$en$ei $alah $ana $ini hehehe

Saturday, February 7, 2009

Hi... apa kabar?

Hm.. lain ni post. Ngam2 aku mau cari gambar2 koleksi aku untuk dimasukkan dalam post tapi lain pula yg aku jumpa. Aku nampak satu vid klip bertajuk Sensei salah sana sini. Heheh... aku pun mainkan la itu klip. Huh... macam2 ada dlm klip tu.

Lucu dan nostalgic ni klip video bagi aku la pasal... gelagat dan suasana masa tu. Vid klip ni kira-kira 2-3 tahun lalu la mungkin. Cameraman si Ikin, pakai hpon nokia N70. Si kakak siap nyanyi lagu mawi... dan ada lagi dia sebut perkataan tipikal sabahan iaitu "aramaiti" kah kah kah. Si Ipan pula main lighter aku sampai kana warning oleh si Ikin nanti terbakar rumah dia bilang. Dan aada lagi tu bunyi yang sangat klasik, bunyi tu cicak bah hahahahah. Best baini budak2 semua. Nakal dan pintar. Si kakak ni ikut beraksi katuk2 tu gitar. Aku notis dia ni ada musical intelligence lah.

Part yg aku malas dalam video klip ni ialah... malas tul aku tinguk mulut aku tebiut2. Bukan apa, mau krem ba tu jari aku tapi aku tahan. Lagu tu nampak senang pasal aku mainkan dengan cara yang tersangatlah slow dan salah-salah lagi tu. Speed sebenar dua kali ganda lebih cepat bah. Patut lagu tu habis kasi main dalam 2 minit, tapi ini mau dakat 4 minit... ceh. Tapi aku baru ja hapal kunun baini transkrip, dan baru mau kasi mahir. Malangmya penat tul mau kasi main dan lama2 aku pun give up. Jari aku ni pandai sakit sendi2 dia. Molohing no boh tidino. Harap bukan tanda2 arthritis lah. Sekarang ni langsung aku inda ingat suda ni lagu dan inda tau apa mau ditakan tu gitar. O... nama ini lagu ialah La Catedral (part 3), oleh Agustin Barrios.

Di belakang tu rumah kici si charles. Sekarang ni ada dia buat sulap di belakan tu rumah kici dia. Heheh... ada kilat bah. Nasib inda hujan. Nda buli laini men gitar nampaknya.

Sebelum ni aku cerita aku nda tau mau jadi apa. Yg aku tau, semua jenis game dan bentuk hiburan aku suka. Pada suatu hari abang aku balik dari United Kingdom. Si Anang ba maksud aku ni. Antara barang yg dia bawa pulang ialah satu kaset. Lupa aku nama kaset tu tapi pasal dua orang gitaris main gitar duet. Langsung tiada nyanyi dalam kaset tu, semua lagu instrumental gitar saja. Duet John Williams dan Julian Bream. Aku terus suka itu kaset dan setipa hari aku dingar. Kalau mau tidur mesti aku kasi main tu kaset. Sampai putus tu kaset pun aku gam balik. Dari sini terus aku ada angan2 kunun mau main gitar klasikal dan main dalam sebuah orkestra. Lucu bila aku ingat2. Budak kampung di tahun 70an perasan mau jadi gitaris hahahahah... padahal gitar pun teda bah masa tu.

Selain kaset tu, ada juga buku belajar main gitar, tajuknya Solo Guitar Playing, by Frederich M. Noad. Malangnya buku tu dalam bahasa omputeh, dan semua taugeh saja di dalam. Susahnyaaaa... camna ni fikir ku.

Aku inda ingat hujung pangkalnya, tapi yang aku ingat selalu abang aku si Otok sama pakcik aku arwah Makibin (bapa si Tata) melepak di kaki lima rumah main gitar sambil menyanyi. Hari2 aku tinguk dorang berkarya heheh. Suatu hari tu aku pun pi curi2 main tu gitar. Sekali kedapatan oleh si Otok... punya aku takut. Aku ingat dia marah... tau tau dia bilang "hahaha... basar lagi tu gitar dari kau".

Wah... green light ni dalam hati aku. Lepas tu setiap kali dorang main, aku perhati betul2 pa dorang buat. Perlahan-lahan aku try buat tu kod-kod yang aku nampak. Kadang2 satu kod pun sampai berhari bahkan berminggu baru dapat aku kasi keluar bunyi dia, pasal kici bah tangan aku. Akhirnya lagu pertama berjaya aku mainkan. Tiga sija kod dia, lagu Indonesia. Perempuan yg nyanyi... kalu inda silap nama penyanyi Diana Nasution. Tajuk tu lagu mesti kamu tau kalu kamu seusia dgn abang aku si Otok tu. Benci tapi rindu bah tajuk dia.

Tapi aku ni inda minat lagu2 nyanyi. Aku suuuuka juga mau main gitar macam dalam kaset tu. Ke mana saja aku pigi, mesti aku bawa tu kaset. Akhirnya aku pun masuk tingkatan satu. Aku sikul di SMK Likas. Aku tinggal di rumah si Aragang Tandik. Masa tu si sly kiciiii lagi. Wah... rupanya bapa si Sly ni ada gitar gibson, dan satu gitar bass. Bapa si Sly ni minat tul sama Santana... hinggakan bila aku tinguk rupa dia, kumis dia, sebiji macam santana tu.

Mula2 aku inda berani sentuh tu gitar... takut bah gitar elektrik. Bila aku balik kampung... si Anang tayang2 lagi skil main gitar dia. Tu lagu dia dapat dari tu buku yang aku sebut tadi. Sekali habis cuti skul, aku curi tu buku gitar dan bawa p KK heehehehe. Apa lagi, bukan aku belajar tapi asik menkaji tu taugeh dan apa maksud dia kalau di gitar. Semua aku buat sendiri tanpa bantuan yang sepatutnya... pun begitu, logot looooogot aku belajar tu gitar tapuk2. Masa tu aku sikul sesi petang, jadi di rumah cuma budak2 ja. Kakak aku sama hubby dia pigi kerja, jadi aku memandailah pakai tu gitar Gibson bikin belajar. Selalu aku ponteng skul hahahaha tapi entahlah tau ka inda kakak aku masa tu. Akhirnya inda sampai satu tahun buli suda aku baca tu taugeh dan kasi main beberapa lagu dalam tu buku. Antara yg bikin aku jual tembirang masa tu ialah Romance de Amour, dan Fur Elise. Sekali aku balik kampung, takadzut ba si Anang aku kasi main tu lagu2 yg dia kasi jeles2 sama aku mula2 tu hehehe.

Malangnya aku inda pernah ada gitar sendiri. Segala gitar yg aku pinjam2 semua tidak sesuai untuk lagu2 klasikal. Tapi hantam sija bah. Gitar klasik pakai tangsi, aku hantam gitar tali besi hehe. Sekali aku berjaya membeli gitar ialah setelah aku kerja selama 2 tahun. Pernah lagi aku pakai gitar folk si Adik (Butet) sampai 2 tahun kali tu. Sampai si Adik beli gitar lain. Haha, siou ki Adik.

Sekarang aku suda sangat malas main gitar. Dalam sebulan belum tentu aku sentuh gitar. Berhabuk dan betagar suda tu tali. Suatu masa dulu, aku hafal sampai lebih 30 pieces. Hari ini jangan bilang 30, tiga sija pun indada. Yang aku ingat pun sekerat sekerat ja lagi. Lupa suda ooo... aiyaaa. O... satu ja lagi lah aku masi ingat, Cavatina. Aku belajar lagu ni sebab pernah kakak aku si Ose suruh aku main ni lagu tapi masa tu aku inda tau. Nanti aku mo jual tembirang sama dia kasi dingar ni lagu sebelum aku luuupaa lagi nanti.

Bah, cukup dulu kelintung sa ni kali. Semoga anda terhibur menonton gelagat kami 4 orang heheheehehehehehe..................

Read more...

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Tuesday, February 3, 2009

Hi...

Hm, jam sudah pukul 2.43 pagi. Hehehe, hari ini anak buah aku yg hensomboi, Sly, yang lawat aku di rumah tadi. Baru ja dia pulang. Bagus juga dia kasi kawan aku cerita2. Lama juga nda bejumpa.

Beberapa orang kawan suda datang ruma ni, semua pun tekejut rupa ini ruma. Hehehe... mcm hotel dorang bilang cuma tiada penyeri kunun la. Haaa... yang renovate ialah kompeni Johaniaga, dan idea sumbangan si Sly la, siapa lagi.

Tenang suda jiwa aku ada tempat sendiri. Kawan rapat aku berbangsa cina, apek Ooi selalu nasihat aku begini, "rumah anjing lebih baik dari katil naga" maksudnya rumah sendiri buruk macamanapun lebih baik dari istana tapi milik orang lain.

Aku tulis post kali ini khas untuk si Sly sebab aku mau appreciate friendship dia sama uncle dia ni hehehe, dan aku respect dia punya sensitivity. Maksud aku dia ni ada keupayaan menyelami hati orang lain, lebih2 lagi yg lebih tua. Mcm ada psychic. Jangan2 psychic power aku suda pindah sama dia. Hehe, inda bah... memang dia mcm tu. Cuma mungkin ramai inda realize ini pasal dia pun inda sedar benda tu dan quality ini dilapis oleh character gaban dan porangers dia yg lebih ketara. Siou ki Sly. Apa dia sudah buat utk aku ni pun memang dia bersungguh-sungguh tulung dan kasi aku happy laini.

O... mcm2 juga suda kami lalui yang mematangkan lagi pemikiran. Hehehe... kami saja tau tu...

O... sebenarnya aku mau Sly dengar lagu SM Salim duet dengan Sheila Majid sija baini. Untuk renungan kakakaka. Jangan ko marah kio. Juga mo Sly dingar lagu si Citra Bunga Lestari, pasal...... errr.... pasal aku tau kau paling inda suka lagu2 macam ini kakakakaka. Siok bah kasi main2 kau. Sekarang la masanya mengusik kan kan kan.

Everybody wants the best for U tu. Bah... slow slow topinai.

Read more...

solitude

Saturday, January 31, 2009

Apa khabar semua?

Lama saya tinggalkan laman ini. Mujurlah tiada tikus bersarang. Hm, baru juga saya ubah gaya dan rupa blog ini. Biasalah, rumah kita pun perlu juga kita hiasi dari masa ke semasa kan.

Tiada apa yang khas mau saya tulis, cuma saya layan saja minda saya menerawang ni. O, bila dengar musik2 yang saya hentam saja donlod ini, rasanya suasana lebih ceria walaupun sunyi betul saya rasa diam2 dirumah sekarang ni. Hujung minggu begini kebanyakan orang bujang mesti momiansau.

Saya lebih suka membuat refleksi sekarang ni. Banyak perkara telah saya lalui, dan sekarang ini bukan muda remaja lagi bah. Bila saya renung2, sebenarnya sejak kecil saya tidak pernah tahu apa sebenarnya saya mahukan dalam hidup saya ni. Tiada cita2 macam orang lain. Apa yang saya nampak menarik, terus saya mau ikut ikut laitu. Akibatnya saya lebih banyak kemahiran dengan benda2 yang ada kaitan dengan hiburan dan permainan.

Waktu kecil saya mau jadi kuat macam hero The Six Million Dollar Man. Kemudian mau jadi pemain bola hebat macam Pele. Tapi bila tulis karangan yang cikgu suruh masa sekolah rendah, lain pula saya tulis. Selalu betul cikgu suruh tulis karangan yang bertajuk Cita-cita. Dan setiap kali saya ikut saja apa kawan-kawan saya tulis. Antara yang yang saya tulis ialah mahu jadi doktor, polis, tentera, dan bomba. Huh... satu pun tidak menjadi kakakakaka.

Saya tidak kecewa juga la. Cuma saya sekarang ini agak sunyi sebab saya ingat betul sama bapa dan mama. Terutama mama. Mereka tidak sempat tinguk apa jadi dengan saya, apakah jadi doktor, atau mana2 saja yang pernah saya tulis tu. Haaaiiii..... camna ni, ingat betul saya sama mama dan bapa lah. Selalu juga ni saya berkilat mata kalau sudah teringat dengan mereka berdua.

Hmm... kalau ada kelapangan hujung minggu depan saya mau pulang kampung la. Mau rasa lagi suasana di sana. Mau juga tinguk2 keadaan sekarang. Dulu setiap kali saya balik, wajah mama dan bapa menjadi lebih ceria. Sampai mereka masak yang special sebab mereka happy. Pelik juga sebab saya tidak pernah tahu apa mereka mahu saya jadi suatu hari nanti. Saya pun tidak pula pernah tanya. O, minggu lepas saya ada balik tempat adik saya di kg damai. Dia sudah buat sulap di belakang rumah dia. Best betul tidur dalam sulap hehe. Nanti saya mau bawa kawan saya tidur di sulap tu lah.

Sebenarnya sampai sekarang saya masi tidak pasti apa sebenarnya yang saya mahu dalam kerjaya. Dalam hidup ini pula, yang saya mahu tahu ialah the absolute reality, yang rasanya saya tidak akan tahu selagi saya belum gol. Hehe, relaks ba... semua orang akan gol juga tu.

Apapun saya berasa lega sebab dapat juga saya menempuh hidup saya seperti sekarang ini. Suatu bentuk kehidupan yang sederhana sahaja. Apakah lagi agaknya dugaan akan saya hadapi seterusnya. Apakah mama dan bapa sedang memerhati saya walaupun mereka secara fizikalnya sudah tiada?

Saya tidak tahu jawapan ini. Mungkin anda tahu kan.

Jumpa lagi, babai.

Read more...

ih di guguuuulu...

Wednesday, January 7, 2009

Sombungai ku poh...

Masa skula rendah ni best. Kelas itu atap nipah, lantai pasir, tiang pula banyal lubang-lubang pasal ada itu "bonging" bah buat sarang. Meja dan bangku terus ditanam dalam pasir, jadi inda buli pindah-pindah kedudukannya. Kelas sebelah cuma dipisahkan dengan lapisan dinding bambu. Hehehe, siok wooo. Tiada dinding lagi tuuu. Kalau menyubuk kelas sebelah pun sinang jaaa.

Kalau waktu rehat kami selalu terjun di sungai, belakang kantin babu Undaun. Telanjang bulat saja belawan-lawan menyelam sama berenang. Jernih betul air sungai masa itu. Yang inda terrer berenang terpaksa la pakai pelampung kelapa tua kekekeke. Aku rasa masa itu dunia ni sangatlah indah, tiada masalah.... maiiinnnn saja.

Pandai suda aku sikit2 cakap kimarangang dan faham juga aku cakapan bajau. Ramai kawan2 masa kici-kici. Kalau inda terjun di sungai, kami main pedang kunun. Trip "zorro" laitu. Selalunya ada satu mangsa aku selalu minta "babo". Kana kasi jadi kuda. Nama dia si Kolungit. Ingat tul aku sama dia ni. Lepas saja sekolah rendah aku tidak pernah sudah jumpa sama dia. Kalau ada pembaca ini kenal sama dia, kasi tau sa mau jumpa dia. Mau minta babo lagi bilang hehe. Kami ada team bola sepak juga. Pemain2 masa itu yang aku ingat lah, si Anjal@Sabion, tapi yang aku ingat masa tu Injaron bah, nda pa laitu, si Maidil, Jogan, Binso, Jaiman, Jodan, Juri, dan banyak la bah.. tua suda inda ingat. Tapi inda kuat ini team bola kami ni, kena belasah 6-0 di padang bandau entah kejohanan apaitu.

Aiya... aku pun ndak tau mana satu mau cerita ni, macam2 pula kenangan muncul. Hmmm... aku cuba ingat dulu nama orang2 yang aku ingat masa aku sekolah arrr... Sabion, Marconi, Gundah, Jaiman, Panja, Juri, Alung, Kolungit, Jodan, Jogan, Binso, Maidil, Kadir, Masrah, Kaslinah, Bon, Kona, Anita, Mariana, Jurima, Ramatiah, Len, Zainorain, Jingkan, Lam, Tin, Oto. Adesss... punya sikti suda aku ingat. Yang ini pula nama2 yang masih ingat tapi inda tau suda rupa dorang. Mungkin aku darjah 3, dorang ni darjah 5 ka 6... Jaiwan, Mebol, Beto, Uluk, Jaimon, Sabidor, Songsin, ... aik itu sajaaa..., buruk tul ingatan aku ni. Tapi memang la bah, pasal dorang yang senior ni lebih rapat sama abang sia si Li. Nda pa baitu, kalau sa nampak, ingat juga tu nanti. Kalau nampak saya, tegur saja, mana tau lain suda rupa kamurang, oligang suda kali, atau alanji sudah. Pasal masa budak2 ni kutur2 semua hahahaha, hingus pun lap saja pakai tangan kalau tidak disedut balik masuk hidung kan kan.

Bila saya masuk darjah satu bapa saya sudah bersara. Yang ganti guru besar ialah cikgu Norjam Endingan. Yuuuu... orongit babanar yalo koolun. Tapi inda payah cerita la yang itu. Mungkin kalau dia tidak garang saya tidak lulus sekolah kan. Antara cikgu saya masih ingat ialah, cigu Sina, cigu Malijau, cigu Saribun, Cigu Pangawon, cigu Solomon, cigu Giuk, cigu Safar, Ustaz Sharif, dan Ustaz Tuan Mat. Uinaaaa... tidada cegu perempuan pun saya ingat laaaa, o yaa ada satu, cigu Intan Khurus.

Masa sekolah rendah, mama suruh kami bawa jualan. Saya bilang kami pasal aku, sama dua adik saya baitu bawa jualan iaitu si Yah sama si Dang. Macam2 la bah dijual, kacang tanah rebus, pais, limau, pisang. Kalau inda laku kana marah hehehe, kana pulas telinga. Aku yang selalu inda habis jualan pasal aku asyik bermain saja jadi telupa itu jualan di kelas. Tapi bagus juga ini kawan2 semua, bukan dorang curi juga tu jualan hehe. Hasil jualan itu mama kasi masuk dalam tabung arnab. Setiap kami ada tabung patung arnab sendiri. Kami bawa paling banyak 30 sin pigi skul. Saya nda berani beli lain tu duit, saya tunggu dulu jualan kami habis, takut inda laku. Kalu inda habis saya beli sendiri hehehe. O, antara makanan masa itu yang saya masih gian mo makan sampai sekarang ialah .... jeng jeng jeng.... kamu tau ka apa? Tidada jual suda ni, di Tandik saja ada mangkali... buah kelapa sawit rebus. Kuning baitu gigi makan. Harga masa tu 10 sen 3 biji. Mahal juga o kan.

Dulu-dulu tiada mainan yang macam sekarang. Mainan dulu-dulu antara yang pemes ialah gasing, layang-layang, guli, bedes, dan kegemaran aku iaitu "tingkal". Tingkal ini dibuat pakai bekas tempat benang, lilin, gelang getah, sama lidi. Macam traktor bah hehe. Selain tingkal ramai kami masa kici ada kenderaan kunun kalu mau pigi skul. Kenderaan tu sebenarnya buat pakai bekas tin yang besar seperti tin milo, atau tin lactogen. Tin ini di tebuk di kedua-dua sisi kemudian di msukkan seutas dawai melalui tempat yang ditebuk itu. Tin diisikan dengan pasir dan ditutup semula. Di kedua-dua hujung dawai tadi diikat dengan tali. Jadi tin ini kami tarik sepanjang perjalanan ke sekolah menggunakan tali. Macam steam roller la bah jadinya. Satu lagi jenis kenderaan kami ialah, pakai tutup tin saja yang dipakukan ke sebatang kayu. Kemudian tutup tin ini disurung saja. Hahaa, kalu sampai di sekolah siap ada tempat parking lagi ni kerita mainan.

Aik... aku ni kici ja tapi pernah pula aku bertumbuk di tengah jalan raya masa balik sekolah. Alaaa... masa itu kerita sikit ja dan jaaarang jarang. Ada 'solinatad' lagi di tengah jalan tu. Aku sudah inda berapa ingat siapa kawan aku betumbuk, tapi dari rasak laut tu. Besar kemungkinan si Jaiman Bayang. Dalam hati aku, takut juga sama dia, pasal besar bah dia ni. Tapi aku lawan juga. Begulik2 gulik kami di tengah jalan sampai ada traktor si Ah Siong limpas dan berhenti kasi sabar kami. Jajal juga eh. Seperti biasa aku ni selalu kana rotan oleh mama, pasal selalu lambat pulang dari sekolah. Sampai kena cari bah aku di pekan Tandik sambil mama pigang rotan lagi tu. Mana berani lari suda tu, diam tunduk saja sambil kena marah dan kana rotan. Malu bah kana tinguk2 dirotan di kadai hahaha.

Berani kunun ni masa kici betumbuk pasal perasan pandai silat. Lagipun selalu tinguk wayang melayu lakunan Ed Osmera, Mahmud Jun dan lain-lain. Habis saja tinguk wayang tu, semua turun tanah bersilat. Lama-lama ada satu bugis gumuk datang kampung. Pandai kunun dia ni bersilat. Orang panggil di si Kenon. Sampat juga sia ni belajar silat sama dia, tapi yang bunga saja. Kalu sekarang ni kana bawa betumbuk, alamat picah laini muka bah, satu apa pun sa nda tau guna tu silat si Kenon hehe. Entah mana sudah ini orang.

Pernah satu kejadian tiba2 muncul si Kenon. Masa itu aku bujang sudah, dalam 19 tahun kali umur saya. Si Kenon macam ada masalah, minta ubat. Dia pening bilangnya. Masa tu di dapur, dia duduk di kerusi mengadap sama aku. Tiba2 saja dia rebah dan terhempas muka dia dilantai. Punya aku panik, kelam kabut aku kasi tebalik badan dia kasi baring. Berat lagi tu. Sekali suda kasi baring, hidung dan mulut dia keluar darah. Masa itu kami saja dua orang di rumah. Mama pigi sawah padi. Bapa aku nda pula ingat di mana. Pigi kadai mungkin. Olehnya panik, aku lari kasi tinggal si Kenon pasal aku ingat dia mati. Aku lari cari mama baitu. Jadi kalu mau pigi sawah mesti limpas naik jembatan gantung dekat rumah pacik Baudi. Aku sempat kasi tau dorang babu Ondingih. "Babu... si Kenon di rumah. Mati sudah dia" aku bilang. Pastu aku lari pigi sawah dan teriak2 panggil mama. Aku cakap juga si Kenon mati. Jadi mama suru aku pulang dan nanti dia menyusul. Sekali aku sampai dirumah, ada beberapa orang sudah sampai tapi dorang tidak naik tu rumah kami. Saaana dorang menunggu di dapur. Aku tanya kanapa dorang diam saja di tangga dapur. Dorang tanya balik pula, "mana si Kenon?". Hehe, sekali aku tinguk.. tiada suda si Kenon di tempat dia aku kasi baring. Aku panggil2 la dia dalam rumah tu, laaama baru dia menjawab. Bekunci pula dia dalam bilik air... mandi. Fuh... gempak bah semua jiran oleh aku hahaha. Hm... sejak hari itu sampai hari ini aku nda pernah dengar berita lagi pasal dia. Harap2 dia sihat saja.

Aiya... nanti lah sa sambung lagi. Banyak juga lagi mau cerita tapi agak sibuk suda ba sikarang ni. Logot-logot saja cerita la kan. Aik... lupa pula pasal sambungan saya tersuka sama satu budak perempuan kan! Ada pula juga nama dia sia sebut tadi. Nantilah cerita ba. Ada hal mo kasi siap. Nanti bos marah susah Bah, jumpa lagi ki.

Read more...

Tia Di Tanganak Oku Po

Friday, January 2, 2009

Bah... jumpa lagi. Apalah azam tahun 2009?Terus terang la, aku nda tau pun apa mau diazam-azam ni. Tiada wawasan kali di mata orang aku ni kah kah kah. Bah, sambung cerita zaman aku kici dulu.

Cerita ini sekitar aku berumur 6 - 12 tahun saja arrr. Aku ingat lagi kalau mau tinguk tv, kena pigi rumah pacik Awang (rumah babu Rukina). Aku selalu kena dukung di bahu. Nda tau sapa lah agaknya yang selalu dukung aku begitu. Mungkin si Oto. Ramai2 jalan malam best. Antara cerita kegenaran aku masa itu ialah Planet Of The Apes, The Six Million Dollar Man, Bionic Woman, Zorro, Bonanza, Combat, kartun biasa la kan, gusti, sama tayangan gambar melayu. Huh, tayangan gambar melayu pula sentiasa ditayangkan pada hari jumaat malam sabtu. Waktu ini ramai orang kampung pigi rumah pacik Awang untuk tengok tayangan itu. Paling aku malas kalau cerita seram... pasal susah hati aku bila mau pulang. Kemudian di rumah susah mau tidur, sebab berjaga-jaga takut hantu datang hahaha.

Dulu-dulu bukan ada elektrik. Kalau mau tingok tv, pacik Awang suru aku sama si Abot bawa itu bateri lori untuk dicas di kadai si Ah Siong atau pun di kadai si Ah Vui. Setelah beberapa lama, kami pun sudah ada tv. Pakai generator lagi, bukan cas-cas bateri kerita suda. Nah... masa ini ruma kami pula tempat orang datang menonton tv. Best juga kenangan ini. Cerita yang ada org pindik namanya Tatoo suka teriak "the plane the plane the plane...." itu kamu masih ingat kah apa? Haaaaa Fantasy Island. Siok ni cerita.

Paling aku geli hati kalau cerita mat salleh. Bila ada beliau-beliau berumur turut sama nonton, dan tiba-tiba ada adegan bercumbuan, heboh dorang semua suruh kami jangan tengok. Siap warning lagi sedia kalau mcm ada ura-ura suda tu pelakon mau bercium hahahaha. Dorang cakap ... "baaaaa tutup mata budak2. naa misinguuuudd. misiiiingguuuuug... eeee mulau!" dorang bilang kah kah kah. Tapi apakah, bukan pula tutup mata ... makin besar lagi ada tu mata.

Aku ingat kalau hari lima yang datang tu bukan dekat2 bah. Dari tingkalanon pun ada. Rindunya suasana begini. Dorang si David, So'ong, Lam, Uluk, Sabidor, dan ramai lagi lah... inda dapat aku tulis semua, pernah datang. Jauuuuh lagi aku nampak sudah dorang pasal lampu susul tu jelas bah kalau malam.

Aku sedih satu hal pula, masa budak aku rasa macam ok juga aku cakap kimaragang walaupun blum berapa fasih la. Tapi sejak tingkatan satu sampai hari ini aku jarang sudah guna itu bahasa sampai banyak perkataan aku lupa. Kalau kawan2 masa sekolah rendah terjumpa aku, selalu pun dorang cakap kimaragang. Aku hantam juga ni jawab balik pakai kimaragang, tapi lama-lama perasan juga kawan2 semua yang aku lupa banyak dan terus dorang cakap melayu. Maluuuuunyaaaaaa.

Aiyaaaa... lapar pula. Saya mau masak maggi la ni. Kasian bah, mau cari tukang masak bukan sinang. Mau-mau belasan ribu juga kali sekarang ni. Hehe, tadi si Onot ada sini. Dia tanya kalau aku pigi mengaji ka tidak tempat Mami Neng ni malam. Faham la aku motip solan dia tu. Samada dia mau tinguk gaya aku depan ni satu sumandak atau dia panik kalau aku mangurat tu sumandak. Hahahaha, rileks ko Onot. Boliou suda juga sia gia ni, isteeeedi nopo suda sikarang bo. Tapi inda juga aku heran bah kalu si Onot gelisah, dia kan darah muda, dan alanji boyobo itu sumandak. Semalam baitu dorang kasi main2 aku. Mimang nakal ini famili kami, orang yang babau atau bisu pun akan terpandai becakap kalau join kami bersembang selalu bah. Inda sah kalu nda sampai jam 3 pagi kah kah kah.

Eh... ini bukan zaman budak... siou. O... masa aku budak, aku selalu kena olok2 ada gelpren kunun. Semua kakak dan abang aku ni kuat mengolok. Antara nama yang paling kerap keluar di mulut dorang ialah si Masrah Odis, sama Masrah Ag Ali. Tambirang juga aku ni, jual mahal kunun. Bukan la bah aku benci dorang, bukan juga suka yg cintan, mana ada bah perasaan aku suka perempuan masa budak. Yang aku tahu main gasing, main guli, menimbak ikan, berendam di sungai, main biji getah, main getah, main wasir, main bedes, main ting ting dan ntah apa apa lagi la bah. Pemalas lagi tu aku belajar. Seingat aku inda pernah bah aku ni belajar masa sekolah. Sekarang ni sudah inda belajar baru lah pula macam si tai tai mau belajar itu ini. Napa tu ar. Tapi nasib aku bagus juga, mungkin bapa selalu kasi kami makan scott emulsion. jadi ingatan aku kuat masa kici. Jadi .. aku ni sentiasa ja numbur satu kalau peperiksaan bah. Nah, ingat pula aku sama satu cikgu dari Papar, namanya Intan Khurus. Dia pernah kasi aku hadiah kamus. Tapi sampai sekarang english aku macam aku saja yang paham.

Kamurang tahu kah, sebelum aku habis darjah 6, tersuka juga kunun aku sama satu budak perempuan. Hahahahahaha... nantilah aku cerita lagi apa berlaku ar. Mesti ada saspen sikit maaa. Lagipun mau masak ... maggi. Babai.

Read more...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP