Mentari merah di ufuk timur1

Saturday, October 18, 2008

Sewaktu usia sekitar 9 tahun saya sudah tahu antara tanda kiamat ialah matahari akan terbit dari barat. Kali pertama mengetahuinya saya berasa resah. Setiap kali bangun pagi saya segera ke luar rumah untuk melihat dari mana matahari terbit. Begitulah berterusan sehingga saya bosan dan akhirnya lupa akan tanda itu.

Baru-baru ini seorang kawan bertanya kepada saya apakah kiamat akan berlaku dalam tahun 2012 nanti. Waduh.... gawat! Lantas saya tanya dia atas dasar apa kiamat berlaku pada 2012 nanti. Menurutnya sebuah planet (NIBIRU) yang baru ditemui akan menghampiri matahari dan membawa bersama bongkah-bongkah batuan yang akan jatuh ke bumi lalu memusnahkan sebahagian besar hidupan di muka bumi... huh persis seperti dalam filem ARMAGEDDON cuma dalam filem itu yang menghampiri matahari ialah komet dan bukannya planet.

Sebenarnya pada suatu ketika semasa saya masih kecil, saya terbaca sepucuk surat berantai yang ditujukan kepada bapa. Dalam surat itu dinyatakan bahawa kiamat akan berlaku tidak lama lagi. Sekiranya bapa saya tidak mengirimkan salinan surat itu kepada beberapa orang lain, maka bapa akan ditimpa malapetaka. Setelah selesai membaca surat itu saya segera bertanya kepada bapa apakah dia sudah mengirimkan salinan surat itu. Bapa tertawa saja dan tidak langsung percaya. Bagaimanapun surat itu meninggalkan impak yang besar dalam diri saya. Sebab itulah pada waktu itu setiap kali bangun pagi saya bergegas ke luar rumah untuk kepastian. Akhirnya tarikh yang dinyatakan dalam surat itu sudah sangat hampir. Saya pun sangat teruja dan berasa gulana menanti matahari terbit dari barat. Dalam hati saya berkata "nasib lah aku belum limpas umur 12 tahun... kalau kiamat pun aku belum ada dosa" hahaha.

Memandangkan saya masih menulis dan anda sedang membaca temberang saya ini, maknanya hari bersejarah yang dinyatakan dalam surat itu telah berlalu dan kiamat itu tidak berlaku. Malah seperti biasa pada hari itu matahari terbit dan tersenyum memperlihatkan dirinya dari ufuk timur.

Bukan itu sahaja amaran kiamat yang pernah saya temui. Banyak tapi semuanya salah juga. Soalan kawan saya itu mengingatkan saya kembali kepada masalah matahari terbit dari barat.

Kira-kira sedekad yang lalu seorang teman meminta saya menulis satu artikel sains ringkas untuk dimuatkan dalam majalahnya. Saya lalu menulis sebab-sebab matahari terbit dari barat. Tapi teman saya ini akhirnya takut untuk memasukkan artikel itu. Kontroversi katanya. Hmm...

Ok la, saya akan cuba jelaskan kenapa matahari akan terbit dari barat menurut pengetahuan dan fahaman saya tentang sistem suria. Anda tidak dipaksa pun untuk mempercayainya, relax la ya. Kita cuma perlu percaya peristiwa itu akan berlaku, dan bukan percaya bagaimana cara ianya harus berlaku.

2 b cont...

12 comments:

Kee Heritage October 18, 2008 at 5:37 PM  

apalah kawan ko tu, minta bikin artikel tapi takut mo publish.. jan2x dia tukar jak nama mu jadi nama dia untuk dpt profit sendiri hehehehe...(setan).

capatlah tulis kenapa matahari terbit dari barat. mmm, ko tau ka kes orang jual tanah di bulan tu? ramai sudah artis hollywood membeli. Punyalah budu..

Aiso October 18, 2008 at 5:54 PM  

wuik capatnya ko baca. mau tulis lagi ni tp nda sempat. aku kena pigi rumah mami neng. rumah terbuka dia ni hari. aku ada jemput ooi dan sapitang juga. kesian dorang nanti nada kawan. lagipun 2nd part tu perlu ada diagram mungkin. paya sikit hahaha. wei... jam laptop ni salah laaa patutla nda betul time post tu. ciss..

Aiso October 18, 2008 at 6:05 PM  

aik... dari mana geran tanah bulan tu? aku pun mau apply la. nda banyak, 10 ekar jak. pastu jual hahaha... o, ndak juga kawan aku tukar nama ka apa ka, tapi dia tulis artikel lain yg kurang kontroversi la.

Kee Heritage October 18, 2008 at 9:53 PM  

ooo bah..
open house official la ni? lama juga baru open house. apalah makanan special? hemm.. ada dulu tu masuk surat kabar tu pasal org putih menjual tanah dibulan. pertengahan taun ni kali tu..

besa la tu..

e'Odu October 18, 2008 at 9:54 PM  

o baru ari ni ku tau ko ada perasaan juga dari kecil...hehehe tapi capatlah sambung ceta ko napa matahari terbit dari barat...aku ni tetinggal ketapi jak ni, aku ndak taupun ada orang jual tanah di bulan..

Kee Heritage October 18, 2008 at 9:55 PM  

ko mo tukar disetting bah tu

customize > settings > publishing > formating > timezone gmt +8.

AragangTandik October 19, 2008 at 9:45 AM  

Cuba tulis sikit apa yg menarik di open hse tu? - jan bilang tangan ah!

Ba aku tunggu ni cerita pasal kenapa mentari apa? menaik di barat?

Awal tahun 59 bapa kena tukar ke Kalagan (S'kan. Kami naik kapal laut dari pelabuhan Kudat. Kami sampai di S'kan sebelum subuh dan kapal belabuh di tengah laut berhampiran pelabuhan. Aku sama cL naik atas dek dan kami melihat betapa cantiknya lampu-lampu di bandar S'kan dari kapal - macam bintang bekelip-kelip - waktu mentari mula menaik - wow cantik bukan main - kuning keperangan macam kuning telul - jeng jeng jeng - tiba-tiba aku lapar pula ..... hehehe

Kee Heritage October 19, 2008 at 7:08 PM  

wuik lama sudah ni mana sambungan?

Aiso October 19, 2008 at 7:48 PM  

hehe... ada suda tp blum post. masi draft. ba.. aku post la.

Aiso October 19, 2008 at 8:32 PM  

alaaa... bad news. sblum post aku pi edit la kunun. tup tup terdelete pula. aiya, panat ja aku karang. :-/

e'Odu October 20, 2008 at 8:45 AM  

aik...capatlah post sambungan tu...ndak tenang uda aku buat keja ni asyik meningu matahari jak...hehehe

Kee Heritage October 21, 2008 at 7:57 PM  

lamanya ko mengarang...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP