Matahari mengembang

Tuesday, October 28, 2008

Salam semua.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.30 a.m. Baru sampai rumah. Sesuai sangatlah saya menulis lagi waktu begini sebab blog ini titlenya pun Midnight hehe. Jam 8.00 p.m. tadi saya, Charles dan Mami Neng meraihkan sambutan harilahir sepupu saya yang sudah berusia 90 tahun (ibu kepada Datuk Ariffin). Happy sangat dapat jumpa beliau. Warga tertua generasi saya yang masih bersama. Kemudian kami bertiga ke rumah Johane. Hari ini kenduri 7 pemergian ayah dia. Si Yah tidak dapat bersama kerana tiba-tiba saja dia kena diarrhoea. Kesian... apa nak buat la kan.

Ok kita sambung lagi cerita matahari yang nda pandai siap-siap ni. Sekali lagi mudah-mudahan tulisan ini senang difahami. Oh ya, saya tidak akan menterjemahkan istilah-istilah Inggeris kepada Bahasa Melayu jika saya rasa ia hanya akan menimbulkan kekeliruan. Baiklah...

Anda sudah tahu bahawa di penghujung hayatnya, matahari akan mengembang. Kemudian dua buah planet iaitu Mercury dan Venus akan ditelan (engulfed) oleh matahari. Ada banyak yang diringkaskan di sini sebab terlalu teknikal. Semasa matahari mengembang dianggarkan ia akan membebaskan sinaran tenaga sekitar seratus kali ganda berbanding sekarang. Waktu ini matahari digelar sebagai Red Giant sebab saiz dan warnanya. Jangan lupa matahari itu hanyalah salah satu dari jutaan bintang yang ada.

Nah, mungkin anda berfikir bahawa kalau matahari bisa berubah menjadi red giant maka sepatutnya telah ada juga red giant yang terbentuk dari lain-lain bintang dan malahan boleh dilihat pada waktu malam. Ya, memang ada pun. Tapi macam mana mau kasi tau arr...hm...kalau anda biasa dengan gugusan bintang-bintang (star constellations) alangkah baiknya. Contoh red giant ini boleh dilihat dalam gugusan Taurus iaitu bintang Aldebaran. Dalam gambar di atas, setelah matahari mengembang ia akan mengecut untuk sementara sebelum mengembang lagi sekali. Di penghujung urutan gambar matahari menjadi kecil dan berwarna putih. Pada waktu ini matahari telah menjadi objek yang dinamakan sebahagi White Dwarf. Apa lagi pula White Dwarf ni? Hmm... nantilah kita sambung lain ya. Sepatutnya saya siapkan kerja tapi sempat juga mengarang cerita karut sekejap hehehe. Di artikel berikutnya saya akan kongsi dengan anda di mana seharusnya anda melihat pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri bintang-bintang yang telah menjadi red giants dan bahkan ada yang laaaagi besar dipanggil Red Supergiants. Contoh supergiants ini ialah bintang Betelgeuse yang boleh dilihat dalam gugusan Orion. Ini bukannya Giant Supermarket arr...nda kamu jumpa bintang kalau kamu pi sana ba.

Jumpa lagi.

10 comments:

Unknown October 28, 2008 at 6:39 PM  

Feel good......

Mu Rong October 28, 2008 at 7:49 PM  

oooh baru aku tau ada red giant di constelation Taurus ma Orion tu. Nda pun aku sadar... ko ni, apa pula tu white dwarf tu? pindik betul cerita bintang ko kali, macam iklan seja..

Mu Rong October 28, 2008 at 7:50 PM  

dei sapa tu gooooooooood girl tu?

Aiso October 28, 2008 at 7:57 PM  

aku pun nda tau sapa tu? hehehe. aiya aku banyak keraja gia ni skrg. nada can mau bercerita sama kamurang. apa bintang horoskop kau?

BUNG ADI October 28, 2008 at 10:23 PM  

hahahaha...baru kita cakap tiup2an, sudah mari goooood girl. ko pun verrrrrryyyy gooooooood guy baaaaa....AMINNNN...

Mu Rong October 29, 2008 at 7:39 AM  

aku punya horoscope ka... sagitarius pun buli capricon pun buli.. sebab aku punya birthdate di sempadan tarikh hahah..

AragangTandik October 29, 2008 at 8:34 AM  

Aku kalau pasal bintang nda la pandai ba tapi pernah pula aku nampak bintang-bintang - tiba-tiba bila aku tunduk dan mendongak semula tenampak bintang-bintang, macam juga kunang-kunang - kenapa eh?

ace October 29, 2008 at 9:20 PM  

hi,
nice reading your article but a bit too technical for some people.

e'Odu October 29, 2008 at 11:24 PM  

ades pa ni aiso tu jak ceta ko kali ni...? emmm aragangtandik tu bintang ma kunang2 yang kakak nampak tu ndak bagus, tandanya tu tekanan darah naik jadi mo jaga tu kesihatan ah...hehe sayang kakak

Aiso October 30, 2008 at 1:00 AM  

artikel kali ni paling pendek. sebab sibuk la hehe. kmdia masi fikir camna mau sampaikan dalam bahasa yg semua golongan pembaca rasa senang membacanya. artikel2 selepas ini akan lebih pendek dan simple la nampaknya. heheheh... o, thanks for ur comment aj.

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP