Karma

Thursday, October 30, 2008

hi...

Wah, tiba2 lari pigi hukum karma suda ni blog hahha. Dulu aku selalu baca buku2 si Anang. Antaranya author yang banyak buku dia beli ni ialah T. Lobsang Rampa. Menurut author ini hukum karma itu kira-kira seperti ini...

Satu hukum / adat lama yang digunakan oleh masyarakat sebelah Timur sebagai panduan hidup mereka. As you sow so shall you reap. Do good to others, the more good you do, the more good has to be done to you. Dari tulisan Lobsang Rampa ini yang saya faham ialah hukum karma itu ada kaitannya dengan idea reincarnation (kelahiran semula). Kawan saya apek Ooi selalu perli saya macam ni... "mungkin kau ni di kehidupan lalu hidup sebagai seorang raja yang ramai gundik, sebab itulah kau tidak kawin kawin" hehe. Apalah dia ni.

Mungkin anda tidak dapat mengadaptasikan hukum karma dengan faith anda atas sebab reincarnation itu. Namun bagi saya secara amnya hukum ini adalah satu peringatan yang sangat baik untuk dijadikan panduan. Saya ada versi saya sendiri apa itu hukum karma. Setiap kali orang bertanya apa itu hukum karma saya jawab dengan muka serius dan cakap macam ini...

"apa yang kita lakukan akan balik kepada kita. kalau misalnya kita mencuri hari ini, nanti belakang hari kita pula kecurian. kalau kamu mau bukti yang lebih cepat senang saja. Hari minggu pergilah ke tamu di Gaya Street. Ada raaaaamai orang di sana tu. Majoritinya kita tidak kenal. Kalau kamu senyum pada seseorang pasti dia akan senyum balik. Kalau kamu tunjuk muka masam pasti juga dia tunjuk muka yang laaagi masin! Atau kalau kurang yakin juga cari penjual anjing. Ada tu.... cuba kamu gigit tu anjing, pasti dengan segera kamu akan digigit balik. hahahaha".

Apa lagi, semua yang bertanya tu geram tapi berabis juga ketawa sebab saya main-main. Hm... anda pun tentu ada definisi sendiri apa itu hukum karma. Jangan ikut si Felix Agus, hukum kurma dia bilang.

Tapi yang penting ialah hukum alam fizika. Tidak kesahlah apa kepercayaan anda, hukum ini tetap juga mempengaruhi hidup anda. Contohnya, tidak kiralah samada anda Muslim, Kristen, Judaism, Buddhist, Hindu, Pagan, Kafir... atau apa-apa saja la yang anda anuti, namun masih juga anda semua tidak dapat lari dari hukum graviti. Itu baru satu hukum alam fizika yang saya beri sebagai contoh. Menurut hukum termodinamik kedua, kita semua ini makin reput kakakaka... ada baaaanyak lagi hukum2 fizika yang sentiasa mempangaruhi hidup kita ni.

OK la, nanti sembang-sembang lagi. Mana yang baik tu diingat, yang tembirang ja tu ditapis la ba kan... kan kan...

baabai.

Read more...

Pertolongan Tuhan?

Salam. Jam sudah pukul 1.09 pagi. Esok kena turun kerja... cuti Deepavali sudah habis. Aduh, macam malas juga mau turun kerja. Tapi kena jalankan tanggung jawab la kan. Gaji buta pula… walaupun sikit saja tu gaji.

Bila sudah tengah malam begini ada saja idea yang mau ditulis pula. Kali ini saya mau tulis sedikit pasal tajuk di atas tu. Nampaknya agak berlainan dari artikel2 sebelum ini. Sebenarnya tidak tu. Saya masih mau cakap pasal hukum alam ba ni. Tapi ni kali approach yang agak berlainan la itu saja.

Ada suatu kisah lebih kurang macam ini la. Cerita ini sudah sangat lama saya dengar dan lupa. Cuma konsepnya saja saya masih ingat. Jadi versi ceita ini pasti berbeza dari cerita asal. Begini…

Di suatu tempat ada seorang paderi yang sangat warak. Masalahnya orang-orang di tempat paderi ini semua mula melupakan tuhan dan banyak melakukan kesalahan. Akhirnya di tempat itu turun hujan yang tidak berhenti-henti. Akhirnya air banjir mula naik. Orang-orang di tempat itu pun mula berpindah untuk menyelamatkan diri. Di antara mereka ini, ada juga yang teringat akan si paderi tadi lalu datang untuk membawa paderi itu berpindah sama. Kali pertama satu keluarga menaiki kereta kuda datang untuk mengajak paderi itu pindah tetapi paderi itu menjawab "tak mengapa, kamu pergilah selamatkan diri, saya akan terus berdoa untuk pertolongan tuhan”.

Hujan terus mencurah tanpa henti sehingga habis tenggelam semua rumah yang ada di tempat itu. Kebetulan gereja di mana paderi itu berada terletak di atas bukit. Namun air banjir akhirnya mula menenggelamkan gereja itu. Begitulah berterusan dan akhirnya paderi itu naik ke atas bumbung gereja. Pada waktu ini datang beberapa orang menaiki perahu dan cuba menyelamatkan paderi itu, namun paderi itu berkata lagi, “saya yakin dengan pertolongan tuhan, dia pasti mendengarkan doa saya. Kamu pergilah selamatkan diri kamu”.

Air banjir semakin dalam sehingga paras dada paderi itu. Paderi tiu hampir berputus asa. Tiba-tiba paderi itu ternampak sebatang dahan kayu yang hanyut dibawa arus. Dalam hati paderi itu jika dia tidak berpaut kepada dahan kayu ini, pasti dia akan mati lemas. Tetapi paderi itu merasa bersalah jika dia tidak menuggu pertolongan tuhan yang belum tiba. Maka paderi itu pun mati lemas. Diringkaskan cerita, setelah dibangkitkan semula paderi itu bertanya kepada malaikat kenapa tuhan tidak menolongnya semasa banjir sedangkan dia tidak berhenti berdoa dan tidak berbuat jahat. Malaikat itu menjawab “tiga kali pertolongan tuhan datang kepada kamu tetapi semua kamu tolak. Kenapa kamu tidak ikut orang yang berkereta kuda, kenapa tidak ikut orang yang membawa perahu, dan kenapa tidak berpaut kepada dahan kayu yang hanyut itu”

Nah… entah betul ka tidak cerita ini, tapi apa pun, tujuannya boleh difahami. Pertolongan tuhan itu sebenarnya datang melalui saluran atau ejen-ejen yang masih menurut hukum-hukum fizika rasional yang telah tuhan aturkan untuk alam ini. Kenapa pula tuhan harus melanggar hukum-hukum alam yang diciptanya sendiri?

Mungkin anda tidak setuju. Inikan cuma idea tengah malam saja. Saya lebih percaya seseorang yang menuntut ilmu akan mendapat pertolongan tuhan dan menjadi pandai melalui saluran yang ditentukan seperti guru dan buku-buku yang dibaca. Dia tidak akan pandai jika hanya duduk dalam masjid atau gereja dan berdoa sahaja. Begitu juga dengan ramalan akan hari kiamat itu, saya percaya kiamat berlaku menurut hukum-hukum fizika alam ini juga. Maka atas dasar itulah saya cuba mengagaknya menggunakan fakta-fakta dan hukum-hukum fizik seperti dalam artikel-artikel sebelum ini.

Oklah... sudah lewat malam. Kena juga tidur sebentar. Jumpa lagi.

Read more...

Matahari mengembang

Tuesday, October 28, 2008

Salam semua.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.30 a.m. Baru sampai rumah. Sesuai sangatlah saya menulis lagi waktu begini sebab blog ini titlenya pun Midnight hehe. Jam 8.00 p.m. tadi saya, Charles dan Mami Neng meraihkan sambutan harilahir sepupu saya yang sudah berusia 90 tahun (ibu kepada Datuk Ariffin). Happy sangat dapat jumpa beliau. Warga tertua generasi saya yang masih bersama. Kemudian kami bertiga ke rumah Johane. Hari ini kenduri 7 pemergian ayah dia. Si Yah tidak dapat bersama kerana tiba-tiba saja dia kena diarrhoea. Kesian... apa nak buat la kan.

Ok kita sambung lagi cerita matahari yang nda pandai siap-siap ni. Sekali lagi mudah-mudahan tulisan ini senang difahami. Oh ya, saya tidak akan menterjemahkan istilah-istilah Inggeris kepada Bahasa Melayu jika saya rasa ia hanya akan menimbulkan kekeliruan. Baiklah...

Anda sudah tahu bahawa di penghujung hayatnya, matahari akan mengembang. Kemudian dua buah planet iaitu Mercury dan Venus akan ditelan (engulfed) oleh matahari. Ada banyak yang diringkaskan di sini sebab terlalu teknikal. Semasa matahari mengembang dianggarkan ia akan membebaskan sinaran tenaga sekitar seratus kali ganda berbanding sekarang. Waktu ini matahari digelar sebagai Red Giant sebab saiz dan warnanya. Jangan lupa matahari itu hanyalah salah satu dari jutaan bintang yang ada.

Nah, mungkin anda berfikir bahawa kalau matahari bisa berubah menjadi red giant maka sepatutnya telah ada juga red giant yang terbentuk dari lain-lain bintang dan malahan boleh dilihat pada waktu malam. Ya, memang ada pun. Tapi macam mana mau kasi tau arr...hm...kalau anda biasa dengan gugusan bintang-bintang (star constellations) alangkah baiknya. Contoh red giant ini boleh dilihat dalam gugusan Taurus iaitu bintang Aldebaran. Dalam gambar di atas, setelah matahari mengembang ia akan mengecut untuk sementara sebelum mengembang lagi sekali. Di penghujung urutan gambar matahari menjadi kecil dan berwarna putih. Pada waktu ini matahari telah menjadi objek yang dinamakan sebahagi White Dwarf. Apa lagi pula White Dwarf ni? Hmm... nantilah kita sambung lain ya. Sepatutnya saya siapkan kerja tapi sempat juga mengarang cerita karut sekejap hehehe. Di artikel berikutnya saya akan kongsi dengan anda di mana seharusnya anda melihat pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri bintang-bintang yang telah menjadi red giants dan bahkan ada yang laaaagi besar dipanggil Red Supergiants. Contoh supergiants ini ialah bintang Betelgeuse yang boleh dilihat dalam gugusan Orion. Ini bukannya Giant Supermarket arr...nda kamu jumpa bintang kalau kamu pi sana ba.

Jumpa lagi.

Read more...

Mentari di hujung rambut

Saturday, October 25, 2008

Hai, jumpa lagi. Baiklah, kita sambung kisah sistem matahari itu. Sebelum ini saya sudah jelaskan kenapa matahari akan kelihatan terbit di sebelah barat dengan mengandaikan bahawa bumi berhenti berputar. Kali ini saya akan cuba tafsir makna "matahari seperti di hujung rambut" itu. Saya akan cuba menggunakan bahasa semudah mungkin.

Bila dikatakan matahari seperti di hujung rambut, maknanya matahari itu lebih dekat dari kedudukannya sekarang. Bagaimana boleh lebih dekat? Begini kisahnya...

Tahukah anda apakah yang sedang berlaku di matahari itu? Menurut kajian ahli astrofizik, satu proses yang dipanggil pelakuran nukleus (nuclear fusion) sedang berlaku di sana.

Apakah pula pelakuran nukleus ini? Hmm... unsur utama di matahari itu sebenarnya hydrogen (H). Dalam ilmu kimia, hydrogen ini merupakan unsur pertama dan paling asas. Hydrogen ini pula ada jenis-jenis berbeza atau di panggil isotope. Nda kesahlah kalu nda tau isotope tu, cukup aja anda tahu Hydrogen ni ada juga yang dipanggil Deuterium dan Tritium.

Semasa proses pelakuran nukleus itu, nukleus Deuterium dan nukleus Tritium bercantum membentuk satu nukleus unsur baru namanya Helium (He). Selain pembentukan nukleus Helium, proses itu juga membebaskan tenaga nuklear.

Nukleus Deuterium + Nukleus Tritium ---> Nukleus Helium + neutron + tenaga nuklear

Sebenarnya tenaga nuklear ini adalah tenaga haba. Cuma dipanggil tenaga nuklear sebab haba itu berasal dari percantuman nukleus. Oleh kerana bilangan nukleus-nukleus Deuterium dan Tritium yang ada di matahari itu terlalu banyak maka haba yang terhasil akibat percantuman nukleus-nukleus ini juga sangatlah besar. Maka matahari itu menjadi panas dan terbakar. Kita yang berada di bumi ini pun masih merasa bahang dari matahari itu. Oh ya... selain merasa panasnya haba dari matahari, terdapat lagi radiasi lain dari matahari seperti gelombang radio, gelombang mikro, inframerah, cahaya, ultraungu (sebab tu korang pakai losyen penghalang UV), sinar-X dan sinar Gamma.



Pernahkah anda nampak formula ini? Formula ini adalah formula yang paling popular entah kenapa...



Formula ini dirumuskan oleh Einstein untuk mengira jumlah tenaga nuklear yang terhasil semasa pelakuran nukleus berlaku. E ialah tenaga nuklear, m ialah jisim dan c ialah laju cahaya. Jangan risau saya tidak akan membawa anda kepada sebarang pengiraan di sini. Hanya saja saya mahu anda tahu bertapa pintarnya manusia bernama Einstein ini.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah, proses pelakuran nukleus itu menyebabkan tenaga nuklear dari bahagian dalam matahari mengalir keluar ke permukaan. Jadi matahari ini sepatutnya mengembang sebab ada kesan daya tolakan dari bahagian dalam matahari. Namun menurut Newton, objek berjisim besar seperti matahari mempunyai daya graviti yang besar juga. Daya graviti ini mengarah ke pusat matahari. Daya graviti ini pula sepatutnya membuatkan matahari menjadi kecut (runtuh). Bagaimana pun kedua-dua kes iaitu mengembang dan juga mengecut ini tidak berlaku sebab daya tolakan dari dalam diimbangi oleh daya graviti.

Buat masa ini tiada masalah la. Tapi tunggu sampai berjuta-juta tahun. Lama-kelamaan proses pelakuran nukleus itu akan berakhir juga sebab kehabisan gas (Deuterium dan Tritium). Agak-agaknya bilakah proses ini berakhir? Apa akan terjadi bila proses ini berhenti?

Kalau saya tanya anda apakah warna matahari kita, mungkin jawapan yang akan saya terima ialah sama ada merah, jingga atau kuning. Tidak pernah saya mendengar orang menjawab warna putih, biru, atau ungu. Apa ertinya warna itu? Hm... kalau anda mempunyai dapur gas di rumah sepatutnya anda dapat meneka baki kandungan tong gas anda dengan melihat kepada warna nyalaan api dapur gas anda. Tong gas yang masih penuh menghasilkan warna api putih kebiruan. Apabila kandungan gas yang masih ada sudah sedikit, nyalaan api menjadi kekuningan. Jadi macam mana? Dapat agak situasi matahari kita?

Kalau saya tidak silap la ya, dari kajian sains usia matahari kita dianggarkan sudah 5 billion (5000 juta) tahun. Dari warnanya sekarang, dipercayai matahari sudah kehabisan separuh dari bahan bakarnya. Bermakna bolehlah kita andaikan bahawa masih ada kira-kira 5 billion tahun juga lagi untuk matahari bersinar.

Sebelum matahari benar-benar kehabisan stok bahan bakarnya, proses pelakuran nukleus untuk baki nukleus-nukleus Deuterium dan Tritium yang ada bertambah kadarnya. Ini menyebabkan kadar penghasilan tenaga nuklear juga bertambah dan menghasilkan kesan tolakan dari dalam yang mengatasi daya graviti. Akibatnya matahari akan mengembang dahulu sebelum malap. Mungkin anda pernah mendengar frasa the last flame. Kawan saya selalu guna frasa ini untuk menyindir atau mempermainkan kawan-kawan lain yang buang tebiat bila sudah mula memcecah usia 40an. Hehehe... napa tu ar? Hm, matahari pun ada last flame juga rupanya.

Bila matahari mengembang, saiznya bertambah sehingga ia menelan dua buah planet yang berhampiran iaitu planet Mercury dan planet Venus. Selepas planet Venus ialah planet Bumi!!!

Nah... apakah Bumi juga akan ditelan oleh pengembangan ini? Sehingga mana saiz matahari akan bertambah? Saya tidak tahu sampai mana saiznya akan bertambah. Namun saya dapat teka bahawa Bumi tidak akan ditelan bah. Bagaimana? Kalau Bumi pun kena telan tentu saja kalimah ’matahari seperti di hujung rambut’ itu tidak ada.

Anda nampak sendiri saya masih memberikan keutamaan kepada petunjuk ’matahari seperti di hujung rambut’ itu dan menggunakannya sebagai panduan saya berfikir. Ok lah, sekarang sudah jam 6.37 pm. Jam 7.00 pm nanti saya mau pergi ke rumah terbuka kawan saya di Putrajaya.

Sebelum saya tutup loyar buruk ini, saya simpulkan dulu idea penting dalam artikel ini. Dan ingat ini semua hanyalah fantasi saya aja, jangan serius dong.

1. Nuclear fusion yang berlaku di matahari sepatutnya menyebabkan matahari mengembang.
2. Daya graviti matahari sendiri yang menentang pengembangan ini.
3. Bila matahari hampir malap, proses nuclear fusion meningkat kadarnya sehingga daya tolakan akibat pembebasan tenaga nuklear dari dalam mengatasi kekuatan gravitinya sendiri.
4. Matahari seterusnya mengembang sehingga hampir menyentuh Bumi.

Apa yang akan berlaku bila bahan bakar matahari habis sepenuhnya? Apa itu Black Hole? Neutron star? Tunggu lagi di artikel lain ya. Mau mandi dong, mana tau ramai cewek di rumah kawan saya itu... faham faham saja, ini bukan last flame ba, tapi first flame kah kah kah...

Babai.

Read more...

Mentari merah di ufuk timur3

Wednesday, October 22, 2008

Hai...

Sekarang jam tunjuk pukul 6.07 pm. Aku ada masa sampai jam 6.40 saja menulis ni lepas tu mandi dulu. Jam 7.30 pm aku harus berada di Kingfisher untuk mengelentong Fizik. Ramai peminat di sana mau mendengar kuliah Fizik stail kampung-kampung. Maka jam 7.00 pm nanti aku harus bertolak dari rumah.

OK tanpa membuang masa aku sambung cerita kenapa matahari akan terbit dari barat.

Sebelum tu, anggapan saya anda telah pun faham dan setuju dengan saya bahawa suatu masa nanti (lama lagi laaa) bumi tidak akan berputar lagi di atas paksinya. Tetapi bumi masi lagi mengorbit matahari, cuma tidak madam macam gasing saja.



Illustrasi di atas menunjukkan keadaan pada masa itulah kononnya. Dalam illustrasi ini, garis biru menunjukkan arah gerakan bumi mengorbit matahari. Bermula dari posisi 1 hinggalah ke posisi 3. Perhatikan juga bahawa titik-titik A dan B tidak berubah kedudukannya kerana waktu ini bumi sudah tidak berputar lagi. (Ingat lagi A = Sabah, B = Somalia).

Semasa bumi berada pada posisi 1, Sabah dan Somalia mengalami malam. Setelah beberapa bulan berlalu bumi berada pada posisi 2. Di sini kelihatan Somalia baru mula menerima cahaya matahari. Maknanya monyet-monyet di Somalia takadzut kerana melihat matahari terbit ! Dan jangan lupa... Somalia itu di sebelah barat sedangkan Sabah di sebelah timur !!

Waktu inilah yang dikatakan matahari terbit dari sebelah barat !!!

Di posisi 3, Sabah masih juga malam dan Somalia semakin panas padahal untuk bergerak dari posisi 2 ke posisi 3 mengambil masa beberapa bulan. Berarti malam panjang, siang pun panjang masanya. Doh!

Amacam paham? Setujukah anda dengan ramalan ini? Mungkin juga ada sebab lain kenapa matahari terbit dari barat. Tapi saya yakin, kalau fenomena ini harus berlaku, puncanya mestilah logik, semulajadi prosesnya dan menurut hukum-hukum alam fizika. Saya tidak percaya tiba-tiba sahaja esok pagi matahari terbit dari barat. Penat aku menunggu tu masa kecil. Kalau menurut ramalan ini, saya sendiri pun tidak sempat untuk merakamkan peristiwa bersejarah matahari terbit di sebelah barat ini.

hmm...

Apa maksud saya dengan hukum-hukum alam fizika itu? Apa lagi yang berlaku pada masa itu menurut ramalan ini? Apa maknanya matahari seperti di hujung rambut?

Nah... untuk menjawab soalan-soalan ini, kena tunggu Part 4.

Aku mau mandi dulu.

Babai...

Read more...

Mentari merah di ufuk timur2

Tuesday, October 21, 2008

Hello. Letih betul hari ini. Anda bagaimana? Hm... mau cerita sedikit suasana rumah terbuka di K6. Masa rumah terbuka Mami Neng hari itu ramai orang datang. Akhirnya aku kenal blogger Kee Rock dan juga suaminya sekali, Mr Ojima. Memang rock haha. Nice people.

Happy tengok kerabat sebelah bapa dan juga sebelah mama ramai datang. Baguslah, mengeratkan lagi persaudaraan. Dapat juga aku jumpa si Roya untuk bermaafan di hari raya ini. Hm... tinggal si Anang saja belum jumpa.

Kawan sekerja aku Ooi, Pata, Sapitang, dan Mail pun datang. Mail siap nyanyi satu lagu dangdut lagi. Tajuk lagunya Madu ... ketara juga dia ni tau. Mail ni suaranya mantap. Bikin album kompom laris asal aja dia ndak letak fotonya di kulit album kekeke. Istedi ko ba kumbang.

Paling sensasi si Sly aku rasa. Hari ini dalam sejarah sebab dia bawa cewek cakep beraya. Wa... lawa tu cewek... hehe dahsyat si Sly ni. Semua orang happy aku tengok dengan kejutan ini. Aku pun happy juga. Sempat juga aku nampak cewek Sly cium tangan mama tua.

Loh... Jumat apa cerita? Mana ceweknya? Nda kan mau join kelab kami si Nok? Joe bawa sampai 3 orang. Apa ni Joe, pass pass la sama aku yang dua lagi tu, ahaksss...

Warga senior juga sibuk ngobrolan.
Mesti banyak la cerita zaman silam yang mereka ngobrolkan tu.
Si Ana sama si Ida menotos karaoke ba. Macam selalu ja dorang ni masuk K-Box. Kemudian mikrofon diambil-alih oleh Group VVIP. Selesai para Datuk menyanyi aku pun ambil peluang la. Tapi dimulakan oleh si Johane. Aku nyanyi suara begagar. Bukan takut tapi tiada energy sebab aku sedang demam flu. Sempat lagi aku terbatuk keluar kahak masa nyanyi. Mujurlah hujan nda turun balik hehe. Aku request lagu Ingkar untuk si Adik nyanyi. Itu lagu si Bunga Citra Lestari. Sayang, itu lagu tiada dalam koleksi pula. Sebagai ganti Adik nyanyi lagu Langit ke 7. Tapi lepas nyanyi dia bilang rusak tu lagu olehnya jadi ”langit-langit”.

Hm begitulah serba sedikit suasana raya di K6 malam tu.
Aku tulis ni sebab Aragang Tandik request dalam komen dia.

Ok, sekarang aku sambung cerita Matamu merah ditumbuk timur itu hehe.

Agak sulit juga mau menceritakannya sebab perlu illustrasi. Terpaksa juga dilukis ni. Mudah mudahan tidak membosankan dan senang difahami.

Begini...


Jika anda menggolekkan sebuah botol kosong, ia akan bergolek dengan mudah.


Namun bila botol yang sama diisikan dengan air sehingga 2/3 isipadunya kemudian digolekkan, botol itu tidak akan bergolek dengan lancar tapi tersekat-sekat (wobbling). Botol akan lebih cepat berhenti bergolek. Air bertindak seperti brek (brake).

Air di dalam botol itu mengganggu gerakan pusingan botol kerana air sentiasa berada di bahagian bawah berhampiran permukaan di mana botol itu bergolek. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh tarikan daya graviti bumi terhadap air di dalam botol itu.

Idea daya graviti ini dicadangkan oleh saintis terkenal iaitu Isaac Newton. Menurut Newton, di antara dua objek wujud daya tarikan graviti. Bermakna daya gaviti ini wujud juga di antara bulan dan bumi. Sebagaimana daya graviti bumi menyebabkan air di dalam botol kekal di bahagian bawah, maka daya graviti bulan mengenakan kesan yang sama terhadap air di bumi. Air laut dipengaruhi supaya tetap berada pada sisi tertentu sahaja. Dalam illustrasi air laut dilukis dengan tinta biru. Sori la, lukisannya skil tadika saja hehe. Jangan lupa bumi kita ini 2/3 permukaannya adalah laut dan di dalamnya mangandungi magma yang cair!


Mungkin anda kurang yakin sejauh mana kekuatan graviti bulan mempengaruhi bumi. Sebenarnya pengaruh bulan bukan sahaja terhadap bumi tetapi juga terhadap penghuni bumi. Misalnya....

- pasang air laut berlaku semasa bulan mengambang
- werewolf (serigala jadian) muncul semasa bulan mengambang
- istilah lunatic (org gila) berasal dari perkataan luna berarti bulan
- ilmu batin seperti kebal, pugai, dsbnya diamalkan semasa bulan mengambang
- paling tidak pun dari mana punca istilah ’datang bulan’ ?

Banyak lagi tapi tak perlulah ditulis semua. Anda boleh baca sendiri dalam buku bertajuk Moon Madness. Dalam buku itu banyak cerita pasal bagaimana bulan mempengaruhi hidupan di bumi. Buku ini aku jumpa di rumah pusaka di Tandik. Buku lama dan usang. Di rumah Tandik ada banyak buku-buku hardcover. Majoriti dalam bahasa omputeh. Heran sampai sekarang aku nda pandai juga sopiking london. Siapa suruh, masa kecil buku-buku tu bukannya dibaca tapi disusun buat rumah-rumah pula.

Ops... berbalik pada pengaruh bulan tu. Seperti yang sudah diterangkan, graviti bulan akan cuba menahan air laut supaya berada pada kedudukan/sisi yang tetap walaupun bumi itu berputar di atas paksinya seperti sebuah gasing.

Maknanya putaran bumi ini juga sebenarnya dihalang oleh air laut sebagaimana golekan botol dihalang oleh air di dalamnya. Sekali lagi air laut bertindak seperti brek.

Ertinya putaran bumi juga semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti! Buat masa ini satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam. Bila putaran bumi semakin perlahan ertinya masa untuk satu putaran lengkap semakin bertambah. Sekarang 24 jam, dan akan terus bertambah menjadi 25 jam, 26 jam 27 jam... dan sehingga lah bumi tidak berputar lagi. Siang dan malam semakin panjang la tu.

Bagaimana pun proses ini sangatlah perlahan. Akan mengambil masa jutaan tahun untuk putaran bumi berhenti sepenuhnya. Oh ya, ini hanyalah ramalan dan angan-angan saya sahaja. Bukan satu fakta sains yang sudah diterima. Sebab itulah saya tidak dapat memberikan nilai-nilai berangka dalam penerangan ini. (Nantilah aku kasi tau idea aku ni sama Stephen W. Hawking. Manalah tau dia suka... ahakss). Semua ini hanyalah mental experiment sahaja, menggunakan teori graviti Newton. Mental experiment tidak perlu melakukan pengukuran pun. Antara teori paling hebat pernah dikemukakan sebenarnya dihasilkan hanya melalui mental experiment, atau kadang-kadang dipanggil thought experiment. Albert Einstein misalnya berjaya merumuskan Teori Relativity Am dan Teori Relativity Khusus hanya dengan berfikir di dalam bilik tanpa melakukan ujikaji sebenar. Di artikel yang lain saya akan jual ubat dan berkongsi dengan anda apa yang saya faham tentang teori Einstein ini.


Selain berputar seperti gasing di atas paksinya sendiri, bumi juga mengorbit matahari. Kira-kira 365 hari diperlukan untuk membuat satu pusingan lengkap mengorbit matahari. Dalam kata lain, bumi mempunyai dua jenis gerakan yang ketara iaitu berputar di atas paksi dan gerakan mengorbit matahari.


Hm... dalam lukisan ini katalah A ialah negeri Sabah, dan B ialah Somalia hehe. Kalau anda rujuk kepada globe atau dalam peta, Sabah di sebelah timur dan Somalia sebelah barat.

Dalam illustrasi ini monyet di Sabah dan juga monyet di Somalia masing-masing nyenyak tidur di waktu malam. Oleh kerana putaran bumi di atas paksinya adalah dalam arah lawan jam, maka munyit di Sabah akan melihat matahari terbit lebih dahulu dar monyet di Somalia.


Waduh... nampaknya terpaksa berhenti di sini dulu.
Saya sambung kemudian lagi ya.

Untuk rumusan, setakat ini anda sepatutnya sudah faham perkara-perkara ini:-

- kesan graviti bulan ke atas air laut menyebabkan putaran bumi semakin perlahan
- siang dan malam disebabkan oleh putaran bumi di atas paksinya
- matahari kelihatan terbit di sebelah timur kerana putaran bumi adalah lawan jam
- bumi mempunyai 2 jenis gerakan utama iaitu berputar seperti gasing di atas paksinya, dan juga gerakan mengorbit matahari.
- dalam sekali mengorbit dengan lengkap, bumi juga telah berputar 365 kali.

Ok lah dulu.

Part 3 nanti saya akan jelaskan kenapa matahari terbit dari barat pula sebagaimana yang kita yakini sebagai salah satu tanda akhir kiamat akan berlaku. Harap apa yang sudah saya jelaskan setakat ini dapat difahami dengan mudah.

Jumpa lagi.

Read more...

Mentari merah di ufuk timur1

Saturday, October 18, 2008

Sewaktu usia sekitar 9 tahun saya sudah tahu antara tanda kiamat ialah matahari akan terbit dari barat. Kali pertama mengetahuinya saya berasa resah. Setiap kali bangun pagi saya segera ke luar rumah untuk melihat dari mana matahari terbit. Begitulah berterusan sehingga saya bosan dan akhirnya lupa akan tanda itu.

Baru-baru ini seorang kawan bertanya kepada saya apakah kiamat akan berlaku dalam tahun 2012 nanti. Waduh.... gawat! Lantas saya tanya dia atas dasar apa kiamat berlaku pada 2012 nanti. Menurutnya sebuah planet (NIBIRU) yang baru ditemui akan menghampiri matahari dan membawa bersama bongkah-bongkah batuan yang akan jatuh ke bumi lalu memusnahkan sebahagian besar hidupan di muka bumi... huh persis seperti dalam filem ARMAGEDDON cuma dalam filem itu yang menghampiri matahari ialah komet dan bukannya planet.

Sebenarnya pada suatu ketika semasa saya masih kecil, saya terbaca sepucuk surat berantai yang ditujukan kepada bapa. Dalam surat itu dinyatakan bahawa kiamat akan berlaku tidak lama lagi. Sekiranya bapa saya tidak mengirimkan salinan surat itu kepada beberapa orang lain, maka bapa akan ditimpa malapetaka. Setelah selesai membaca surat itu saya segera bertanya kepada bapa apakah dia sudah mengirimkan salinan surat itu. Bapa tertawa saja dan tidak langsung percaya. Bagaimanapun surat itu meninggalkan impak yang besar dalam diri saya. Sebab itulah pada waktu itu setiap kali bangun pagi saya bergegas ke luar rumah untuk kepastian. Akhirnya tarikh yang dinyatakan dalam surat itu sudah sangat hampir. Saya pun sangat teruja dan berasa gulana menanti matahari terbit dari barat. Dalam hati saya berkata "nasib lah aku belum limpas umur 12 tahun... kalau kiamat pun aku belum ada dosa" hahaha.

Memandangkan saya masih menulis dan anda sedang membaca temberang saya ini, maknanya hari bersejarah yang dinyatakan dalam surat itu telah berlalu dan kiamat itu tidak berlaku. Malah seperti biasa pada hari itu matahari terbit dan tersenyum memperlihatkan dirinya dari ufuk timur.

Bukan itu sahaja amaran kiamat yang pernah saya temui. Banyak tapi semuanya salah juga. Soalan kawan saya itu mengingatkan saya kembali kepada masalah matahari terbit dari barat.

Kira-kira sedekad yang lalu seorang teman meminta saya menulis satu artikel sains ringkas untuk dimuatkan dalam majalahnya. Saya lalu menulis sebab-sebab matahari terbit dari barat. Tapi teman saya ini akhirnya takut untuk memasukkan artikel itu. Kontroversi katanya. Hmm...

Ok la, saya akan cuba jelaskan kenapa matahari akan terbit dari barat menurut pengetahuan dan fahaman saya tentang sistem suria. Anda tidak dipaksa pun untuk mempercayainya, relax la ya. Kita cuma perlu percaya peristiwa itu akan berlaku, dan bukan percaya bagaimana cara ianya harus berlaku.

2 b cont...

Read more...

Doppler Effect & The Expanding Universe

Friday, October 17, 2008

Hello... hm, apalah jawapan teka-teki itu?

Begini ceritanya...

Anda tentunya sudah beberapa kali bertembung dengan kenderaan ambulans, bomba, atau polis di jalanraya.

Semasa kenderaan tersebut menghampiri, bunyi sirennya kedengaran berfrekuensi tinggi (nit not nit not nit not.... heheh). Masa antara bunyi "nit" dan bunyi "not" singkat sahaja.

Tetapi semasa ia menjauhi kita, masa antara bunyi "nit" dan "not" lebih panjang, kan kan kan?

Fenomena ini dipanggil Doppler Effect.

Sebenarnya siren itu sentiasa memancarkan bunyi dengan frekuensi yang tetap. Namun gara-gara gerakan relatif antara kita dan siren itu menyebabkan bunyinya kedengaran berubah, yakni lebih langsing (high pitch) semasa siren menghampiri dan menjadi kurang langsing (low pitch) semasa menjauhi.

Doppler Effect ini akan lebih ketara jika siren bergerak dengan lebih laju.

Oh ya, telinga manusia hanya bisa mengesan bunyi dalam frekuensi terhad iaitu sekitar 2 kHz hingga 20 kHz sahaja. Bunyi yang berada di luar julat frekuensi ini tidak akan kedengaran oleh manusia. Binatang seperti kucing pula mempunyai julat pendengaran yang berbeza. Bunyi dengan frekuensi yang lebih tinggi dipanggil ultrasound.

Waktu kecil saya sering berjaga hingga lewat malam membaca dan ditemani oleh kucing peliharaan kami yang suka tidur di pangkuan saya. Di kampung yang terpencil dan lewat malam, tentu saja suasananya sangat sunyi. Walaupun saya agak penakut, kehadiran kucing kami membantu saya lebih waspada. Bagaimana? Dengan memerhatikan gerak-geri telinga kucing itu saya dapat mengagak jika ia mendengar sesuatu yang tidak saya dengari... hehe.

Sebenarnya jawapan kepada teka-teki bintang itu ada kaitan dengan Doppler Effect ini.

Seperti telinga, mata manusia juga terhad penglihatannya. Mata kita hanya bisa mengesan gelombang elektromagnet dalam julat 400 THz hingga 700 THz iaitu cahaya nampak dengan frekuensi terendah berwarna merah sehingga cahaya nampak berfrekuensi tertinggi berwarna ungu.

Susunan warna cahaya yang bisa dilihat dari frekuensi terendah hingga ke frekuensi tertinggi adalah seperti berikut: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Ok, sekarang kita ganti siren tadi dengan lampu. Katalah lampu berwarna hijau. Jika tiada gerakan relatif di antara kita dan lampu itu, maka ia sentiasa kelihatan berwarna hijau. Namun jika lampu bergerak dengan kelajuan yang sangat tinggi menghampiri kita, frekuensi gelombang cahaya yang kita terima adalah lebih tinggi dari yang dipancarkan oleh lampu itu. Akibatnya lampu bukan lagi kelihatan hijau tetapi mungkin berwarna biru. Dalam sains ini dipanggil blueshift. Sekiranya kelajuan ini terus bertambah, warna lampu akan berubah lagi menjadi indigo dan seterusnya menjadi ungu. Andainya terus berlaku pertambahan laju, frekuensi cahaya yang diterima mata tadi akan lebih tinggi lagi berbanding frekuensi cahaya ungu. Bila ini berlaku, kita tidak lagi dapat melihat warna tersebut kerana frekuensi cahaya ungu adalah frekuensi tertinggi yang mampu dilihat manusia.

Sebaliknya jika lampu hijau tadi menjauhi kita dengan kelajuan yang terus bertambah, warna lampu akan berubah dari hijau kepada kuning kemudian jingga, dan terakhir sekali yang masih dapat dilihat ialah merah. Oleh itu ada istilah redshift. Pergerakan lampu menjauhi kita menyebabkan frekuensi yang diterima oleh mata adalah kurang dari yang dipancarkan oleh lampu itu. Jika frekuensi yang diterima ini lebih rendah dari frekuensi cahaya merah, maka lampu itu tidak lagi kelihatan walaupun mata kita masih menerima gelombang tersebut.

Tidak dapat dilihat bukan bermakna gelombang itu tidak ada !!!

Ahli sains telah mencipta alat untuk mengesan kewujudan gelombang-gelombang yang tidak dapat dilihat ini. Contoh gelombang-gelombang ini ialah sinar ultraungu (UV), sinar X, sinar gamma, sinar inframerah, gelombang mikro, dan gelombang radio.

Menurut teka-teki itu, setiap arah pandangan kita ke langit sepatutnya berakhir dengan sebuah bintang. YA, MEMANG BENAR PUN. Cuma bintang-bintang ini tidak lagi dapat dikesan oleh mata kita kerana gelombang yang kita terima lebih rendah frekuensinya dari frekuensi cahaya merah. KENAPA? Kerana bintang-bintang ini SEDANG BERGERAK MENJAUHI kita dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Mungkin anda pernah mendengar bahawa alam ini sedang mengembang?

BENAR, dari data yang diperolehi oleh ahli sains, alam ini sedang mengembang. Galaksi-galaksi sedang menjauhi antara satu sama lain. Sebab itu lah banyak kelihatan berwarna merah kerana galaksi-galaksi ini sedang menjauhi kita juga, fenomena redshift.

Analoginya seperti ini. Tiup sebiji belon sehingga saiznya agak sama dengan sebiji epal. Kemudian tandakan beberapa titik pada belon itu dengan marker pen. Setelah itu tiuplah belon itu lagi sehingga saiznya seperti sebiji bola keranjang. Pasti titik-titik tadi semakin jauh antara satu dengan yang lain. Andaikan setiap titik pada belon itu mewakili setiap galaksi yang ada di alam ini. Inilah apa yang sedang berlaku sekarang.

Jawapan untuk teka-teki: Kerana alam semesta sedang mengembang!

Ok la... penat pula. Banyak lagi mau dikelentong tapi esok malam saja.

See ya.

Read more...

Teka-teki?

Thursday, October 16, 2008

It's 11.45 pm, just a quarter to Midnight.

BOSAN, duduk di kaki lima sekejap sigup-sigup, looked up to the mysterious night sky & wondered.

Ada apa di atas sana?

Alien? Little green men? Monsters? Angels? God? Or just empty space?

Is someone outta there watchin me?

Teringat teka teki ini...

"Bintang-bintang di langit itu lebih banyak dari pasir yang ada di bumi. Ke mana saja kita melihat, pasti pandangan kita (our line of sight) akan berakhir dengan sebuah bintang. Peliknya jika benar begitu, mengapakah di waktu malam langit itu tidak kelihatan kuning keemasan?"

Mengapa ya? Hm... nanti cerita lagi.

Read more...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP