Planet X atau Nibiru? (2)

Wednesday, November 5, 2008

Sawadikarp…

Kita sambung dialog... kali ni ada 2 orang tetamu.

JS: Bah, sampai mana sudah kita bincang tu?

Cherry L: Ya sampai mana suda tu? Saya pun mau ikut la kamu melepak pasal ada orang kirim chain emel kununnya Nibiru buli nampak suda tahun dapan... kin panas...

Aiso: Ya ka? Hahaha... baru sampaaiii kenapa saintis ramal sepatutnya ada lagi planet selepas Pluto dan pasal kajian oleh Zecharia Sitchin mengenai tulisan orang Sumeria.

JS: O... Hm kenapa saintis ramal mesti ada lagi planet sampai dorang beri nama Planet X?

Aiso: Kalau kau ada tinguk itu urutan planet-planet dalam artikel Astronomi Kunun 1, tentu kau setuju kalau aku bilang mulai dari planet Jupiter sampai Neptune semuanya planet yang besar. Tup... tup... tup... ada pula lagi Pluto mengampit di hujung.

JS: Ya betul... jadi?

Aiso: Hm... aku cerita dulu sikit sejarah dari Planet Saturn la... buli ba kan. Dari zaman dahulu kala lagi manusia suda mengenal 7 objek di langit yang paling ketara iaitu Sun, Mercury, Venus, Moon, Mars, Jupiter dan Saturn. Sebab itu jugalah angka tujuh ni kununnya satu Sacred Number bagi astrologer. Satu minggu kan ada 7 hari dan nama-nama hari ini pun ada kaitan dengan 7 objek tadi tu. Misalnya Saturday itu berasal dari perkataan Saturn’s Day, Sunday asalnya Sun’s Day, dan Monday pula Moon’s Day.

Dewi N: Dari mana pula Tuesday, Wednesday, Thursday sama Friday?

Aiso: Kekeke… aku suda lupa lah di mana aku nampak ini. Tau lah masa kici-kici aku suka baca buku astrology. Sana la aku jumpa tu, tapi yang 4 hari lagi kau tanya itu aku nda ingat suda. Lama suda aku stop baca buku-buku begitu, bagus lagi aku baca komik si Cherry Lips kakaka. Apapun memang lamaaaaaa suda manusia tahu kewujudan 7 objek ini yang sentiasa pindah-pindah kedudukannya di langit. Sehinggakan kedudukan 7 objek ini diguna untuk meramal nasib dan musim. Gambar ini aku cedok dari satu buku lama astrology, tinguklah ada suda Saturn kan?

(foto, blum aku kasi masuk ar...)

Dewi N: Patutlah David Beckhm pemes, pasal dia pakai numbur 7 kan.

Cherry L: Wuaaaahahahahahahahaha.... ya bah. Nasib lah dia nda pakai jersi Line-7. Apa lagi aaa... errr... 7-up, 7 eleven, 7 seas, 7 colours of the rainbow....

Dewi N: 7 petala langit, 7 tingkat syurga, 7 benda ajaib di dunia….

JS: Aik… melalut suda ni haha. Bah, sambung la cerita kau dari Saturn tu. Jangan layan budak nakal duarang ni.

Aiso: Hihi, relax bah ko JS. Macam ada juga keunikan dan ke’sacred'an ini numbur 7 tau. Tapi nanti aku tulis dalam artikel yang lain. Ok... sambung balik. Bagi orang zaman dahulu memang tidak ada suda planet selepas Saturn bah...

JS: Aik... mana satu betul ni?

Aiso: Kenapa?

JS: Kau bilang orang di zaman dahulu anggap tiada suda planet selepas Saturn, tapi kau cerita lagi orang Sumeria sudah tau ada 12 objek dalam sistem suria kita? Mana satu baini? Orang Sumeria kan orang zaman dahulu juga?

Aiso: O... Si Zechariah yang tafsir 12 objek itu dari tablets Sumeria ok. Buat sementara ini kita kasi tinggal sekijap pasal Nibiru. Kita cerita dulu yang sudah kompom ada dan kenapa timbul Planet X, tapi mesti mula dari Saturn juga.

JS: Ok, teruskan...

Aiso: Hari ini kita suda tahu bahawa orang zaman dahulu silap. Selepas Saturn ada pula lagi planet iaitu Uranus. Planet ini dijumpai dalam tahun 1781 oleh William Herschel (1738-1822). Selepas penemuan ini ramai menganggap lengkaplah sudah model sistem solar kita ni. Tapi selepas beberapa tahun timbul masalah pula.

Dewi N: Ades... masalah apa lagi ni...?

Aiso: Ingat lagi Newton? Dia lahir sebelum William Herschel. Dan sudah dia publish buku sains dia iaitu Principia Naturalis Mathematica kah apa tu… nda berapa ingat. Buku ini explain guna teori gravity gerakan semua planet-planet itu tadi. Kemudian ada lagi satu orang saintis iaitu Johannes Kepler rumuskan Hukum gerakan planet. Dari sumbangan dua saintis ini gerakan planet-planet yang diketahui pada masa itu dapat dijelaskan dan malahan dapat diramal di mana ia akan berada pada satu satu masa. Jadi setelah Uranus ditemui senanglah dorang crosscheck laluan Uranus apakah sama seperti yang diramal oleh teori graviti Newton dan hukum Kepler tadi. Malangnyaa...didapati gerakan Uranus ini tidak beraaapaa ikut orbit yang dikira. Maka saintis pada masa itu fikir mesti ada planet besar lagi selepas Uranus di mana graviti planet ini menggangu dan mengubah laluan Uranus sampai ia tidak ikut orbit yang dorang jangka. Hehe... masih sanggup dengar ka? Sorilah berabis suda aku kasi simple ni...

Cherry L: Ok ba... tapi capat la... bila lagi mau timbul Planet X ni, macam lambaaat lagi?

Aiso: Ok, diringkaskan cerita setelah saintis mendapati ada perubahan laluan Uranus ini maka dorang pun cubalah membuat kiraan untuk meneka kedudukan planet yang mempengaruhi Uranus itu. Akhirnya pada tahun 1846 planet Neptune berjaya ditemui oleh John Couch Adam dan Urbain Leverier. Bermakna Neptune bukan ditemui melalui teropong, tetapi melalui matematik. Adam dan Leverier cuma menghalakan teropong dorang pada kedudukan yang dorang dapat melalui kiraan saja. Dasaaat.

JS: Heranlah orang orang Barat ni, pandai pandai la kan?

Cherry L: Kitorang pun patut laaamaaa suda juga ada saintis ba tapi semua nda sempat menghasilkan teori sebab habis mati semua kana putung kepala oleh pengait. Di Sabah kan ada baaanyak pengait, apa lagi zaman dulu sedangkan masa aku budak budak pun nda kena benar memiansau pasal ada pengait konon. Jadi ramai bakal-bakal saintis mati dalam hutan putus kepala. Amacam teori aku?

Dewi N: kah kah kah... aku pun ada teori. Si Newton dapat idea graviti dia pasal dia kejatuhan buah epal bah kan Aiso?

Aiso: Kununnya la... aku dgr bukan lah kejatuhan buah epol. Entah la bah... lupa pula aku tanya dia masa kami satu kelas dulu kwang kwang kwang...

Dewi N: Teori aku, kitorang pun sepatutnya awal suda dapat idea graviti bah, tapi nda sempat dorang tulis sebab dorang kejatuhan buah durian gima... hahahahahahaha...

JS: Nah kan... sah mulau... hehehe

Aiso: Wuakakakakakaka... kompom sinting bah kamu dua ni. OKlah, sambung dulu cerita, mau keluar suda Planet X. Sikiiit ja lagi. Setelah Neptune ditemui maka saintis pun kajilah dengan mendalam pasal Neptune ni. Sekali tu dorang dapati kekuatan graviti Neptune masih tidak cukup kuat untuk menerangkan perubahan pada orbit Uranus. Bukan itu saja, orbit Neptune sendiri pun pandai lari lari. Dalam astronomi, fenomena ini disebut perturbation. Siou, sakap omputih sekijap. Oleh itu saintis terus juga anggap masih ada lagi planet selepas Neptune. Seorang saintis iaitu Percivall Lowell (1855-1916) telah membuat kiraan untuk meneka kedudukan planet yang mempengaruhi orbit Uranus dan Neptune itu dan dia menggelar planet ini sebagai ... jeng jeng jeeenngg... Planet X. Hehe.... Biasanya dalam matematik sesuatu objek atau kuantiti yang belum diketahui itu akan dianggap sebagai X.

Cherry L: Hehe patutlah ada iklan sabun jenama X. Berabis aku cari di kedai tu sabun rupanya X tu mewakili semua jenama yang lain kan.

Aiso: Yaaaa... ingat pula kau tu iklan arrr... Akhirnya pada tahun 1930 Clyde Tombaugh (1906-1977) telah terjumpa Pluto ketika sedang mencari Planet X ini.

JS: Sesudah jumpa Pluto kenapa dorang tidak anggap Pluto itu sebagai Planet X? Pasal masiiiih lagi juga ada cerita pasal Planet X di internet.

Aiso: Pasal saiz Pluto kecil bah. Jadi gravity Pluto ini masih tidak cukup kuat untuk mengakibatkan perturbation… cewaah… yang berlaku pada Uranus dan Neptune itu. Fuh… panat lah, lagipun saya ada janji baini sama kawan mau keluar minum minum. Nanti kita sambung lagi la bah kan. Lama lagi 2012 tu, sempat juga dingar semua cerita.

JS: Tunggu dulu... ada soalan ni.

Aiso: Ba, apaitu?

JS: Planet X tu sudah dijumpai ka belum sekarang ni?

Aiso: O... sia ingat ko mo tanya di mana sia mau pigi. Hm... tunggu artikel berikutnya hehehe...

Dewi N / Cherry L: Ciiiiissssssss....!

Aiso: Babai, jumpa lagi.

9 comments:

Mu Rong November 5, 2008 at 11:30 PM  

Hehehehe... jadi tu yang aku heran orang buli antar chainmail cakap buli nampak nibiru tahun dapan, bulan mei lagi tu kunun.. kalau ko baca tu chainmail dia bilang kita balik hidup cam zaman ouk ouk the orang batu.. kekekeke... belum lagi dikira kes orang jepun tu yang sedang membikin dinasaur balik skrg ni.. betul2 la kita ni jadi orang jaman mesopotamia nda pun pi la main tu game final fantasy.. kalau gitu aku mo jadi Vincent (betul ka tu? ai na lupa sudah.. kakakaka..)

AragangTandik November 6, 2008 at 12:00 AM  

Wah nampaknya ko ni aiso buli bikin skrip drama tau...buli bikin duit tu kalu dijual - kalau ada la producer yang mau beli. he he he - lain cerita ko mau pigi karaoke ka ni?

DewiNuwa November 6, 2008 at 5:30 PM  

yaba... bila lagi aku jadi sinting niiiii... tapi best la crita ni, terharu aku menjadi sebahagian dari crita2 karut ni wahahahahahhh...

Aiso November 6, 2008 at 8:02 PM  

ada peminat bah bw pg karoke. hehe

ace November 6, 2008 at 9:18 PM  

very interesting la. number 7 is my favourite bcos month of july is my birtday..u all jangan lupa...ntv 7

Aiso November 6, 2008 at 9:46 PM  

ya kan.. ntv7. suma org lupa o. know wat aj, my lucky draw at magellan was 77!!! and the hadiah from me numbered 55. that hadiah numbered 77 was from the owner of this vios with a plate number 5577!!! what a coincidence.

ace November 6, 2008 at 10:17 PM  

congrats, at least u won something during dinner dis year. remember, last year,your car battery was flat.

Aiso November 6, 2008 at 11:31 PM  

ya... gara2 si pata lupa kasi off lampu keta. cepatnya masa berlalu. hmm tapi teoretikal fizik ckp time doesnt flow. du u agree aj?

ace November 7, 2008 at 4:14 PM  

yup, i agree. time doesn't flow.. but time flies...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP