Planet X atau Nibiru? (4)

Tuesday, November 11, 2008

helo...

Letih, baru balik dari main bowling. Buruk betul aku main. Masih tidak konsisten. Mau tidur pun tidak dapat. Memang perangai aku dari kecil. Sampai mama gelar aku 'puwok'. Entah apa saja yang aku fikir, hilang begitu saja. Bagus aku sambung cerita Planet Nibiru lah. Harap anda masih mau mengikuti cerita ini ahaksss...

Cherry L: Manang ka tadi?

Aiso: Kalah. Main 5 game. Manang 2 kalah 3. Padahal kena bagi handicap lagi.

Dewi N: Aku rasa kau inda ngam main bowling la.

Aiso: Jadi apalah yang ngam?

Dewi N: Bagus kau try main guli...

Aiso: Hehehe... ya bah...

Cherry L: Bah sambung la cerita kau.

Aiso: Ok, aku sudah kasi tau siapa itu Anunnaki, Emperor Alalu, Empress Lilitu dan apa masalah mereka hadapi di planet nibiru itu kan?

Cherry L: Ya, atmosfera planet itu deteriorating.

Dewi N: Kemudian Emperor Alalu dan councils dia buat keputusan untuk bina heat shield tapi perlu cari emas untuk tujuan itulah. Kemudian kau bilang Anunnaki ini buat eksplorasi ke planet-planet dalam sistem solar kita untuk mencari emas itu. Kan?

Aiso: O... sampai sana suda ka? Bah... aku sambung dari situ lah kan...

Cherry L: Ya.

Dewi N: Aik... mana si JS?

Aiso: Dia ada hal kali. Sibuk saja dia aku tinguk tadi, jadi malaslah aku kacau. Kita sajalah sembang.

Dewi N: Oraitnopo...

Aiso: Ok, terus saja aku sambung eksplorasi Anunnaki mencari emas di Tiamat lah. Eksplorasi ke planet lain nda payah lah.

Cherry L: Ya, ringkas saja bah.

Aiso: Anunnaki ni satu kaum yang jauh lebih maju. Jadi untuk mencari emas itu, sekumpulan kapal angkasa di hantar ke Tiamat yang diketuai oleh Prince Anu bersama dua anak lelakinya iaitu Enki dan Enlil, dan seorang anak perempuan iaitu Ninkhursag.

Cherry L: Kotoh, peliknya nama dorang ni.

Dewi N: Ada juga lelaki dan perempuan pula.

Aiso: Mestilah bah, kalu tiada macam mana mau membiak. Si Prince Anu dan anak-anak dia ini mula-mula landing di Teluk Parsi (Persian Gulf) dan kemudian naik ke daratan yang sekarang ini di kenali sebagai Kuwait. Dengan bantuan penduduk asal Tiamat iaitu Neanderthal atau mungkin juga yang dipanggil homo erectus (kalau inda silap la ya), maka Prince Anu berjaya mendapatkan banyak sumber emas yang mereka cari itu.

Cherry L: Di mana dorang jumpa emas?

Aiso: Kalau sekarang tempat itu kita panggil Afrika. Untuk menghantar bekalan emas ini ke Nibiru, Prince Anu dan krewnya perlu membina pula satu tempat untuk kapal angkasa dorang berlepas balik. Kira macam airport la. Tapi lebih sesuai dipanggil spaceport sebab kapal dorang ini berlepas ke luar angkasa menuju ke Nibiru.

Dewi N: Di mana pula spaceport ini?

Aiso: Di suatu kawasan di Mesopotamia yang dipanggil Edin. Haaa... Edin ini jugalah yang disebut sebagai Taman Eden dalam agama Islam, Kristian dan Judaism.

Taman Eden

Dewi N: Hm... Macam ada sudah bau bau belacan... nampak suda sikit perkaitan cerita Anunnaki ini dengan agama-agama langit itu. Sejauh mana cerita ini ada kaitan atau pengaruh dengan tiga agama itu tadi?

Aiso: Sebelum ini dalam bahagian (3) ada aku kasi tahu bahawa dalam Old Testament kaum Anunnaki ini didelar sebagai kaum Anakim. Kan dorang ini dari planet Nibiru yang berasal dari sistem planet di bintang Sirius. Contoh kaitan yang ada dalam Quran pula ialah dalam chapter 53 (An Najm/The Star) verse 49. Yang ada sama aku ini English translation by Mohammed Marmaduke Pickthall. Terjemahannya berbunyi, "And that He it is Who is the Lord of Sirius". Bawa bertenang bila aku cakap macam ini ok, tertanya aku siapa HE dalam verse ini. Memanglah aku tahu HE itu refer kepada Allah. Cuma timbul persoalan dalam otak aku, ada kaitankah ini dengan Emperor Alalu yang memerintah di planet Nibiru yang berasal dari bintang Sirius itu? Tidak salah bah kan tertimbul pertanyaan begitu?

Bintang Sirius A dan B

Cherry L: Heehehe... jan ko panik bah.. teruskan saja. Kami ini semua sudah dewasa dan ada prinsip masing-masing. Yang penting saling hormat pegangan masing-masing.

Dewi N: Ya, aku setuju. Kena open minded dalam hal-hal macam ini.

Aiso: Fuuh... baguslah kalau kamu ada fahaman begitu. Macam aku cakap sebelum ini, cerita ini lambat laun akan nampak ada kaitan dengan cerita-cerita yang ada dalam 3 agama tadi itu. Aku ada juga Bibel dalam Bahasa Indonesia ni, dan di dalamnya ada juga istilah tuhan Allah. Nah... mau nda mau terbabit juga kan. Dalam Judaism ada kalimah Haleluyah... bahasa semitic. Bahasa Arab pun bahasa semitic juga. Dalam arab, Haleluyah ini ialah Ya Allahu. Jadi dalam Judaism pun ada juga Allah. Nampaknya ketiga-tiga agama ini semacam ada kesamaan juga walaupun memang ada perbezaannya. Malangnya penganut-penganut fanatik lebih suka melihat kepada perbezaan dan menjadikan ini sebagai punca persengketaan.

Dewi N: Wuik Aiso, jan ko serius bah hehehe...

Aiso: Haha, nda bah. Cuma kadang-kandang aku hairan dengan apa yang berlaku sekarang ini. Sebahagaian besar peperangan, bunuh menbunuh, kekejaman, dan diskriminasi yang berlaku di dunia sekarang ini berpunca dari fahaman agama. Mungkin mereka mentafsirkan ajaran masing-masing secari membabi buta. Patutlah John Lennon sampai buat lagu Imagine. Buli aku faham apa dalam hati dia kalau dihayati maksud lirik lagu itu.

Cherry L: Aik.. aku dengar lagu Doraemon pula... hahaha.

Aiso: Hehehe... ok ok ok. Sori melencong sekejap. Sambung balik cerita... setelah berjaya menjumpai emas itu, maka dapatlah kaum Anunnaki ini membina heat shield mereka. Bagaimana pun, heat shield ini perlu pula sentiasa di maintain keadaannya.

Cherry L: Oho.. dapat aku agak...

Aiso: Apa?

Cherry L: Kalau mau maintain...

Dewi N: ...kenalah sentiasa ada bekalan emas untuk buat maintainance...

Aiso: Wah... cepat juga kamu tangkap ar. Jadi maknanya perlulah sentiasa ada pekerja atau pelombong-pelombong emas dari kaum Anunnaki ini yang stay di Tiamat supaya bekalan emas terus dapat dihantar ke Nibiru. O... aku masih guna nama Tiamat sebab masa ini planet Tiamat masih lagi orbitnya di antara planet Mars dan Jupiter.

Cherry L: Ya.. napa tu? Apa salah kau guna saja istilah bumi? Sudah juga kami tahu pun.

Aiso: Sebab istilah bumi itu hanya akan aku guna setelah satu peristiwa penting berlaku di antara Tiamat dengan Nibiru ini.

Dewi N: Peristiwa apa tu?

Aiso: Hehehe... untuk itu kita sambung dalam episod 5.

Dewi N: Ya lah. dekat jam 2.00 pagi juga sudah sekarang. Mau tiudr kan.

Cherry L: Ok, makasih arr share cerita pak pandir kau ni. Kekekeke... jangan tangguh lama betul saja la sambungan dia.

Aiso: Kalau nda sibuk aku akan sambung secepat mungkin, don worri...

Cherry/Dewi: Ok, gudnite Aiso.

Aiso: Gudnite.

2 b continued...

5 comments:

Mu Rong November 11, 2008 at 9:30 AM  

hehehe.. interesting ooo.. baru la aku tau, jan2 ziggurat tu tempat landing jak kakakaka... bah saintis pun tidak tau apa guna ziggurat tu kan? tiada apa2 kecuali temple kicil di atas, manatau temple kicil tu store saja. Ada ku terbaca ada satu raja.. des aku lupa nama dia, dia bikin ziggurat yang ada label emas la, silver la, kayu la...blablabal.... hehehe..

Aiso November 11, 2008 at 6:50 PM  

Aku rasa ziggurat bukan tempat landing. Mungkin supaya orang pada masa itu merasa lebih dekat kepada tuhan kalau lebih tinggi shrine dorang di letak. Idea makin tinggi makin dekat kpada tuhan ini buli lah dikatakan ada semulajadi dalam fikiran semua orang. Bukti awal ialah cerita pasal the tower of babel.

Mu Rong November 11, 2008 at 7:31 PM  

hehehe.. jadi kenapa simpan emas, silver, dan kayu kayan sana? betul meh dorang semayang tu? hihihihi...

kopitumbuk November 11, 2008 at 11:06 PM  

emm emm.. question, anuki, enlil sama em sapa tu lagi satu... 3 tuhan orang sumeria bah kan? kalau apa yang aku baca tu butul orang sumeria ni tuhan dorang tu bukan bintang2 ka? pasal nama2 bintang tu cam nama2 tuhan doran jak.. cthnya Marduk. Hehehe..

BUNG ADI November 20, 2008 at 2:49 AM  

aiso, aiso kuminku sodoi biano, isono pasanku, mumuli po sid kg tu lumangad tongo pipinsan. monginum kukupi obo nga okon ko kinupi boyobo...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP