Planet X atau Nibiru? (6)

Saturday, November 29, 2008

Hi…

Skarang jam 2.30 pagi. Tidak dapat tidur. Puas tidur satu hari pasal demam. Jam 8.00 malam tadi terpaksa juga pergi klinik minta ubat. Mau hilang sudah la ni demam, tapi nda dapat tidur la pula. Jadi.... kita sambung la kisah Planet Nibiru itu.

Setakat ini sudah cerita sampai perlanggaran Kingu dengan Tiamat. Kemudian niat Prince Anu dan Princess Antu untuk merampas pemerintahan Emperor Alalu dan Empress Lilitu di Planet Nibiru itu.

Aiso: Kamu tahukah kenapa bumi ini di panggil Earth?

Cherry / Dewi : (Geleng-geleng nda tau).

Aiso: Menurut Zecharia, apabila Prince Anu, Princess Antu, bersama anak-anaknya, dan krew Anunnaki yang pertama mendarat ke Tiamat dan membina penempatan, mereka memanggil kawasan penempatan ini sebagai Eridu. Eridu itu bererti tempat tinggal yang jauh dari tempat asal. Namun istilah Eridu ini mengalami evolusi dan meresap ke pelbagai bahasa. Eridu ini menjadi Ardh dalam bahasa Arab, Aratha atau Ereds dalam bahasa Aramaic, Erd atau Ertz dalam bahasa Kurdish, Ordu dalam bahasa Turkey, Urdu dalam Hindi, Erde dalam German, Aarde dalam Dutch, Eorthe dalam Inggeris kuno, dan Earth dalam Inggeris moden.

Cherry L: Wah,begitu pula asal istilah earth ini.

Aiso: Aku harap kamu faham bahawa sebelum berlaku perlanggaran di antara Tiamat dengan Kingu itu, sudah ada Anunnaki yang berada di Tiamat untuk mencari emas.

Dewi N: Krew pertama diketuai oleh Prince Anu dan Princess Antu kan?

Aiso: Ya. Ingat lagi siapa yang turut sama ke Tiamat masa itu Cherry?

Cherry L: Anak-anak Prince Anu iaitu si Enki, Enlil dan Ninkhursag, selain beberapa krew Anunnaki lagi lah.

Aiso: Hehe... ingat arrr. Diringkaskan cerita setelah emas berjaya ditemui di Tiamat, maka semakin ramailah Anunnaki yang dihantar ke Tiamat untuk menjadi pelombong emas. Maka untuk suatu ketika atmosfera Nibiru itu dapat diselamatkan. Begitulah keadaannya sehinggalah berlaku peristiwa perlanggaran di antara Kingu dengan Tiamat. Akibat perlanggaran itu banyak lombong emas yang musnah. Maka Emperor Alalu dan Empress Lilitu pun datanglah ke Tiamat untuk melihat kemusnahan lombong-lombong emas itu. Sebenarnya Prince Anu sudah menghasut Anunnaki yang ada di Tiamat supaya bekerjasama dengannya untuk merampas kuasa dari Emperor Alalu. Maka peristiwa rampasan kuasa oleh Prince Anu menjatuhkan Emperor Alalu ini berlaku apabila Emperor Alalu datang ke Tiamat untuk membuat lawatan dan melihat sendiri kemusnahan di Tiamat akibat perlanggaran dengan Kingu. Prince Anu dan Princess Antu kemudian menggelar diri mereka sebagai Emperor Anu dan Empress Antu. Emperor Alalu dan Empress Lilitu dilarang daripada balik ke planet Nibiru. Kononnya Emperor Alalu dan Empress Lilitu ini masih hidup dan berada di bumi.

Dewi N: Haa? Di mana Alalu sama Lilitu ini bersembunyi di bumi?

Aiso: Di dalam suatu ruangan bawah tanah yang luas di Pergunungan Grand Teton, berhampiran dengan Yellowstone National Park.


Dewi N: Aik, di mana tu?

Aiso: Di Wyoming US la mana lagi. Cantik tu tempat. Nah, kalau macam kau ni minat fotografi, puas la kau menggambar pemandangan kalau kau pigi sana.

Dewi N: Fuiyooo... bestnya.

Aiso: Ok, sambung balik. Selepas rampasan kuasa oleh Prince Anu yang kemudian mengclaim dirinya sebagai Emperor Anu, maka usaha menggali emas untuk menyelamatkan atmosfera planet Nibiru itu pun berterusan seperti biasa. Tapi lama kelamaan, Anunnaki yang menjadi pelombong emas itu merasa tidak puas hati kerana terus-terusan menjadi pelombong. Dorang pun mogoklah nda mau melombong lagi.

Cherry L: Dorang bawa sepanduk minta kasi naik gaji ka?

Aiso: Wuik... aku pun nda tau. Haahaha. Mangkali juga.

Cherry L: Siapa yang menjaga pelombong-pelombong Anunnaki masa tu?

Aiso: Nefilim Duke Nergal dan pasangannya Duchess Ereshkigal

Cherry L: Jadi dorang dua la yang menjadi ketua mogok?

Aiso: begitu la tu…

Cherry L: Jadi macam mana lah Emperor Anu dan Empress Antu mengatasi masalah tiada pekerja mau melombong?

Aiso: Hmm… ingat lagi Emperor Anu ini ada anak bernama Ninkhursag?

Cherry / Dewi: Ya...

Aiso: Ninkhursag ini sebenarnya pakar genetik dan merupakan ketua pegawai perubatan.

Cherry L: Jadi kenapalah kalau dia pakar genetik?

Aiso: Ok, siapa penduduk asal Tiamat?

Cherry L: Neanderthal.

Aiso: Haaa… jadi Emperor Anu dapat idea bahawa Neanderthal ini sepatutnya boleh dijadikan pelombong bah. Cuma masalahnya Neanderthal ini tidak bijak. Jadi Emperor Anu meminta Ninkhursag menghasilkan hybrid daripada cantuman genetik Anunnaki dengan Neanderthal supaya lebih bijak dan boleh diarah jadi pelombong.

Dewi N: Ish… betul bah ini cerita? Apa bukti si Zecharia ni?

Aiso: Hmm... kununnya gambar ular berlingkar dalam tablet itu mewakili idea double helix pada genetic code sequence dalam kromosom. Ingat lagi biologi ka? Kita pernah belajar tu pasal double helix.


Cherry L: Berjaya jugakah si Ninkhursag menghasilkan hybrid itu?

Aiso: Setelah mencuba banyak kali akhirnya Ninkhursag berjaya juga menghasilkan hybrid yang dia mau itu.

Dewi N: Macam mana dia buli dapat?

Aiso: Ninkhursag suntik genetik dari abang dia si Enki ke dalam Neanderthal tu. Jadi hybrid yang terhasil itu dorang panggil Adamu.


Cherry L: Aik... macam nabi Adam a.s. saja tu tau?

Aiso: Hehe, kan awal-awal lagi suda aku warning supaya mesti open minded kalau mau tahu cerita pasal Nibiru dan penghuninya. Lambat laun akan nampak macam ada kaitan dengan cerita-cerita dalam agama langit (Judaism, Kristian, Islam)

Dewi N: Macam mana pula Hawa muncul?

Aiso: Hmm… sabar dulu Dewi. Aku cerita dulu pasal Adamu ini. Hehehe.

Dewi N: Ok...

Aiso: So, setelah berjaya menghasilkan satu hybrid yang dipanggil Adamu, maka langkah seterusnya ialah memperbanyakkan saja hybrid-hybrid ini. Maka untuk memperbanyakkan hybrid ini, Ninkhursag menggunakan teknik pengklonan (Cloning). Akhirnya banyaklah Adamu terhasil yang akan mengambil alih tugas melombong emas dari golongan Anunnaki sebelum ini.

Cherry L: Eh, kalau mau klon bukan perlu tempat pengeraman ka?

Aiso: Betul, jadi bibit-bibit atau klon klon Adamu yang banyak itu dieramkan oleh golongan Anunnaki perempuan. Bila cukup masa maka Adamu akan dilahirkan lah. Saiz Adamu ini lebih kecil daripada Anunnaki sebenar.

Dewi N: Kalau ikut cerita Zecharia ini, Adamu ini dicipta untuk menjadi pelombong emas saja lah kan?

Aiso: Ya, begitulah nampaknya.

Dewi N: Ish ish ish... dangerous ni cerita hahah. Setahu aku Adam dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.

Aiso: Ehem… yang itu aku nda mau komen.

Cherry L: Ok, lepas tu apa jadi?

Aiso: Ahirnya masalah ketiadaan pelombong itu berjaya diselesaikan oleh Ninkhursag. Planet Nibiru pun tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan emas sebab ada sudah banyak Adamu yang tolong gali emas itu.

Cherry L: Kesian juga Anunnaki yang perempuan jadi tukang eram klon klon Adamu kan.

Aiso: Nah… kau baru dengar cerita ini pun pandai kesian sama Anunnaki perempuan hahaha. Sebenarnya Anunnaki perempuan yang kerja dorang jadi tukang bunting sama tukang beranak tu Adamu semua pun akhirnya tidak puas hati dengan peranan dorang yang macam itu. Dorang pun mogok tidak mau jadi tempat eram klon.

Dewi N: Wuik... makin huru hara ini cerita hahaha...

Cherry L: Ya bah... sana sini suda pemberontakan berlaku. Lucu pula.

Aiso: Hehehe... ba, aku tangguh dululah ini cerita. Kasi reda dulu itu huru hara sekijap. Lagipun badan nda berapa sihat la. Mau rehat dulu. Babai...

5 comments:

DewiNuwa November 30, 2008 at 8:17 AM  

hmmmm, mmg bahay jgk crita ni tau, masa ni crita dikarang, teda jgk terdengar bunyi2 mc kilat sabung menyabung ka di luar jendela tu? wahahahahhh (kunun klu Tuhan murka kena kilat kan...) Tapi mmg interesting jgk la teori ni, part paling best yg gambar tempat si alalu sama lilitu betapuk tu.. hehe..

Aiso November 30, 2008 at 1:32 PM  

oo... memang ko suka part tu sebab kau mau p sana menggambar ni kan? memang tempat pelancongan tu. ada pakej2 lagi untuk penginapan dsbnya. cuma tiada pakej yang sebut pasal Alalu sama Lilitu la. hehehe.

BUNG ADI December 1, 2008 at 2:11 AM  

sapa-sapa yang nak pi melancong tu, pulang nanti bawa apa-apa yang bagus2 punya aa...saya mau. (saja nak kacau-kacau korang...)

DewiNuwa December 1, 2008 at 12:15 PM  

hhahahha confirm suda simpan angan2 mau pigi menggambar sana ni hahhahah.. patut diorg buat tu pakej melawat tempat penginapan alalu & lilitu tu hahhahah.. nanti la klu ada pigi sana aku bawa balik salji dia.. teda tu di kk, dlm esbok sj ada mungkin hahhahah..

Mu Rong December 4, 2008 at 11:19 AM  

alalala sioknya ceta ko ni tu yang sa follow juga walaupun masa sa di jogja tapi lapas tu teda sudah kesempatan mo akses internet. Wah best tu dewi marilah kita pigi suatu hari nanti.. aku minat part2 gini pasal aku mo mencari jawapan kenapa 2 - 1 = 1 padahal jawapannya 2 - 1 = 1 tejatuh tegulik2 kekekekkeek..

aku dari dulu nda minat maths pasal aku nda puas hati terhadap satu benda yang teda sepa buli berikan jawapan.. kerana persoalan itulah aku dilarang masuk kelas maths selama 2 minggu kwang3x..

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP