Big Bang 1

Thursday, December 4, 2008

Salaam sejahtera. Kali ini saya mahu tulis pasal Big Bang. Tapi saya mesti terus terang dulu laaa, segala pengetahuan saya mengenai Big Bang ini hanyalah saya dapat melalui hobi membaca saja. Tidak pernah pun saya menduduki kuliah, atau mempelajarinya secara formal dari mana-mana institusi pengajian. Dan kefahaman saya mengenai Big Bang ini juga tidak pernah diuji melalui peperiksaan. Jadi tidak pastilah samada pengetahuan saya ini apakah mewakili idea standard Big Bang, atau pun tidak bah.Satu hal lagi ialah, saya gusar juga memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan suatu teori yang sebenarnya bukan mudah untuk difahami, terutamanya jika anda tidak biasa dengan teori-teori fizik seperti General Relativity dan Quantum Mechanic.

Saya tidak ada stail dan perancangan menulis yang khusus, apa yang terlintas saya hentam saja tulis lah. Maka kalau begini caranya saya pun tidak tahulah sampai mana dan bila topik Big Bang ini saya akan tulis. Mungkin sampai ke Big Crunch, pernah dengar ka? Bukan Big Bang saja yang ada bah.

Apapun yang saya tulis nanti mudah-mudahan senang difaham dan tidak membosankan la ya. Kita sama-sama belajar. Oh ya... cerita Big Bang ini khusus untuk yang bertanya mengenainya iaitu Cherry Lips dan Abang El, dan juga untuk sesiapa yang tertanya-tanya mengenai Big Bang lah tapi tiada peluang untuk menyelidikinya.

Saya selalu dengar istilah Big Bang ini, tapi satu habuk pun saya tara paham. Apa kaitu? Macam rugi pula saya nda tahu pasal benda ni.

Hm... Big Bang ini sebenarnya salah satu model atau teori yang menerangkan asal-usul dan evolusi alam semesta (Universe) ini. Ada banyak model-model lain tapi Big Bang lah yang paling popular dan diterima oleh kebanyakan saintis.

Ooo... Kenapa pula Big Bang ini tiba-tiba saja disebut-sebut sampai saya pun terdengar dan jadi curious?

Entahlah kenapa. Rasanya mungkin disebabkan ramai orang sudah buat filem sains fiksyen dan menyelitkan sedikit idea ini dalam filem mereka. Punca istilah Big Bang ini wujud adalah gara-gara seorang saintis yang tidak percaya pun pasal teori ini dan dia yang menyebut teori ini dengan nama Big Bang. Mengolok saja bah dia masa tu. Nama dia Fred Hoyle. Err... mungkin juga kerana Big Bang ini menyentuh pasal asal mula alam semesta. Jadi semua orang pun hendak membuat perbandingan penjelasan teori ini dengan fahaman agama mereka.

Mungkin ada sebab lain lagi?

Err, kalaulah tiba-tiba kau baru tahu kononnya bos kau masih lagi berpahaman bahawa pusat alam ini ialah Bumi yang leper, dan daratan terapung di atas permukaan air yang ada penghujungnya. Dan bos ini percaya jika kita belayar terlalu jauh kita akan terjatuh bila sampai di hujung air tersebut. Apa tanggapan kau sama bos mu itu? Tentu saja bos kau ini jadi seorang yang tidak intelek, tiada kredibiliti, kolot, dan macam-macam lagilah anggapan buruk yang lain. Pada hari ini, tidak tahu pasal Big Bang bolehlah dianggap kolot juga seperti si bos itu tadi, tidak kiralah samada anda percaya atau tidak Big Bang itu bah. Kira macam satu bentuk kayu pengukur juga lah terhadap pendedahan kita. Tapi jangan serius lah... kita cerita-cerita saja la.

Jadi bagaimana asal usul alam semesta menurut Teori Big Bang ini?

Kononnya lebih kurang 14 billion tahun dahulu, semua benda yang ada di dalam alam semesta pada hari ini terkumpul dalam satu titik kecil bersaiz beberapa milimeter sahaja. Keadaan pada masa itu sangat tumpat (dense) dan sangat panas. Dalam teori ini, keadaan pada masa itu dipanggil Singularity. Biasalah... kalau termampat memang jadi panas. Sebab itulah kalau masa sejuk, semua suka rapat-rapat supaya panas.

Bukan alam semesta ini statik dan sentiasa wujud ka?

Hehehe... Ada ramai juga orang percaya macam itu. Ahli-ahli falsafah Greek misalnya ramai yang tidak suka idea alam ini ada permulaannya kerana status alam jadi tidak sempurna kalau ia ada permulaan kunun lah. Dan bagi mereka alam ini statik sampai bila-bila.

Jadi kenapa ada lagi pula muncul Big Bang ini. Kenapa tidak kita teruskan saja dengan idea ahli-ahli falsafah Greek itu?

Ok... ada beberapa sebab yang aku nampaklah. Ingat, ini pandangan aku saja. Pertama ada dua teori besar mengenai pergerakan objek telah diterima pakai untuk suatu tempoh yang lama sudah iaitu Teori Graviti Newton, dan Teori Relativiti Einstein. Sebenarnya lah kan, kedua-dua teori ini pada mulanya meramalkan bahawa alam ini tidak sepatutnya statik seperti kepercayaan kau tadi tu, tetapi dinamik dan bergerak samada mengecut atau mengembang bah. Namun Newton dan Einstein juga terpengaruh dengan idea bahawa alam ini statik. Jadi mereka berdua pun mengubah suai formula-formula yang ada dalam teori mereka supaya output formula mereka menunjukkan alam ini statik.

Oh... macam itu ka? Apa yang Newton dan Einstein buat?

Menurut Newton, antara setiap objek itu ada daya menarik antara satu sama lain yang dia namakan daya graviti. Maknanya lama kelamaan semua benda-benda yang ada di dalam alam semesta ini akan berkumpul di satu titik. Dia jadi risau dan memberitahu bahawa itu tidak akan berlaku kerana menurutnya alam ini tidak terbatas atau tidak tertakrif. Bila dalam situasi tidak tertakrif keluasan, maka tidak ada satu titik pun dalam alam semesta ini boleh dianggap sebagai titik pusat untuk semua benda ini berkumpul akibat graviti tadi. Heheh... fahamkah? Menurut Stephen Hawking (saintis yang duduk atas kerusi roda tu) kesilapan Newton ialah sebenarnya dalam situasi di atas, semua titik adalah menjadi titik pusat sudah bah. Faham? Tak pa, yang aku mau kasi tahu ialah, kalaulah Newton tidak berhujah mau cari pasal supaya alam ini statik, sudah tentu dia orang pertama akan cakap alam ini akan mengalami keruntuhan yang hari ini dalam sains dipanggil Big Crunch. Kesian Newton. Tapi dia terpengaruh dengan kepercayan umum masa itu bahawa alam ini statik.

Formula dalam teori Einstein pula memberi implikasi bahawa alam ini mengembang. Einstein juga seperti Newton, terpengaruh dengan kepercayan alam statik. Jadi Einstein pun mengubah fromulanya dengan memperkenalkan satu parameter baru dalam formula. Bagaimana pun, sekitar tahun 1929, kajian menerusi Hubble Space Telescope menujuukkan bahawa galaksi-galaksi yang ada di luar sana semakin menjauhi antara satu sama lain. Selepas penemuan oleh Hubble ini, Einstein mengakui kesilapannya apabila dia berkata ”the greatest mistake in my life”. Einstein juga terlepas peluang menjadi orang pertama untuk menyatakan bahawa alam ini tidak statik.

Selain bukti dari dua teori tadi, betulkah alam ini tidak statik? Apa maksud alam mengembang yang ditemui Hubble itu?

Kedua, melalui pencerapan yang dilakukan oleh ahli astrofizik dan astronomi, memang alam ini tidak statik, dan sebenarnya alam ini sedang mengembang. Boleh baca balik artikel bertajuk Teka-teki dan Doppler Effect And The Expanding Universe dalam post terdahulu. Buat masa ini kita rehat dulu la ya, nanti kita sambung lagi esok lusa. Terima kasih untuk meluangkan masa membaca. Bila kita sambung balik saya akan sentuh pengembangan ini lagi. Bye.









10 comments:

Mu Rong December 4, 2008 at 6:10 PM  

interesting.. tapi jan pula ko nda sambung ceta annunaki mu tu, siok tu baca.. hehehe..

Aiso December 5, 2008 at 12:26 AM  

wuik... hehe. bah, aku ingat ndada suda yang mau baca pasal anunnaki tu. O, kalu ko online pastikan ko aktifkan YM, ada aku mau share ni. Cari duit kita supaya dapat jalan p Grand Teton tu bah.

BUNG ADI December 5, 2008 at 2:56 AM  

aiso, aiso komenku nga tatap oku e' mambaca to. ponulis nopo!

Mu Rong December 5, 2008 at 9:36 AM  

ooo ok.. interesting heheh best tu..

AragangTandik December 6, 2008 at 6:03 PM  

Aik akupun ba, walaupun blur blur aku punya otak ni sebab - kelapa tua ke ke ke tapi masi buli buli juga ba - aku percaya itu teori 'mengembang'- contohnya : aku dulu kurus sekarang sudah 'mengembang' he he he.

Aiso December 6, 2008 at 9:02 PM  

obuli bo sanguru. uinaa... aku pun mengambang dan memboroi juga la. cuma tupi makin nipis laaa. aiyaaa.

DewiNuwa December 9, 2008 at 4:12 PM  

aaa aaa, mana kamu mau pigi tu? ikuuuttttt...

Aiso December 9, 2008 at 5:13 PM  

buli ba kalu kooo dewi..

DewiNuwa December 9, 2008 at 5:18 PM  
This comment has been removed by the author.
DewiNuwa December 9, 2008 at 5:24 PM  

silap tanya dlm previous post.. mau tanya ni, komen ttg bumi tidak statik, ertinya..? bumi ini pandai membesar/mengembang atau pandai bergerak? eh.. mcm betul ja soalan aku tadi tu.. eee budu...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP