukkan ada kesan hakisan air, ais, fosil mikroorganisma (gambar) dan struktur-struktur yang mungkin dibina di Mars terutamanya di suatu kawasan di sana yang saintis namakan Cydonia.



Dewi N: Probe? Apaitu?

Aiso: Kapal angkasa yang tiada manusia di dalamnya. Macam remote control la.

Dewi N: Wah… macam mainan jak. Ngam la urang bilang men are older boys

Cherry L: so… they just play with bigger toys

Dewi/Cherry: hahahahah….

JS: Bah… start suda dorang hehe. Jadi di Tiamat tu ada hidupan ka? Ada orang macam sekarang ni?

Aiso: Ada tapi orangnya bukan macam yang sekarang ini. Hensom gilaks… hehe, macam munyit bah. Geologist panggil Neanderthal. Dorang ni lebih tough dan berbulu. Baa.. kan sejuk di Tiamat masa tu. Dorang tinggal dalam gua sebab dalam gua kan lebih panas. Kunun la bah ni…

Cherry L: Hahaha… patutlah macam ada mirip munyit ko ni JS….

Dewi N: Wuarhahahahaha… bukan munyit bah Cherry, terlampau juga ko ni tau. Ada miriii…i…ii...iiip anu, apai tu Aiso?

Aiso: Apa?

Dewi N: Anu… errr mirip Neanderthal hahahah…

JS: Silaka eh..

Aiso: Hahaha… jan ko mamanas geng.

JS: Nda la bah… hmm, dari mana pula asal Neanderthal ni?

Aiso: Kununnya berasal dari bintang Pleiades. Nenek moyang dari sana.

JS: Pleiades? Nda pernah dengar pun?

Aiso: O… itu nama satu kelompok bintang saja bah tu. Macam sudu susunan dia, tinguk la itu gambar. Kau buli nampak ini dalam gugusan bintang Taurus. Aku cek dalam buku astronomi juga dikenali sebagai The Seven Sisters.



JS: Dari mana dapat maklumat pasal nenek moyang dari Pleiades ni?

Aiso: Dalam mitologi kaum Maya ada, dalam cerita orang Polynesia pun ada juga sebagai beberapa contoh la. Tapi kita nda perlu cerita pasal nenek moyang Neanderthal dulu bah kan?

JS: Ok…

Aiso: Pernah dengar bintang Sirius?

JS: Pernah tapi nda tahu pun yang mana satu kalu tinguk di langit. Beribu bintang, nda tau macam mana mau start pun haha.

Aiso: Senang saja cari. Mula-mula cari dulu itu Orion’s Belt. Bila suda nampak Orion’s Belt, di tepi sebelah kiri bawah sikit pinggang itu orang yang memanah kita akan nampak bintang Sirius. Bintang Sirius ini adalah antara objek paling terang selain Venus. Bulan jangan kira la bah.



Cherry L: Ada kaitan kah Nibiru dengan Sirius?

Aiso: Ya… ada kunun kalau menurut si Zecharia. Sirius ini, seperti juga matahari mempunyai system planetnya sendiri bah. Salah satu dari planet planet yang ada dalam system Sirius ialah Nibiru.

Dewi N: Oh begitukah pula tuuu….

Aiso: Entah macam mana, Nibiru ini terlepas dari orbitnya dan tersesat lah. Akhirnya setelah lama bergerak tanpa tujuan planet ini tertangkap oleh gravity matahari kita. Dari sini Nibiru terus mengorbit matahari.

Cherry L: Macam mana orbit Nibiru? Kenapa saintis nda pernah jumpa?

Aiso: Orbit dia sama macam orbit komet. Membujur. Lihat rajah lah. Oh ya, satu hal lagi, semua planet mengorbit mengikut pusingan lawan jam, cuma Nibiru ini mengorbit ikut arah jam.



Dewi N: Setiap planet dalam solar kita tidak sama bah kan masa untuk mengorbit matahari? Yang aku tahu kita sudah satu tahun, Pluto belum pun siap buat satu pusingan.

Aiso: Ya betul tu Dewi… buli buli juga kau ni bah. Sebenarnya sejak Pluto mula dijumpai sampailah sekarang Pluto belum pun buat satu pusingan lengkap mengorbit matahari padahal kita suda mengorbit lengkap sebanyaaaakk… err cuba kira 2008 tolak 1930… haa sudah 78 kali atau sebenarnya sudah 78 tahun.

JS: Jadi berapa lah masa untuk Nibiru ini membuat satu pusingan lengkap mengelilingi matahari?

Aiso: Menurut Zecharia, satu tahun di planet Nibiru sekarang adalah sama dengan 3600 tahun di bumi. Maknanya setelah kita membuat 3600 kali pusingan Nibiru baru buat satu pusingan saja.

Cherry L: Kenapa orang Sumeria tulis pasal Nibiru?

Aiso: Pasal di planet itu ada penghuninya.

Dewi N: Haaa?… siapa, Superman? Ultramen?

Cherry L: Aku tau… sisakmen… haha.

Aiso: Bukan… penghuninya disebut sebagai Anunnaki. Bilang si Zechariah la ni. Menurut dia lagi dalam Old Testament pun ada tapi istilahnya Anakim. Nah… mulai mulai suda ni cerita menyentuh soal faith kamurang. Nda buli marah ki, mesti open minded. Saya kongsi ini cerita dulu kemudian barulah kamurang timbang sendiri sama ada karut ka, boleh considerkan atau apa apa lah. Jangan saja kamurang suruh pulis tangkap sia la… hehe

JS: Anunnaki ni apa? Orang?

Aiso: Hm… kununnya bukan macam kita ini lah. Dorang ni reptilia tapi tiada sisik. Ada pemerintahan juga dalam komuniti dorang dan jauh lebih maju dari kitorang.

Cherry L: Jadi siapalah Perdana Menteri di sana? Ngam ka ini soalan?

Aiso: Kakaka… ngam juga lah. Semasa Nibiru termasuk ke system solar kita, pemerintahan di sana diketuai oleh Emperor Alalu dan Empress Lilitu.

JS: Ok ok… pastu?

Aiso: Setelah terperangkap dalam system solar kita, planet Nibiru ini menghadapi masalah dengan atmosfera dia.

Cherry L: Sebabnya?

Aiso: Intalah bos… ilmu astronomi aku ni kual kual sija. Aku cerita saja ni apa yang Zecharia tulis. Aku ada dua buah buku dia, tapi baca sikit sikit ja. Kemudian aku ada juga baca The Temple Of Osiris punya teaching, jadi inda jugalah aku berapa tekejut tulisan si Zecharia ni. Mungkin dalam buku dia yang lain dia ada tulis lah kenapa ada masalah dengan atmosfera di Nibiru itu. Tapi secara logiknya aku rasa apabila Nibiru ini menjauhi matahari dengan terlalu lama maka sinaran matahari yang dia dapat terlalu sedikit. Ini menyebabkan planet itu menjadi sejuk. Keadaan ini tidak sesuai kepada hidupan reptilia yang suhu badannya bergantung kepada suhu persekitaran. Ingatkah kita belajar pasal haiwan berdarah sejuk dan berdarah panas? Maknanya Anunnaki ini jenis berdarah sejuk. Dia perlu berjemur untuk panaskan badan.

Dewi N: Jadi mati lah semua tu Anunnaki?

Aiso: Tidak o… nanti dorang datang lagi 2012 ini hahaha… sedia sedia lah kamurang…

JS: Bah… ada yang sumandak talawa kali tu kan?

Dewi N: Ada tu yang macam buaya ko mau meh? … reptilia kan…

Aiso: Untuk mengatasi masalah pada atmosfera di planet Nibiru itu, Emperor Alalu bersama dua belas orang counsel dia buat lah mesyuarat tergempar. Hehehe… biar betul ni. Dorang bincang dan bersetuju supaya penghalang haba diperbuat daripada emas mesti dibina agar haba tidak hilang dari planet itu. Mungkin mau baut macam green house effect la bah ni.

JS: O… dorang kena kumpul banyak emas lah ni kan?

Aiso: Betul, jadi dorang pun membuat eksplorasi ke planet-planet dalam system solar kita ini laaa. Fuh… bulikah kita stop dulu? Ada kawan sms bah. Mau bawa lepak saaaana Salim mamak di lintas.

JS: Ya, saya pun ada hal juga ni.

Cherry L: Pura pura lagi ko ni JS, padahal laaamaa suda saya tinguk hidung kau pandai kambang kambang pasal nda mau menguap dari mulut hahaha…

Dewi N: Aik Aiso, bukan ko pi jumpa sumandak ka?

Aiso: Teda la…

Dewi N: Dulu bukan ko selalu sama si Sly ka? Tapi sekarang dia inda buli ganggu ooo… jadi aku heran ko lepak sama siapa.

Aiso: Betul ba ni… kawan sama tempat keraja bawa minum teh sambil sembang-sembang… dan sambil susi mata no boh… kekekeke

Nah… sudah ada idea sedikit pasal Nibiru? Nanti kita akan sambung cerita apa yang penghuni Nibiru buat dalam usaha mereka mencari emas ini dan apa kaitannya dengan kewujudan manusia bermula dari Adam dan Hawa, Taman Eden, kepercayaan agama-agama langit iaitu Judaism, Kristian, dan Islam. Makin panas suda ini cerita tapi kamurang jangan la bah memanas buli bah kan.

Jumpa lagi.

Read more...

Planet X atau Nibiru? (2)

Wednesday, November 5, 2008

Sawadikarp…

Kita sambung dialog... kali ni ada 2 orang tetamu.

JS: Bah, sampai mana sudah kita bincang tu?

Cherry L: Ya sampai mana suda tu? Saya pun mau ikut la kamu melepak pasal ada orang kirim chain emel kununnya Nibiru buli nampak suda tahun dapan... kin panas...

Aiso: Ya ka? Hahaha... baru sampaaiii kenapa saintis ramal sepatutnya ada lagi planet selepas Pluto dan pasal kajian oleh Zecharia Sitchin mengenai tulisan orang Sumeria.

JS: O... Hm kenapa saintis ramal mesti ada lagi planet sampai dorang beri nama Planet X?

Aiso: Kalau kau ada tinguk itu urutan planet-planet dalam artikel Astronomi Kunun 1, tentu kau setuju kalau aku bilang mulai dari planet Jupiter sampai Neptune semuanya planet yang besar. Tup... tup... tup... ada pula lagi Pluto mengampit di hujung.

JS: Ya betul... jadi?

Aiso: Hm... aku cerita dulu sikit sejarah dari Planet Saturn la... buli ba kan. Dari zaman dahulu kala lagi manusia suda mengenal 7 objek di langit yang paling ketara iaitu Sun, Mercury, Venus, Moon, Mars, Jupiter dan Saturn. Sebab itu jugalah angka tujuh ni kununnya satu Sacred Number bagi astrologer. Satu minggu kan ada 7 hari dan nama-nama hari ini pun ada kaitan dengan 7 objek tadi tu. Misalnya Saturday itu berasal dari perkataan Saturn’s Day, Sunday asalnya Sun’s Day, dan Monday pula Moon’s Day.

Dewi N: Dari mana pula Tuesday, Wednesday, Thursday sama Friday?

Aiso: Kekeke… aku suda lupa lah di mana aku nampak ini. Tau lah masa kici-kici aku suka baca buku astrology. Sana la aku jumpa tu, tapi yang 4 hari lagi kau tanya itu aku nda ingat suda. Lama suda aku stop baca buku-buku begitu, bagus lagi aku baca komik si Cherry Lips kakaka. Apapun memang lamaaaaaa suda manusia tahu kewujudan 7 objek ini yang sentiasa pindah-pindah kedudukannya di langit. Sehinggakan kedudukan 7 objek ini diguna untuk meramal nasib dan musim. Gambar ini aku cedok dari satu buku lama astrology, tinguklah ada suda Saturn kan?

(foto, blum aku kasi masuk ar...)

Dewi N: Patutlah David Beckhm pemes, pasal dia pakai numbur 7 kan.

Cherry L: Wuaaaahahahahahahahaha.... ya bah. Nasib lah dia nda pakai jersi Line-7. Apa lagi aaa... errr... 7-up, 7 eleven, 7 seas, 7 colours of the rainbow....

Dewi N: 7 petala langit, 7 tingkat syurga, 7 benda ajaib di dunia….

JS: Aik… melalut suda ni haha. Bah, sambung la cerita kau dari Saturn tu. Jangan layan budak nakal duarang ni.

Aiso: Hihi, relax bah ko JS. Macam ada juga keunikan dan ke’sacred'an ini numbur 7 tau. Tapi nanti aku tulis dalam artikel yang lain. Ok... sambung balik. Bagi orang zaman dahulu memang tidak ada suda planet selepas Saturn bah...

JS: Aik... mana satu betul ni?

Aiso: Kenapa?

JS: Kau bilang orang di zaman dahulu anggap tiada suda planet selepas Saturn, tapi kau cerita lagi orang Sumeria sudah tau ada 12 objek dalam sistem suria kita? Mana satu baini? Orang Sumeria kan orang zaman dahulu juga?

Aiso: O... Si Zechariah yang tafsir 12 objek itu dari tablets Sumeria ok. Buat sementara ini kita kasi tinggal sekijap pasal Nibiru. Kita cerita dulu yang sudah kompom ada dan kenapa timbul Planet X, tapi mesti mula dari Saturn juga.

JS: Ok, teruskan...

Aiso: Hari ini kita suda tahu bahawa orang zaman dahulu silap. Selepas Saturn ada pula lagi planet iaitu Uranus. Planet ini dijumpai dalam tahun 1781 oleh William Herschel (1738-1822). Selepas penemuan ini ramai menganggap lengkaplah sudah model sistem solar kita ni. Tapi selepas beberapa tahun timbul masalah pula.

Dewi N: Ades... masalah apa lagi ni...?

Aiso: Ingat lagi Newton? Dia lahir sebelum William Herschel. Dan sudah dia publish buku sains dia iaitu Principia Naturalis Mathematica kah apa tu… nda berapa ingat. Buku ini explain guna teori gravity gerakan semua planet-planet itu tadi. Kemudian ada lagi satu orang saintis iaitu Johannes Kepler rumuskan Hukum gerakan planet. Dari sumbangan dua saintis ini gerakan planet-planet yang diketahui pada masa itu dapat dijelaskan dan malahan dapat diramal di mana ia akan berada pada satu satu masa. Jadi setelah Uranus ditemui senanglah dorang crosscheck laluan Uranus apakah sama seperti yang diramal oleh teori graviti Newton dan hukum Kepler tadi. Malangnyaa...didapati gerakan Uranus ini tidak beraaapaa ikut orbit yang dikira. Maka saintis pada masa itu fikir mesti ada planet besar lagi selepas Uranus di mana graviti planet ini menggangu dan mengubah laluan Uranus sampai ia tidak ikut orbit yang dorang jangka. Hehe... masih sanggup dengar ka? Sorilah berabis suda aku kasi simple ni...

Cherry L: Ok ba... tapi capat la... bila lagi mau timbul Planet X ni, macam lambaaat lagi?

Aiso: Ok, diringkaskan cerita setelah saintis mendapati ada perubahan laluan Uranus ini maka dorang pun cubalah membuat kiraan untuk meneka kedudukan planet yang mempengaruhi Uranus itu. Akhirnya pada tahun 1846 planet Neptune berjaya ditemui oleh John Couch Adam dan Urbain Leverier. Bermakna Neptune bukan ditemui melalui teropong, tetapi melalui matematik. Adam dan Leverier cuma menghalakan teropong dorang pada kedudukan yang dorang dapat melalui kiraan saja. Dasaaat.

JS: Heranlah orang orang Barat ni, pandai pandai la kan?

Cherry L: Kitorang pun patut laaamaaa suda juga ada saintis ba tapi semua nda sempat menghasilkan teori sebab habis mati semua kana putung kepala oleh pengait. Di Sabah kan ada baaanyak pengait, apa lagi zaman dulu sedangkan masa aku budak budak pun nda kena benar memiansau pasal ada pengait konon. Jadi ramai bakal-bakal saintis mati dalam hutan putus kepala. Amacam teori aku?

Dewi N: kah kah kah... aku pun ada teori. Si Newton dapat idea graviti dia pasal dia kejatuhan buah epal bah kan Aiso?

Aiso: Kununnya la... aku dgr bukan lah kejatuhan buah epol. Entah la bah... lupa pula aku tanya dia masa kami satu kelas dulu kwang kwang kwang...

Dewi N: Teori aku, kitorang pun sepatutnya awal suda dapat idea graviti bah, tapi nda sempat dorang tulis sebab dorang kejatuhan buah durian gima... hahahahahahaha...

JS: Nah kan... sah mulau... hehehe

Aiso: Wuakakakakakaka... kompom sinting bah kamu dua ni. OKlah, sambung dulu cerita, mau keluar suda Planet X. Sikiiit ja lagi. Setelah Neptune ditemui maka saintis pun kajilah dengan mendalam pasal Neptune ni. Sekali tu dorang dapati kekuatan graviti Neptune masih tidak cukup kuat untuk menerangkan perubahan pada orbit Uranus. Bukan itu saja, orbit Neptune sendiri pun pandai lari lari. Dalam astronomi, fenomena ini disebut perturbation. Siou, sakap omputih sekijap. Oleh itu saintis terus juga anggap masih ada lagi planet selepas Neptune. Seorang saintis iaitu Percivall Lowell (1855-1916) telah membuat kiraan untuk meneka kedudukan planet yang mempengaruhi orbit Uranus dan Neptune itu dan dia menggelar planet ini sebagai ... jeng jeng jeeenngg... Planet X. Hehe.... Biasanya dalam matematik sesuatu objek atau kuantiti yang belum diketahui itu akan dianggap sebagai X.

Cherry L: Hehe patutlah ada iklan sabun jenama X. Berabis aku cari di kedai tu sabun rupanya X tu mewakili semua jenama yang lain kan.

Aiso: Yaaaa... ingat pula kau tu iklan arrr... Akhirnya pada tahun 1930 Clyde Tombaugh (1906-1977) telah terjumpa Pluto ketika sedang mencari Planet X ini.

JS: Sesudah jumpa Pluto kenapa dorang tidak anggap Pluto itu sebagai Planet X? Pasal masiiiih lagi juga ada cerita pasal Planet X di internet.

Aiso: Pasal saiz Pluto kecil bah. Jadi gravity Pluto ini masih tidak cukup kuat untuk mengakibatkan perturbation… cewaah… yang berlaku pada Uranus dan Neptune itu. Fuh… panat lah, lagipun saya ada janji baini sama kawan mau keluar minum minum. Nanti kita sambung lagi la bah kan. Lama lagi 2012 tu, sempat juga dingar semua cerita.

JS: Tunggu dulu... ada soalan ni.

Aiso: Ba, apaitu?

JS: Planet X tu sudah dijumpai ka belum sekarang ni?

Aiso: O... sia ingat ko mo tanya di mana sia mau pigi. Hm... tunggu artikel berikutnya hehehe...

Dewi N / Cherry L: Ciiiiissssssss....!

Aiso: Babai, jumpa lagi.

Read more...

Planet X atau Nibiru? (1)

Tuesday, November 4, 2008

Hi... sihat?

Harap begitulah bah kan sebab saya mau cerita sesuatu yang mungkin anda nda percaya bahkan nda suka juga pun. Malas juga mau tulis tapi pasal kawan saya tanya betulkah tahun 2012 nanti Nibiru akan menghampiri bumi dan akan mengakibatkan perubahan drastik kepada hidupan di bumi, maka saya tulis la. Akan berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan sebagainya la. Lagipun si e'Odu minta sorita dan Kee Heritage suru ja tulis hehe.

Hmm... ingat lagi ka saya pernah sebut dalam artikel Mentari merah di ufuk timur tentang pertanyaan kawan saya itu? Cuma dalam artikel itu saya tidak cerita apa jawapan saya kepada dia tapi saya cerita pula kenapa matahari terbit dari barat. Bukan apa, jawapan kepada soalan dia itu agak kompleks dan perlu ditulis berasingan, samaaa masih lagi sia takut taaaaakut mau cerita baini sama kamurang.

Mungkin bagus dibuat dalam bentuk dialog la ni cerita kan? Kamurang bayangkan saja saya sedang bersembang sama kawan yang bertanya itu, kemudian di sana sini nanti ada juga kunun lah beberapa org lain akan menyampuk kalau saya rasa sesuai. Sebagai permulaan, cuma saya sama kawan yang tanya pasal Nibiru itu saja berdialog. Saya gelar dia JS saja (singkatan nama sebenar dia tu hehehe), takut nanti dia plengkek ka, cangak ka, susah lagi. Oh ya, dialog ni cuma rekaan saja, supaya senang saya sampaikan maklumat Nibiru yang tiba tiba jak pemes tul skarang ni. Laaaaaamaaaaaaaa suda ba pula itu cerita.

JS: Kenapa ko takut mau tulis ooo? Apa juga baitu.

Aiso: Sebab cerita pasal Planet X, dan Nibiru ini lambat laun akan berlanjutan sampai cerita siapa kita sebenarnya la kunun, siapa itu tuhan Elohim yang ada dalam kitab-kitab agama, Adam dan Hawa, UFO, dan banyak lah bah yang bikin kamu marah mungkin ni. Nah... masi mau tau juga ka?

JS: Dari ko saja bah...

Aiso: Kalu ko masi ingat, dalam artikel Mentari merah di ufuk timur yang panjang melalut tu, ada saya kasi tau bahawa selain pengaruh graviti bulan terhadap air di bumi, saya ada lain cara lagi explain kenapa matahari terbit dari barat. Cuma saya teda cerita dalam itu artikel la. Belum saya kasi cerita sebab saya panat pikir itu hipotesis dan masih tidak selesai. Mau gundul suda kepala ni pikir tapi masi ada saya belum puas hati jadi ditangguh la.

JS: Cuba kah ko cerita sikit apa yang belum selesai ko pikir tu?

Aiso: Begini bah...saya ni ada satu globe yang saya rasalah susah ko mo cari sekarang. Bukan globe biasa tau. Selalu pun yang ada dijual mesti globe bumi. Ini bukan ooo... ini globe untuk tunjuk kedudukan bintang-bintang. Saya jumpa di kedai buku saaaaana Keningau masa sia memiansau di sana dulu. Suka saya sama ni globe.

Mula-mula saya nda paham macamana mau guna tu globe. Puas la sa tenung tu benda sampai tebaring dan tetidur di sofa. Satu kali tu saya baring sambil putar-putar tu globe. Sudah boring pasal nda juga dapat tangkap apa guna dia, saya pun putar la bah tu globe laju laaaaju ni. Saja main main masa tu. Tapi cara saya putar pun masih juga dalam arah lawan jam la, macam cara bumi berputar sekarang. Bila juling suda mata saya tinguk tu globe beputar saya pun bangun dan berdiri. Baru saya perasan ni, masi lagi beputar tu globe tapi putaran dia sekarang sudah ikut arah jam! pasal tebalik sudah saya pegang tu globe tanpa sengaja bila saya berdiri. Terus saya ada ilham yang lain. Supaya matahari terbit dari barat, bumi mesti dikasi terbalik. Maksud saya kedudukan paksi Utara sekarang digantikan oleh paksi Selatan dan sebaliknya. Faham bah kan? Nah... satu kemungkinan lagi, iaitu perubahan kedudukan paksi.

JS: Nah... ok sudah tu geng, jadi apa lagi yang kurang dia?

Aiso: Kurangnya saya mesti cari sebab kenapa bumi jadi terbalik paksi dia bah. Jadi saya pun menghipotesiskan lagi mungkin ada sesuatu objek besar yang akan langgar bumi sampai bumi jadi terbalik. Ini ada kemungkinan juga tau, pasal kira-kira 65 juta tahun dahulu (nda berapa ingat suda, tapi malas mau verify la sekarang... nanti saya edit juga kalu silap) satu objek besar memang telah menghentam bumi. Kawah hasil hentaman ini masih ada di Mexico. Itu sebab lah dinosor pupus... bukan pasal ada otromeeenn rupanya. Tidak mustahil berlaku lagi tapi kali ini dilanggar oleh objek yang laaaagi besar sampai bumi terbalik.

Bila saya baca buku-buku astronomi yang ada, saya cuma dapat calon-calon objek yang nda berapa besar bah untuk langgar Bumi. Paling-paling pun komet dan asteroids. Ada juga lagi calon-calon dari Kuiper Belt. Tapi saya pun paning juga baca jadi saya stuck setakat ini. Lama-lama saya dengar ada planet saintis jumpa selepas Pluto. Tapi inda suda kena anggap planet la pula sebab kici juga. Kalu nda silap SEDNA kali tu nama dia. Berlarutan dari sini saya pun terjumpa artikel menceritakan bahawa ahli-ahli astronomi meramal mesti ada planet lagi selepas Pluto. Oh ya, Pluto pun inda suda dianggap planet pasal dia pun kici. Ada pendapat kununnya Pluto ini mungkin satelit Neptune yang terlepas dari orbit dia.

JS: Aiya... bingung saya bos. Lagipun ada hal ni. Nantilah kita sambung lagi, buli ka?

Aiso: Buli ba kalu kaaauu...

Di akhir dialog ini ada disebut bahawa para ahli astronomi meramal mesti ada satu planet lagi. Pasal apa dorang sangka macam tu? Kalu sia cerita sekarang nanti terlampau panjang ini post. Cukup dulu saya kasi ringkas begini, mereka ni terlalu yakin akan kewujudan planet ini sampai dorang sudah kasi sedia nama iaitu planet. Dorang panggil PLANET X. Nama dia begitu sebab dorang belum jumpa tu planet. Kebetulan pula ada lah saturang mamat ni buat study gila babi tentang tablets (kepingan tanah liat yang mengandungi tulisan tulisan) peninggalan tamadun Sumeria (sekarang Iraq). Tablets ni berusia 4000 hingga 6000 tahun. Nama si mamat ni ialah Zecharia Sitchin. Suda 40 tahun dia study pasal tulisan Sumeria ni. Dari kajian si Zecharia, sudah tertulis dalam tablets itu bahawa ada dua belas objek dalam sistem suria kita (tidak termasuk asteroids) iaitu Matahari, Utarid, Kejora, Bumi, Bulan, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune, Pluto, dan NIBIRU. Perhatikan gambar itu lah lebih mudah. Sekarang ini semua 11 objek kita sudah tahu kecuali Nibiru. Jadi adakah planet X itu sebenarnya planet Nibiru? Apa masalahnya kalau memang Planet X itu adalah Nibiru?


Makasi ar, membaca tangon sia ni. Bye. 2 b continued...

Read more...

Midnight Sky

Saturday, November 1, 2008

Shallom…

Apa kbr? Semoga sihat la kan. Kali ini saya mau cerita sikit-sikit la pasal alam semesta ini. Boleh ba kan kampung kaaampung punya.

Apa itu alam semesta (universe) ?

Alam semesta yang saya maksudkan di sini ialah semua benda yang wujud hari ini.

Apabila anda memandang ke langit di waktu malam, kelihatan saaaangat banyak objek bersinar. Objek-objek yang kita nampak itu majoritinya adalah bintang, dan juga beberapa buah planet, komet, meteorite, asteroids, galaksi, supernova, nebulae dan macam-macam lagilah dan juga objek yang semua orang kenal iaitu bulan. Ada juga orang cakap satellite heheh. Selain itu ada juga objek-objek pelik misalnya telur tarabang, balan-balan.... eeeeetata...

Apakata kita lihat satu persatu objek-objek ini bermula dari sistem suria kita. Saya yakin sekarang ni anda sudah tahu apa itu sistem suria. Anggapan saya inda suda ba kamurang ini menganut kepercayaan lama kununnya bumi ini adalah pusat alam dan semua objek-objek tadi tu bertawaf mengelilingi bumi. Itu inda laku suda sekarang ar... hehe.

A picture worth more than a thousand words, jadi tinguk saja la gambar ini dan penjelasannya yang ringkas. Kita mau tau dulu nama planet-planet dalam sistem solar kita ini... klik la itu gambar supaya lebih jelas label nombornya.




Suku sakat dalam sistem suria kita ni adalah...

1. Bos la sepa lagi. Ini la dia bintang yang kita kasi nama Matahari. Sedikit ja nampak pasal agayo babanar... Kalu kita gabung semua yg dari numbur (2) sampai numbur (21) pun inda dapat lawan ni bos dari segi jisim (mass) dan saiznya.

2. Nah... itu pancutan gas yang terbakar tu. Orang putih bilang Prominence.

3. Planet pertama dlm keluarga matahari ini namanya Mercury. Kalau melayu Utarid. Nda tau pula dalam bahasa Kimaragang apa.

4. Penet kedua ialah Venus atau Kejora. Terang ni di langit. Selalu orang keliru bilang satelite la, ufo la... Tapi paling sa nda suka dengar istilah bintang Kejora. Bukan bintang baitu topinai, planet baaaa....!

5. Nah... sinilah kitorang tinggal ba. Bumi.

6. Geng setia dan satelite semulajadi kita. Satelite ini dinamakan Bulan. ...Moon ka dit turang puti...’

7. Planet Marikh atau Mars. Planet ni ada dua satelite semulajadi iaitu Phobos (8) dan Deimos (9). Kelihatan berwarna merah planet ini. Sebab itu digelar juga sebagai The Red Planet.

8. Phobos

9. Deimos. Heheh... lain juga ini nama. Sia ingat satu sumandak nama dia Carreca Deimos. Saaaana suda dia di Switzerland study. Sioknya dia...

10. Ini la bah Asteroids tuuu... batu batuan yg baaaanyak...

11. Planet paling besar dalam sistem solar kita ini namanya Jupiter atau Musytari. Oleh sebab dia besar, graviti planet ni pun besar juga (lebih kuat). Jadi tu asteroids lebih cenderung jatuh ke Jupiter daripada pigi bumi. Fuh... makasi Jupiter... relax kamurang bah Kee Heritage, Dewi Nuwa, om e’odu, ada juga Jupiter jadi penyelamat setakat ni hahahaha... Penet ni kalu inda silap sia la ada dua belas satelite semulajadi. Tapi yang pemes ni empat la. Orang yang kasi pemes ni empat satelite ialah si Galileo Galilei. Empat satelite ni dari numbur (12) sampai numbur (15). Yang satelite lain tu nda payah la... kici.

12. Io

13. Europa

14. Ganymede

15. Callisto

16. Planet Zuhal atau Saturn. Cantik ooo ni penet. Ada cincin di tepi (ring). Mangkali ramai tu kan cewek-cewek cakep sana.. Ada beberapa satelite juga, paling besar namanya Titan (17).

17. Titan.

18. Planet Uranus. Inda tau apa kalau Melayu ooo... kira sendiri berapa satelite dia ada. Nda paya la cerita itu...

19. Planet Neptune.

20. Triton. Satelite Neptune yang paling besar ni.

21. Penet paling jauh dan kici ni namanya Pluto. Tapi sekarang status Pluto bukan lagi dianggap planet. Jan ko frust sana bah Pluto. Sapa suru ko kici betul. Kesiaaannn...



Begitulah serba sedikit pasal objek-objek dalam sistem solar kita. Nda heran ka balik balik saya tulis satelite? Sebenarnya istilah yang betul untuk setiap objek kecil yang mengelilingi planet tu ialah satelite. Contohnya Moon, Phobos, Titan dan lain lain la. Hmm... buli la ba ni sebagai pengenalan kan? Aik... mana Penet X atau Nibiru itu? Nanti kita cerita lain la yang itu arr. Lukisan di atas itu tidak ikut skala yang betul. Jarak pun nda betul. Yang grid di bawah ni tunjuk lebih tepat jarak diorang ni. Klik saja tu gambar supaya nampak besar.




Stop dulu la ok. Nanti sambung lagi kalu sa ada masa. Byeeee.

Read more...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP