$en$ei $alah $ana $ini hehehe

Saturday, February 7, 2009

Hi... apa kabar?

Hm.. lain ni post. Ngam2 aku mau cari gambar2 koleksi aku untuk dimasukkan dalam post tapi lain pula yg aku jumpa. Aku nampak satu vid klip bertajuk Sensei salah sana sini. Heheh... aku pun mainkan la itu klip. Huh... macam2 ada dlm klip tu.

Lucu dan nostalgic ni klip video bagi aku la pasal... gelagat dan suasana masa tu. Vid klip ni kira-kira 2-3 tahun lalu la mungkin. Cameraman si Ikin, pakai hpon nokia N70. Si kakak siap nyanyi lagu mawi... dan ada lagi dia sebut perkataan tipikal sabahan iaitu "aramaiti" kah kah kah. Si Ipan pula main lighter aku sampai kana warning oleh si Ikin nanti terbakar rumah dia bilang. Dan aada lagi tu bunyi yang sangat klasik, bunyi tu cicak bah hahahahah. Best baini budak2 semua. Nakal dan pintar. Si kakak ni ikut beraksi katuk2 tu gitar. Aku notis dia ni ada musical intelligence lah.

Part yg aku malas dalam video klip ni ialah... malas tul aku tinguk mulut aku tebiut2. Bukan apa, mau krem ba tu jari aku tapi aku tahan. Lagu tu nampak senang pasal aku mainkan dengan cara yang tersangatlah slow dan salah-salah lagi tu. Speed sebenar dua kali ganda lebih cepat bah. Patut lagu tu habis kasi main dalam 2 minit, tapi ini mau dakat 4 minit... ceh. Tapi aku baru ja hapal kunun baini transkrip, dan baru mau kasi mahir. Malangmya penat tul mau kasi main dan lama2 aku pun give up. Jari aku ni pandai sakit sendi2 dia. Molohing no boh tidino. Harap bukan tanda2 arthritis lah. Sekarang ni langsung aku inda ingat suda ni lagu dan inda tau apa mau ditakan tu gitar. O... nama ini lagu ialah La Catedral (part 3), oleh Agustin Barrios.

Di belakang tu rumah kici si charles. Sekarang ni ada dia buat sulap di belakan tu rumah kici dia. Heheh... ada kilat bah. Nasib inda hujan. Nda buli laini men gitar nampaknya.

Sebelum ni aku cerita aku nda tau mau jadi apa. Yg aku tau, semua jenis game dan bentuk hiburan aku suka. Pada suatu hari abang aku balik dari United Kingdom. Si Anang ba maksud aku ni. Antara barang yg dia bawa pulang ialah satu kaset. Lupa aku nama kaset tu tapi pasal dua orang gitaris main gitar duet. Langsung tiada nyanyi dalam kaset tu, semua lagu instrumental gitar saja. Duet John Williams dan Julian Bream. Aku terus suka itu kaset dan setipa hari aku dingar. Kalau mau tidur mesti aku kasi main tu kaset. Sampai putus tu kaset pun aku gam balik. Dari sini terus aku ada angan2 kunun mau main gitar klasikal dan main dalam sebuah orkestra. Lucu bila aku ingat2. Budak kampung di tahun 70an perasan mau jadi gitaris hahahahah... padahal gitar pun teda bah masa tu.

Selain kaset tu, ada juga buku belajar main gitar, tajuknya Solo Guitar Playing, by Frederich M. Noad. Malangnya buku tu dalam bahasa omputeh, dan semua taugeh saja di dalam. Susahnyaaaa... camna ni fikir ku.

Aku inda ingat hujung pangkalnya, tapi yang aku ingat selalu abang aku si Otok sama pakcik aku arwah Makibin (bapa si Tata) melepak di kaki lima rumah main gitar sambil menyanyi. Hari2 aku tinguk dorang berkarya heheh. Suatu hari tu aku pun pi curi2 main tu gitar. Sekali kedapatan oleh si Otok... punya aku takut. Aku ingat dia marah... tau tau dia bilang "hahaha... basar lagi tu gitar dari kau".

Wah... green light ni dalam hati aku. Lepas tu setiap kali dorang main, aku perhati betul2 pa dorang buat. Perlahan-lahan aku try buat tu kod-kod yang aku nampak. Kadang2 satu kod pun sampai berhari bahkan berminggu baru dapat aku kasi keluar bunyi dia, pasal kici bah tangan aku. Akhirnya lagu pertama berjaya aku mainkan. Tiga sija kod dia, lagu Indonesia. Perempuan yg nyanyi... kalu inda silap nama penyanyi Diana Nasution. Tajuk tu lagu mesti kamu tau kalu kamu seusia dgn abang aku si Otok tu. Benci tapi rindu bah tajuk dia.

Tapi aku ni inda minat lagu2 nyanyi. Aku suuuuka juga mau main gitar macam dalam kaset tu. Ke mana saja aku pigi, mesti aku bawa tu kaset. Akhirnya aku pun masuk tingkatan satu. Aku sikul di SMK Likas. Aku tinggal di rumah si Aragang Tandik. Masa tu si sly kiciiii lagi. Wah... rupanya bapa si Sly ni ada gitar gibson, dan satu gitar bass. Bapa si Sly ni minat tul sama Santana... hinggakan bila aku tinguk rupa dia, kumis dia, sebiji macam santana tu.

Mula2 aku inda berani sentuh tu gitar... takut bah gitar elektrik. Bila aku balik kampung... si Anang tayang2 lagi skil main gitar dia. Tu lagu dia dapat dari tu buku yang aku sebut tadi. Sekali habis cuti skul, aku curi tu buku gitar dan bawa p KK heehehehe. Apa lagi, bukan aku belajar tapi asik menkaji tu taugeh dan apa maksud dia kalau di gitar. Semua aku buat sendiri tanpa bantuan yang sepatutnya... pun begitu, logot looooogot aku belajar tu gitar tapuk2. Masa tu aku sikul sesi petang, jadi di rumah cuma budak2 ja. Kakak aku sama hubby dia pigi kerja, jadi aku memandailah pakai tu gitar Gibson bikin belajar. Selalu aku ponteng skul hahahaha tapi entahlah tau ka inda kakak aku masa tu. Akhirnya inda sampai satu tahun buli suda aku baca tu taugeh dan kasi main beberapa lagu dalam tu buku. Antara yg bikin aku jual tembirang masa tu ialah Romance de Amour, dan Fur Elise. Sekali aku balik kampung, takadzut ba si Anang aku kasi main tu lagu2 yg dia kasi jeles2 sama aku mula2 tu hehehe.

Malangnya aku inda pernah ada gitar sendiri. Segala gitar yg aku pinjam2 semua tidak sesuai untuk lagu2 klasikal. Tapi hantam sija bah. Gitar klasik pakai tangsi, aku hantam gitar tali besi hehe. Sekali aku berjaya membeli gitar ialah setelah aku kerja selama 2 tahun. Pernah lagi aku pakai gitar folk si Adik (Butet) sampai 2 tahun kali tu. Sampai si Adik beli gitar lain. Haha, siou ki Adik.

Sekarang aku suda sangat malas main gitar. Dalam sebulan belum tentu aku sentuh gitar. Berhabuk dan betagar suda tu tali. Suatu masa dulu, aku hafal sampai lebih 30 pieces. Hari ini jangan bilang 30, tiga sija pun indada. Yang aku ingat pun sekerat sekerat ja lagi. Lupa suda ooo... aiyaaa. O... satu ja lagi lah aku masi ingat, Cavatina. Aku belajar lagu ni sebab pernah kakak aku si Ose suruh aku main ni lagu tapi masa tu aku inda tau. Nanti aku mo jual tembirang sama dia kasi dingar ni lagu sebelum aku luuupaa lagi nanti.

Bah, cukup dulu kelintung sa ni kali. Semoga anda terhibur menonton gelagat kami 4 orang heheheehehehehehe..................

video

Read more...

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Tuesday, February 3, 2009

Hi...

Hm, jam sudah pukul 2.43 pagi. Hehehe, hari ini anak buah aku yg hensomboi, Sly, yang lawat aku di rumah tadi. Baru ja dia pulang. Bagus juga dia kasi kawan aku cerita2. Lama juga nda bejumpa.

Beberapa orang kawan suda datang ruma ni, semua pun tekejut rupa ini ruma. Hehehe... mcm hotel dorang bilang cuma tiada penyeri kunun la. Haaa... yang renovate ialah kompeni Johaniaga, dan idea sumbangan si Sly la, siapa lagi.

Tenang suda jiwa aku ada tempat sendiri. Kawan rapat aku berbangsa cina, apek Ooi selalu nasihat aku begini, "rumah anjing lebih baik dari katil naga" maksudnya rumah sendiri buruk macamanapun lebih baik dari istana tapi milik orang lain.

Aku tulis post kali ini khas untuk si Sly sebab aku mau appreciate friendship dia sama uncle dia ni hehehe, dan aku respect dia punya sensitivity. Maksud aku dia ni ada keupayaan menyelami hati orang lain, lebih2 lagi yg lebih tua. Mcm ada psychic. Jangan2 psychic power aku suda pindah sama dia. Hehe, inda bah... memang dia mcm tu. Cuma mungkin ramai inda realize ini pasal dia pun inda sedar benda tu dan quality ini dilapis oleh character gaban dan porangers dia yg lebih ketara. Siou ki Sly. Apa dia sudah buat utk aku ni pun memang dia bersungguh-sungguh tulung dan kasi aku happy laini.

O... mcm2 juga suda kami lalui yang mematangkan lagi pemikiran. Hehehe... kami saja tau tu...

O... sebenarnya aku mau Sly dengar lagu SM Salim duet dengan Sheila Majid sija baini. Untuk renungan kakakaka. Jangan ko marah kio. Juga mo Sly dingar lagu si Citra Bunga Lestari, pasal...... errr.... pasal aku tau kau paling inda suka lagu2 macam ini kakakakaka. Siok bah kasi main2 kau. Sekarang la masanya mengusik kan kan kan.

Everybody wants the best for U tu. Bah... slow slow topinai.

Read more...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP