Planet X atau Nibiru? (5)

Friday, November 21, 2008

Hi.. apa kabar?

Sambug lagi kisah Planet Nibiru kita yang sudah lama tergendala itu. Sudah sedia ?

Cherry L: Hari itu kau bilang istilah bumi hanya akan kau guna selepas suatu peristiwa penting berlaku di antara Tiamat dengan Nibiru. Apa maksud kau tu?

Aiso: Oh... Setelah Nibiru ini termasuk dalam kawasan yang ada pengaruh graviti matahari kira kira 450 000 tahun dahulu, Nibiru ini terus mengorbit matahari sampai sekarang. Orbit Nibiru ini bukan bulat tetapi bujur (elliptical).



(klik tu gambar)

Dewi N: Kenapa nama planet ini Nibiru?

Aiso: Nibiru itu ertinya dalam bahasa inggeris ialah planet of the crossing. Ini adalah kerana orbitnya memintas orbit planet-planet lain dalam sistem solar kita. Perhatikan gambar bahawa sebahagian besar masanya Nibiru ini berada jauh dari matahari. Apabila Nibiru ini menghampiri matahari ia akan memasuki orbit di antara Mars dan Jupiter. Ingat lagi sebelum ini aku sudah terangkan bahawa di antara Mars dan Jupiter ialah planet Tiamat?

Cherry / Dewi: Ingat...

Aiso: Bagus, maka setelah lebih kurang 26 000 tahun Tiamat (bukan tahun bumi) planet Nibiru ini mengorbit matahari, maka kali ini ia limpas terlalu hampir dengan Tiamat. Kononnya orbit Nibiru ini masih belum stabil bah.

Cherry L: Aku agak Nibiru ini akan berlangar lah ni dengan Tiamat...

Aiso: Hehehe... tidak ooo...
Cherry L: Aik... jadi?


(klik ja gambar)

Aiso: Nibiru ini mempunyai beberapa satelit semula jadi. Aku harap kamu masih ingat maksud aku dengan istilah satelit semula jadi itu.

Cherry / Dewi: Ingat boss...

Aiso: Nibiru ini mempunyai satelite asal. Jadi sebenarnya bukan Nibiru tetapi salah satu satelit Nibiru itu telah berlanggar dengan Tiamat.

Dewi N: Aiseh... ngam suda aku teka tapi aku diam bah tadi hehee...

Aiso: Ok, selepas perlanggaran ini kedudukan atau orbit Tiamat berubah sehingga Tiamat menjadi planet ketiga dari matahari. Sekarang barulah Tiamat itu kita namakan Bumi. Satelit Nibiru yang terlanggat Tiamat itu juga terus mengorbit Bumi dan itulah yang kita panggil bulan sekarang ini. Dalam teks Sumeria nama bulan ini ialah Kingu.

Dewi N: Apa lah kesan lain perlanggaran itu?

Aiso: Kununnya Asteroids Belt di antara Mars dan Jupiter adalah serpihan dari perlanggaran itu.

Dewi N: Di bahagian mana pada bumi yang berlanggar dengan satelit Nibiru itu?

Aiso: O... kawasan yang sekarang ini dinamakan sebagai Lautan Pasifik.

Cherry L: Nanti... aku nda faham. Gambar perlanggaran itu menunjukkan satu kawasan yang besar pada bumi telah terhakis menjadi Asteroids Belt. Tapi Lautan Pasifik sekarang ini aku rasa tidaklah sampai begitu besar pun.

Aiso: Aik... cuba kau tengok globe, memang besar tu Lautan Pasifik. Macam separuh bumi ini adalah Lautan Pasifik itu. Hmm... kamu pernah dengar Teori Hanyutan Benua atau pun Plate Tectonic?

Cherry L: Pernah tapi nda tau apa pun.

Dewi N: Ya, apa tu?

Aiso: Menurut teori itu benua yang ada ini sebenarnya bergerak. Cuma pergerakan ini sangat perlahan. Misalnya data dari satelit menunjukkan benua Afrika dan benua Amerika Selatan itu semakin menjauhi antara satu sama lain. Maknanya luas Lautan Atlantik bertambah. Kadarnya cuma dalam beberapa mm setahun. Namun dalam tempoh yang panjang pasti besar juga kesannya. Sebaliknya Lautan Pasifik pula semakin mengecil. Ertinya sebelum ini Lautan Pasifik itu lebih besar lagi.

Cherry L: Meyakinkan juga kah teori tektonik ini?

Aiso: Heheh... itulah yang aku belajar dulu. Memang standard teori tu. Cuma beberapa bulan lepas, si Leon ada tanya aku pasal teori ini. Tekejut aku tiba-tiba saja dia tanya. Rupa-rupanya dia jumpa di Youtube ada orang challenge teori plat tektonik itu.

Dewi N: Siapa tu orang?

Aiso: Neil Adams.

Cherry L: Apa yang dia suggest selain plat tektonik?

Aiso: Menurut dia bumi ini dahulu saiznya lebih kecil dan mengalami pembesaran. Kesan pembesaran itu memyebabkan benua itu menjadi pecah.

Dewi N: Jadi mana satu yang betul?

Aiso: Entahlah... aku masi ikut teori plat tektonik la, pasal belum lagi aku baca teori si Neil Adams tu.

Cherry L: Bah... sambung la dengan cerita asal tu...

Aiso: Ok. Sebelum ini aku cakap pemerintah di planet Nibiru itu ialah Emperor Alalu dan Empress Lilitu. Tapi bukan bermakna tiada Anunnaki lain yang mau mengambil takhta pemerintahan. Kaum Anunnaki ini juga ada perasaan, fikiran, dengki, suka, cinta, jiwang, angau, jealousy, main kayu tiga, membuhung bla bla dan pandai psychic hehehe. Jadi menteri-menteri (aku pun nda tau apa istilah yang ngam) lain pun bercita-cita juga mau mengganti si Emperor Alalu dan Empress Lilitu bah. Jadi antara yang ada cita-cita itu ialah si Prince Anu dan Princess Antu.

Cherry L: Hehehe... Antu?

Dewi N: Eh... Prince Anu sama Princess Antu ini parents si Enki, Enlil, sama Ninkhursag yang kau cerita sebelum ini ka?

Aiso
: Yaaa... betul la tu.

Cherry L: Hm... aku nda berapa faham urutan cerita kau ni. Yang mana dulu berlaku, perlanggaran Nibiru dengan Tiamat atau eksplorasi Anunnaki yang diketuai oleh si Prince Anu ke Tiamat?

Aiso: O... eksplorasi mencari emas ke Tiamat itu berlaku dahulu. Setelah kira-kira 26 ribu tahun Nibiru termasuk ke sistem solar mengikut tahun Tiamat berlalu barulah perlanggaran itu terjadi. Kalau inda silap, aku pun lebih kurang saja baca tulisan si Zecharia ini.

Cherry L: Jadi habislah mati Neanderthals yang ada di Tiamat itu?

Aiso: Aku rasa lah kan, bukan semua hidupan di Tiamat itu mati. Malahan Anunnaki pun sudah ada juga di Tiamat semasa peristiwa itu kerana menggali emas. Setelah Tiamat menjadi lebih dekat kepada matahari akibat perlanggaran itu, maka suhu di Tiamat atau Bumi pada menjadi lebih panas. Akibatnya Neanderthal itu semakin pupus kerana perubahan cuaca yang berlaku. Kepupusan Neanderthal atau Homo Erectus ini pula digantikan dengan kemunculan manusia Cro Magnon.

Dewi N: Hmm... di mana perkaitan cerita ini dengan cerita dalam agama bahawa manusia hari ini berasal dari Adam dan Hawa?

Aiso: Ikuti cerita selepas ini. Aku mau keluar beli burger dulu. Witilon oku, amu po nokaakan gima.

9 comments:

AragangTandik November 22, 2008 at 11:35 AM  

aik nokuro amu ko momoli do tapau mantad amu po noko oli ko?

Aiso November 23, 2008 at 3:30 AM  

inonobo... amu po witilon. korikot sid walai om tiakan nogi.

Mu Rong November 23, 2008 at 10:33 PM  

wah wah.. jadi ko tau ka tu yang kes saintis terjumpa bigfoot (mcm manusia tapi bebulu2 dan basaaaaaar saiz) di celahan ais di gunung? apa la tu? bukan suma sudah kena suntik jadi orang kepala itam ka? kekekee.. jan marah gurau jak...

Mu Rong November 23, 2008 at 10:47 PM  

hehehe sa pigi beli itu discovery punya video pasal the lost kingdom di afrika sama pasal musa dan laut merah.. uiseh ni..

rugi ko nda join kami oooo..

Aiso November 24, 2008 at 12:29 AM  

oit... ko bukan d jogja ka skrg ni? sampat juga kau membuka blog ar... ba, ambil gambar yg mirip anunnaki kalu ada ar..

DewiNuwa November 27, 2008 at 10:41 PM  

wah, makin lama makin siok la cerita planet x/nibiru ni.. tapi TIDAAAKKKKK kenapa stop halfway untuk beli burger???? sanggup jgk aku mati kebulur semata-mata untuk mengetahui cerita selanjutnya..

(uish, masi demam ka pula... pigi la bili ubat di farmasi yg berdekatan..)

BUNG ADI November 28, 2008 at 3:26 AM  

KALAU KO TULIS "BULAN MADU" KAN BAGUSSS...SAIRA? HEHEHEHEHE...
(Jumaat, 28/11/2008: 03:26 am). WOW!

Aiso November 29, 2008 at 1:07 AM  

damam ooo... bagagal badan kesejukan. ertinya badan aku panas laitu kalau kesejukan. belakang dan pinggang pun terasa lenguh betul. aiyaaa boring tul. tahan saja la.

Aiso November 29, 2008 at 1:09 AM  

bulan madu ka? hehehe... sia tia pandai tulis cerita bulan madu ooo. Tapi kalau cerita bulan saja atau madu saja buli la sikit2 gia. hehehe, soira? tia tau la...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP