Mentari merah di ufuk timur3

Wednesday, October 22, 2008

Hai...

Sekarang jam tunjuk pukul 6.07 pm. Aku ada masa sampai jam 6.40 saja menulis ni lepas tu mandi dulu. Jam 7.30 pm aku harus berada di Kingfisher untuk mengelentong Fizik. Ramai peminat di sana mau mendengar kuliah Fizik stail kampung-kampung. Maka jam 7.00 pm nanti aku harus bertolak dari rumah.

OK tanpa membuang masa aku sambung cerita kenapa matahari akan terbit dari barat.

Sebelum tu, anggapan saya anda telah pun faham dan setuju dengan saya bahawa suatu masa nanti (lama lagi laaa) bumi tidak akan berputar lagi di atas paksinya. Tetapi bumi masi lagi mengorbit matahari, cuma tidak madam macam gasing saja.



Illustrasi di atas menunjukkan keadaan pada masa itulah kononnya. Dalam illustrasi ini, garis biru menunjukkan arah gerakan bumi mengorbit matahari. Bermula dari posisi 1 hinggalah ke posisi 3. Perhatikan juga bahawa titik-titik A dan B tidak berubah kedudukannya kerana waktu ini bumi sudah tidak berputar lagi. (Ingat lagi A = Sabah, B = Somalia).

Semasa bumi berada pada posisi 1, Sabah dan Somalia mengalami malam. Setelah beberapa bulan berlalu bumi berada pada posisi 2. Di sini kelihatan Somalia baru mula menerima cahaya matahari. Maknanya monyet-monyet di Somalia takadzut kerana melihat matahari terbit ! Dan jangan lupa... Somalia itu di sebelah barat sedangkan Sabah di sebelah timur !!

Waktu inilah yang dikatakan matahari terbit dari sebelah barat !!!

Di posisi 3, Sabah masih juga malam dan Somalia semakin panas padahal untuk bergerak dari posisi 2 ke posisi 3 mengambil masa beberapa bulan. Berarti malam panjang, siang pun panjang masanya. Doh!

Amacam paham? Setujukah anda dengan ramalan ini? Mungkin juga ada sebab lain kenapa matahari terbit dari barat. Tapi saya yakin, kalau fenomena ini harus berlaku, puncanya mestilah logik, semulajadi prosesnya dan menurut hukum-hukum alam fizika. Saya tidak percaya tiba-tiba sahaja esok pagi matahari terbit dari barat. Penat aku menunggu tu masa kecil. Kalau menurut ramalan ini, saya sendiri pun tidak sempat untuk merakamkan peristiwa bersejarah matahari terbit di sebelah barat ini.

hmm...

Apa maksud saya dengan hukum-hukum alam fizika itu? Apa lagi yang berlaku pada masa itu menurut ramalan ini? Apa maknanya matahari seperti di hujung rambut?

Nah... untuk menjawab soalan-soalan ini, kena tunggu Part 4.

Aku mau mandi dulu.

Babai...

15 comments:

Kee Heritage October 22, 2008 at 7:48 PM  

aina ko ni sengaja bah.. kenapa pula tu matahari di hujung rambut? ades... kin saspen. Ok bah tu gambarajah tu tapi kalau ko tambah paksi orait juga untuk munyit2 somalia cepat paham.. hehehe..

apa pendapat ko pasal asteroid yang dijangka melanggar bumi? does it contribute to matahari terbit dari barat? sebab kan aku tebaca ada satu asteroid baaaasar 900 feet ka nanti main limpas2 sama bumi..

teringat aku masa kecik kena baca puisi bah baru di suruh translate, antara ayat yang kena suruh translate tu berbunyi begini "matahari terbit dari barat. petani mengalir keringat darah" macam tu la kali tu lupa sudah jadi kan sekali aku translate terus kena surut berdiri atas meja.. cuba teka apa sa jawab dan apa jawapan yang paling tepat? kwang3x...

e'Odu October 22, 2008 at 10:43 PM  

Emmm....setelah membaca kelentong ko dari part 1,2,3 aku punya pendapat ialah...hehe aku setuju dengan ramalan ko...memang antara tanda kiamat adalah matahari terbit dari sebelah barat mengikut pandangan munyit2 tu padahal sebenarnya matahari bukan pun terbit, matahari memang2 situ cuma kelihatan seperti terbit kerana bumi mengorbit matahari (time tu bumi tidak berputar lagi)keadaan malam dan siang yang panjang tu pun betul dan memang ada dalam Al-Quran (surah Ali Imran ayat 27, surah Az-Zumar ayat 5)

Aiso October 22, 2008 at 11:00 PM  

fuyooo... dasat ko ni e'odu, siap ada ayat dari kitab Quran lagi ba.

e'Odu October 22, 2008 at 11:02 PM  

emmm..aku rasa lama lagi kiamat tu tapi kenalah juga beramal dari sekaranglah bukan juga pasal kiamat tapi amal tu la yang membezakan manusia dari haiwan...kik kik kik, aku rasa masih lama sebab masih juga ni bumi berputar dan mengorbit, masa siang dan malam pun masih sekijap...
pasal asterodi tu aku rasa tidak akan menyebabkan kita melihat matahari terbit dari barat tapi akan menyebabkan bumi terbakar dan hancur lalu terjadinya kiamat...ndak sudah kita ada can tingu matahari pun...wauwuawau...tapi jan risau lama lagi tu...hehehe

e'Odu October 22, 2008 at 11:06 PM  

mimang la kalau odu...mesti mengkaji wo untuk menguatkan fakta..sampai salah lagi eja astroid hahaha...
Ba, capatlah sambung hikayat part 4 ko tu...

Aiso October 22, 2008 at 11:07 PM  

wuik... hm. sebenarnya ada suda aku buat tekaan cmna matahari terbit di barat selain dari yang aku suda cerita tu. Nda payah tunggu jutaan tahun. kalau penet nibiru tu betul, ada potensi juga dia mengubah arah paksi bumi. selain itu mungkin juga dilanggar komet atau asteroid menyebabkab berubah paksi. yg dua versi ni nanti nanti la aku kelintung kamurang.

e'Odu October 22, 2008 at 11:13 PM  

ainaaa siuk lagi pula yang part 4 tu... patut2 jadi sentis ba ko ni..itu juga pun angan2 ko dari keci...macam tidak juga ko ni berubah2 paling2 bertambah lagi imaginasi ko ni...hehehe capat ki

BUNG ADI October 23, 2008 at 12:54 AM  

Terus terang, saya amat terkezut, bukan kerana teori terbit di barat, tetapi kerana tak sangka sekarang ko dah jadi penulis sambilan! sejak ko hidup di apartment mewah, tenang dan bahagia, ko semakin ada peningkatan! waduh...aku tumpang gumbira. Teruskan. Pasti ini yang ko cari selama ini. Ikhlas dari http://yomogun.blogspot.com

BUNG ADI October 23, 2008 at 1:57 AM  

Bila baca teori-teori fizikamu, tiba-tiba aku tersedar aku semakin lupa tentang fizik. Kesibuakan banda lain sudah aku ini sikarang ooo...pertanyaan: perlukah aku berpatah balik??? terbit darimana seharusnya aku? he7

Aiso October 23, 2008 at 4:44 PM  

ahahha... inda juga mewah ni, sempoi2 ja. ba, teda kawan aku di sini... bosan suda aku becakap sama dinding, jadi menulis la ba kunun. o, samada perlu balik ka, terbit dr mana ka itu kau sendiri ada jawapan baitu. yg penting ko happy. yg ko buat skrg ni pun dasat tu, revolusi tandik namanya tu.

AragangTandik October 24, 2008 at 8:49 AM  

Oi na hebat-hebat ba pula tompinaiku ni. Siap bahas-bahas lagi. Aku ni tumpang tengok je la bukan monyet somalia tapi kambing tua. ke ke ke.

BUNG ADI October 24, 2008 at 11:11 AM  

Bah, klu camtu mungkin ikut matahri ja ni. Dia terbt, aku terbit. dia terbenam aku terbenam. he3

Mu Rong October 24, 2008 at 11:42 AM  

kau juga bah yang pemes kekeke..

Mu Rong October 24, 2008 at 7:30 PM  

sa vote entahlah pasal belum lagi ko kasi explain tu teori big bang...

Mu Rong October 24, 2008 at 7:54 PM  

astaga aku ingat siapalah la bah tu blogger Saintis Tandek di blog CitizenSierra.. kau rupanya aiso.. kwang3x..

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP