$en$ei $alah $ana $ini hehehe

Saturday, February 7, 2009

Hi... apa kabar?

Hm.. lain ni post. Ngam2 aku mau cari gambar2 koleksi aku untuk dimasukkan dalam post tapi lain pula yg aku jumpa. Aku nampak satu vid klip bertajuk Sensei salah sana sini. Heheh... aku pun mainkan la itu klip. Huh... macam2 ada dlm klip tu.

Lucu dan nostalgic ni klip video bagi aku la pasal... gelagat dan suasana masa tu. Vid klip ni kira-kira 2-3 tahun lalu la mungkin. Cameraman si Ikin, pakai hpon nokia N70. Si kakak siap nyanyi lagu mawi... dan ada lagi dia sebut perkataan tipikal sabahan iaitu "aramaiti" kah kah kah. Si Ipan pula main lighter aku sampai kana warning oleh si Ikin nanti terbakar rumah dia bilang. Dan aada lagi tu bunyi yang sangat klasik, bunyi tu cicak bah hahahahah. Best baini budak2 semua. Nakal dan pintar. Si kakak ni ikut beraksi katuk2 tu gitar. Aku notis dia ni ada musical intelligence lah.

Part yg aku malas dalam video klip ni ialah... malas tul aku tinguk mulut aku tebiut2. Bukan apa, mau krem ba tu jari aku tapi aku tahan. Lagu tu nampak senang pasal aku mainkan dengan cara yang tersangatlah slow dan salah-salah lagi tu. Speed sebenar dua kali ganda lebih cepat bah. Patut lagu tu habis kasi main dalam 2 minit, tapi ini mau dakat 4 minit... ceh. Tapi aku baru ja hapal kunun baini transkrip, dan baru mau kasi mahir. Malangmya penat tul mau kasi main dan lama2 aku pun give up. Jari aku ni pandai sakit sendi2 dia. Molohing no boh tidino. Harap bukan tanda2 arthritis lah. Sekarang ni langsung aku inda ingat suda ni lagu dan inda tau apa mau ditakan tu gitar. O... nama ini lagu ialah La Catedral (part 3), oleh Agustin Barrios.

Di belakang tu rumah kici si charles. Sekarang ni ada dia buat sulap di belakan tu rumah kici dia. Heheh... ada kilat bah. Nasib inda hujan. Nda buli laini men gitar nampaknya.

Sebelum ni aku cerita aku nda tau mau jadi apa. Yg aku tau, semua jenis game dan bentuk hiburan aku suka. Pada suatu hari abang aku balik dari United Kingdom. Si Anang ba maksud aku ni. Antara barang yg dia bawa pulang ialah satu kaset. Lupa aku nama kaset tu tapi pasal dua orang gitaris main gitar duet. Langsung tiada nyanyi dalam kaset tu, semua lagu instrumental gitar saja. Duet John Williams dan Julian Bream. Aku terus suka itu kaset dan setipa hari aku dingar. Kalau mau tidur mesti aku kasi main tu kaset. Sampai putus tu kaset pun aku gam balik. Dari sini terus aku ada angan2 kunun mau main gitar klasikal dan main dalam sebuah orkestra. Lucu bila aku ingat2. Budak kampung di tahun 70an perasan mau jadi gitaris hahahahah... padahal gitar pun teda bah masa tu.

Selain kaset tu, ada juga buku belajar main gitar, tajuknya Solo Guitar Playing, by Frederich M. Noad. Malangnya buku tu dalam bahasa omputeh, dan semua taugeh saja di dalam. Susahnyaaaa... camna ni fikir ku.

Aku inda ingat hujung pangkalnya, tapi yang aku ingat selalu abang aku si Otok sama pakcik aku arwah Makibin (bapa si Tata) melepak di kaki lima rumah main gitar sambil menyanyi. Hari2 aku tinguk dorang berkarya heheh. Suatu hari tu aku pun pi curi2 main tu gitar. Sekali kedapatan oleh si Otok... punya aku takut. Aku ingat dia marah... tau tau dia bilang "hahaha... basar lagi tu gitar dari kau".

Wah... green light ni dalam hati aku. Lepas tu setiap kali dorang main, aku perhati betul2 pa dorang buat. Perlahan-lahan aku try buat tu kod-kod yang aku nampak. Kadang2 satu kod pun sampai berhari bahkan berminggu baru dapat aku kasi keluar bunyi dia, pasal kici bah tangan aku. Akhirnya lagu pertama berjaya aku mainkan. Tiga sija kod dia, lagu Indonesia. Perempuan yg nyanyi... kalu inda silap nama penyanyi Diana Nasution. Tajuk tu lagu mesti kamu tau kalu kamu seusia dgn abang aku si Otok tu. Benci tapi rindu bah tajuk dia.

Tapi aku ni inda minat lagu2 nyanyi. Aku suuuuka juga mau main gitar macam dalam kaset tu. Ke mana saja aku pigi, mesti aku bawa tu kaset. Akhirnya aku pun masuk tingkatan satu. Aku sikul di SMK Likas. Aku tinggal di rumah si Aragang Tandik. Masa tu si sly kiciiii lagi. Wah... rupanya bapa si Sly ni ada gitar gibson, dan satu gitar bass. Bapa si Sly ni minat tul sama Santana... hinggakan bila aku tinguk rupa dia, kumis dia, sebiji macam santana tu.

Mula2 aku inda berani sentuh tu gitar... takut bah gitar elektrik. Bila aku balik kampung... si Anang tayang2 lagi skil main gitar dia. Tu lagu dia dapat dari tu buku yang aku sebut tadi. Sekali habis cuti skul, aku curi tu buku gitar dan bawa p KK heehehehe. Apa lagi, bukan aku belajar tapi asik menkaji tu taugeh dan apa maksud dia kalau di gitar. Semua aku buat sendiri tanpa bantuan yang sepatutnya... pun begitu, logot looooogot aku belajar tu gitar tapuk2. Masa tu aku sikul sesi petang, jadi di rumah cuma budak2 ja. Kakak aku sama hubby dia pigi kerja, jadi aku memandailah pakai tu gitar Gibson bikin belajar. Selalu aku ponteng skul hahahaha tapi entahlah tau ka inda kakak aku masa tu. Akhirnya inda sampai satu tahun buli suda aku baca tu taugeh dan kasi main beberapa lagu dalam tu buku. Antara yg bikin aku jual tembirang masa tu ialah Romance de Amour, dan Fur Elise. Sekali aku balik kampung, takadzut ba si Anang aku kasi main tu lagu2 yg dia kasi jeles2 sama aku mula2 tu hehehe.

Malangnya aku inda pernah ada gitar sendiri. Segala gitar yg aku pinjam2 semua tidak sesuai untuk lagu2 klasikal. Tapi hantam sija bah. Gitar klasik pakai tangsi, aku hantam gitar tali besi hehe. Sekali aku berjaya membeli gitar ialah setelah aku kerja selama 2 tahun. Pernah lagi aku pakai gitar folk si Adik (Butet) sampai 2 tahun kali tu. Sampai si Adik beli gitar lain. Haha, siou ki Adik.

Sekarang aku suda sangat malas main gitar. Dalam sebulan belum tentu aku sentuh gitar. Berhabuk dan betagar suda tu tali. Suatu masa dulu, aku hafal sampai lebih 30 pieces. Hari ini jangan bilang 30, tiga sija pun indada. Yang aku ingat pun sekerat sekerat ja lagi. Lupa suda ooo... aiyaaa. O... satu ja lagi lah aku masi ingat, Cavatina. Aku belajar lagu ni sebab pernah kakak aku si Ose suruh aku main ni lagu tapi masa tu aku inda tau. Nanti aku mo jual tembirang sama dia kasi dingar ni lagu sebelum aku luuupaa lagi nanti.

Bah, cukup dulu kelintung sa ni kali. Semoga anda terhibur menonton gelagat kami 4 orang heheheehehehehehe..................

Read more...

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Tuesday, February 3, 2009

Hi...

Hm, jam sudah pukul 2.43 pagi. Hehehe, hari ini anak buah aku yg hensomboi, Sly, yang lawat aku di rumah tadi. Baru ja dia pulang. Bagus juga dia kasi kawan aku cerita2. Lama juga nda bejumpa.

Beberapa orang kawan suda datang ruma ni, semua pun tekejut rupa ini ruma. Hehehe... mcm hotel dorang bilang cuma tiada penyeri kunun la. Haaa... yang renovate ialah kompeni Johaniaga, dan idea sumbangan si Sly la, siapa lagi.

Tenang suda jiwa aku ada tempat sendiri. Kawan rapat aku berbangsa cina, apek Ooi selalu nasihat aku begini, "rumah anjing lebih baik dari katil naga" maksudnya rumah sendiri buruk macamanapun lebih baik dari istana tapi milik orang lain.

Aku tulis post kali ini khas untuk si Sly sebab aku mau appreciate friendship dia sama uncle dia ni hehehe, dan aku respect dia punya sensitivity. Maksud aku dia ni ada keupayaan menyelami hati orang lain, lebih2 lagi yg lebih tua. Mcm ada psychic. Jangan2 psychic power aku suda pindah sama dia. Hehe, inda bah... memang dia mcm tu. Cuma mungkin ramai inda realize ini pasal dia pun inda sedar benda tu dan quality ini dilapis oleh character gaban dan porangers dia yg lebih ketara. Siou ki Sly. Apa dia sudah buat utk aku ni pun memang dia bersungguh-sungguh tulung dan kasi aku happy laini.

O... mcm2 juga suda kami lalui yang mematangkan lagi pemikiran. Hehehe... kami saja tau tu...

O... sebenarnya aku mau Sly dengar lagu SM Salim duet dengan Sheila Majid sija baini. Untuk renungan kakakaka. Jangan ko marah kio. Juga mo Sly dingar lagu si Citra Bunga Lestari, pasal...... errr.... pasal aku tau kau paling inda suka lagu2 macam ini kakakakaka. Siok bah kasi main2 kau. Sekarang la masanya mengusik kan kan kan.

Everybody wants the best for U tu. Bah... slow slow topinai.

Read more...

solitude

Saturday, January 31, 2009

Apa khabar semua?

Lama saya tinggalkan laman ini. Mujurlah tiada tikus bersarang. Hm, baru juga saya ubah gaya dan rupa blog ini. Biasalah, rumah kita pun perlu juga kita hiasi dari masa ke semasa kan.

Tiada apa yang khas mau saya tulis, cuma saya layan saja minda saya menerawang ni. O, bila dengar musik2 yang saya hentam saja donlod ini, rasanya suasana lebih ceria walaupun sunyi betul saya rasa diam2 dirumah sekarang ni. Hujung minggu begini kebanyakan orang bujang mesti momiansau.

Saya lebih suka membuat refleksi sekarang ni. Banyak perkara telah saya lalui, dan sekarang ini bukan muda remaja lagi bah. Bila saya renung2, sebenarnya sejak kecil saya tidak pernah tahu apa sebenarnya saya mahukan dalam hidup saya ni. Tiada cita2 macam orang lain. Apa yang saya nampak menarik, terus saya mau ikut ikut laitu. Akibatnya saya lebih banyak kemahiran dengan benda2 yang ada kaitan dengan hiburan dan permainan.

Waktu kecil saya mau jadi kuat macam hero The Six Million Dollar Man. Kemudian mau jadi pemain bola hebat macam Pele. Tapi bila tulis karangan yang cikgu suruh masa sekolah rendah, lain pula saya tulis. Selalu betul cikgu suruh tulis karangan yang bertajuk Cita-cita. Dan setiap kali saya ikut saja apa kawan-kawan saya tulis. Antara yang yang saya tulis ialah mahu jadi doktor, polis, tentera, dan bomba. Huh... satu pun tidak menjadi kakakakaka.

Saya tidak kecewa juga la. Cuma saya sekarang ini agak sunyi sebab saya ingat betul sama bapa dan mama. Terutama mama. Mereka tidak sempat tinguk apa jadi dengan saya, apakah jadi doktor, atau mana2 saja yang pernah saya tulis tu. Haaaiiii..... camna ni, ingat betul saya sama mama dan bapa lah. Selalu juga ni saya berkilat mata kalau sudah teringat dengan mereka berdua.

Hmm... kalau ada kelapangan hujung minggu depan saya mau pulang kampung la. Mau rasa lagi suasana di sana. Mau juga tinguk2 keadaan sekarang. Dulu setiap kali saya balik, wajah mama dan bapa menjadi lebih ceria. Sampai mereka masak yang special sebab mereka happy. Pelik juga sebab saya tidak pernah tahu apa mereka mahu saya jadi suatu hari nanti. Saya pun tidak pula pernah tanya. O, minggu lepas saya ada balik tempat adik saya di kg damai. Dia sudah buat sulap di belakang rumah dia. Best betul tidur dalam sulap hehe. Nanti saya mau bawa kawan saya tidur di sulap tu lah.

Sebenarnya sampai sekarang saya masi tidak pasti apa sebenarnya yang saya mahu dalam kerjaya. Dalam hidup ini pula, yang saya mahu tahu ialah the absolute reality, yang rasanya saya tidak akan tahu selagi saya belum gol. Hehe, relaks ba... semua orang akan gol juga tu.

Apapun saya berasa lega sebab dapat juga saya menempuh hidup saya seperti sekarang ini. Suatu bentuk kehidupan yang sederhana sahaja. Apakah lagi agaknya dugaan akan saya hadapi seterusnya. Apakah mama dan bapa sedang memerhati saya walaupun mereka secara fizikalnya sudah tiada?

Saya tidak tahu jawapan ini. Mungkin anda tahu kan.

Jumpa lagi, babai.

Read more...

ih di guguuuulu...

Wednesday, January 7, 2009

Sombungai ku poh...

Masa skula rendah ni best. Kelas itu atap nipah, lantai pasir, tiang pula banyal lubang-lubang pasal ada itu "bonging" bah buat sarang. Meja dan bangku terus ditanam dalam pasir, jadi inda buli pindah-pindah kedudukannya. Kelas sebelah cuma dipisahkan dengan lapisan dinding bambu. Hehehe, siok wooo. Tiada dinding lagi tuuu. Kalau menyubuk kelas sebelah pun sinang jaaa.

Kalau waktu rehat kami selalu terjun di sungai, belakang kantin babu Undaun. Telanjang bulat saja belawan-lawan menyelam sama berenang. Jernih betul air sungai masa itu. Yang inda terrer berenang terpaksa la pakai pelampung kelapa tua kekekeke. Aku rasa masa itu dunia ni sangatlah indah, tiada masalah.... maiiinnnn saja.

Pandai suda aku sikit2 cakap kimarangang dan faham juga aku cakapan bajau. Ramai kawan2 masa kici-kici. Kalau inda terjun di sungai, kami main pedang kunun. Trip "zorro" laitu. Selalunya ada satu mangsa aku selalu minta "babo". Kana kasi jadi kuda. Nama dia si Kolungit. Ingat tul aku sama dia ni. Lepas saja sekolah rendah aku tidak pernah sudah jumpa sama dia. Kalau ada pembaca ini kenal sama dia, kasi tau sa mau jumpa dia. Mau minta babo lagi bilang hehe. Kami ada team bola sepak juga. Pemain2 masa itu yang aku ingat lah, si Anjal@Sabion, tapi yang aku ingat masa tu Injaron bah, nda pa laitu, si Maidil, Jogan, Binso, Jaiman, Jodan, Juri, dan banyak la bah.. tua suda inda ingat. Tapi inda kuat ini team bola kami ni, kena belasah 6-0 di padang bandau entah kejohanan apaitu.

Aiya... aku pun ndak tau mana satu mau cerita ni, macam2 pula kenangan muncul. Hmmm... aku cuba ingat dulu nama orang2 yang aku ingat masa aku sekolah arrr... Sabion, Marconi, Gundah, Jaiman, Panja, Juri, Alung, Kolungit, Jodan, Jogan, Binso, Maidil, Kadir, Masrah, Kaslinah, Bon, Kona, Anita, Mariana, Jurima, Ramatiah, Len, Zainorain, Jingkan, Lam, Tin, Oto. Adesss... punya sikti suda aku ingat. Yang ini pula nama2 yang masih ingat tapi inda tau suda rupa dorang. Mungkin aku darjah 3, dorang ni darjah 5 ka 6... Jaiwan, Mebol, Beto, Uluk, Jaimon, Sabidor, Songsin, ... aik itu sajaaa..., buruk tul ingatan aku ni. Tapi memang la bah, pasal dorang yang senior ni lebih rapat sama abang sia si Li. Nda pa baitu, kalau sa nampak, ingat juga tu nanti. Kalau nampak saya, tegur saja, mana tau lain suda rupa kamurang, oligang suda kali, atau alanji sudah. Pasal masa budak2 ni kutur2 semua hahahaha, hingus pun lap saja pakai tangan kalau tidak disedut balik masuk hidung kan kan.

Bila saya masuk darjah satu bapa saya sudah bersara. Yang ganti guru besar ialah cikgu Norjam Endingan. Yuuuu... orongit babanar yalo koolun. Tapi inda payah cerita la yang itu. Mungkin kalau dia tidak garang saya tidak lulus sekolah kan. Antara cikgu saya masih ingat ialah, cigu Sina, cigu Malijau, cigu Saribun, Cigu Pangawon, cigu Solomon, cigu Giuk, cigu Safar, Ustaz Sharif, dan Ustaz Tuan Mat. Uinaaaa... tidada cegu perempuan pun saya ingat laaaa, o yaa ada satu, cigu Intan Khurus.

Masa sekolah rendah, mama suruh kami bawa jualan. Saya bilang kami pasal aku, sama dua adik saya baitu bawa jualan iaitu si Yah sama si Dang. Macam2 la bah dijual, kacang tanah rebus, pais, limau, pisang. Kalau inda laku kana marah hehehe, kana pulas telinga. Aku yang selalu inda habis jualan pasal aku asyik bermain saja jadi telupa itu jualan di kelas. Tapi bagus juga ini kawan2 semua, bukan dorang curi juga tu jualan hehe. Hasil jualan itu mama kasi masuk dalam tabung arnab. Setiap kami ada tabung patung arnab sendiri. Kami bawa paling banyak 30 sin pigi skul. Saya nda berani beli lain tu duit, saya tunggu dulu jualan kami habis, takut inda laku. Kalu inda habis saya beli sendiri hehehe. O, antara makanan masa itu yang saya masih gian mo makan sampai sekarang ialah .... jeng jeng jeng.... kamu tau ka apa? Tidada jual suda ni, di Tandik saja ada mangkali... buah kelapa sawit rebus. Kuning baitu gigi makan. Harga masa tu 10 sen 3 biji. Mahal juga o kan.

Dulu-dulu tiada mainan yang macam sekarang. Mainan dulu-dulu antara yang pemes ialah gasing, layang-layang, guli, bedes, dan kegemaran aku iaitu "tingkal". Tingkal ini dibuat pakai bekas tempat benang, lilin, gelang getah, sama lidi. Macam traktor bah hehe. Selain tingkal ramai kami masa kici ada kenderaan kunun kalu mau pigi skul. Kenderaan tu sebenarnya buat pakai bekas tin yang besar seperti tin milo, atau tin lactogen. Tin ini di tebuk di kedua-dua sisi kemudian di msukkan seutas dawai melalui tempat yang ditebuk itu. Tin diisikan dengan pasir dan ditutup semula. Di kedua-dua hujung dawai tadi diikat dengan tali. Jadi tin ini kami tarik sepanjang perjalanan ke sekolah menggunakan tali. Macam steam roller la bah jadinya. Satu lagi jenis kenderaan kami ialah, pakai tutup tin saja yang dipakukan ke sebatang kayu. Kemudian tutup tin ini disurung saja. Hahaa, kalu sampai di sekolah siap ada tempat parking lagi ni kerita mainan.

Aik... aku ni kici ja tapi pernah pula aku bertumbuk di tengah jalan raya masa balik sekolah. Alaaa... masa itu kerita sikit ja dan jaaarang jarang. Ada 'solinatad' lagi di tengah jalan tu. Aku sudah inda berapa ingat siapa kawan aku betumbuk, tapi dari rasak laut tu. Besar kemungkinan si Jaiman Bayang. Dalam hati aku, takut juga sama dia, pasal besar bah dia ni. Tapi aku lawan juga. Begulik2 gulik kami di tengah jalan sampai ada traktor si Ah Siong limpas dan berhenti kasi sabar kami. Jajal juga eh. Seperti biasa aku ni selalu kana rotan oleh mama, pasal selalu lambat pulang dari sekolah. Sampai kena cari bah aku di pekan Tandik sambil mama pigang rotan lagi tu. Mana berani lari suda tu, diam tunduk saja sambil kena marah dan kana rotan. Malu bah kana tinguk2 dirotan di kadai hahaha.

Berani kunun ni masa kici betumbuk pasal perasan pandai silat. Lagipun selalu tinguk wayang melayu lakunan Ed Osmera, Mahmud Jun dan lain-lain. Habis saja tinguk wayang tu, semua turun tanah bersilat. Lama-lama ada satu bugis gumuk datang kampung. Pandai kunun dia ni bersilat. Orang panggil di si Kenon. Sampat juga sia ni belajar silat sama dia, tapi yang bunga saja. Kalu sekarang ni kana bawa betumbuk, alamat picah laini muka bah, satu apa pun sa nda tau guna tu silat si Kenon hehe. Entah mana sudah ini orang.

Pernah satu kejadian tiba2 muncul si Kenon. Masa itu aku bujang sudah, dalam 19 tahun kali umur saya. Si Kenon macam ada masalah, minta ubat. Dia pening bilangnya. Masa tu di dapur, dia duduk di kerusi mengadap sama aku. Tiba2 saja dia rebah dan terhempas muka dia dilantai. Punya aku panik, kelam kabut aku kasi tebalik badan dia kasi baring. Berat lagi tu. Sekali suda kasi baring, hidung dan mulut dia keluar darah. Masa itu kami saja dua orang di rumah. Mama pigi sawah padi. Bapa aku nda pula ingat di mana. Pigi kadai mungkin. Olehnya panik, aku lari kasi tinggal si Kenon pasal aku ingat dia mati. Aku lari cari mama baitu. Jadi kalu mau pigi sawah mesti limpas naik jembatan gantung dekat rumah pacik Baudi. Aku sempat kasi tau dorang babu Ondingih. "Babu... si Kenon di rumah. Mati sudah dia" aku bilang. Pastu aku lari pigi sawah dan teriak2 panggil mama. Aku cakap juga si Kenon mati. Jadi mama suru aku pulang dan nanti dia menyusul. Sekali aku sampai dirumah, ada beberapa orang sudah sampai tapi dorang tidak naik tu rumah kami. Saaana dorang menunggu di dapur. Aku tanya kanapa dorang diam saja di tangga dapur. Dorang tanya balik pula, "mana si Kenon?". Hehe, sekali aku tinguk.. tiada suda si Kenon di tempat dia aku kasi baring. Aku panggil2 la dia dalam rumah tu, laaama baru dia menjawab. Bekunci pula dia dalam bilik air... mandi. Fuh... gempak bah semua jiran oleh aku hahaha. Hm... sejak hari itu sampai hari ini aku nda pernah dengar berita lagi pasal dia. Harap2 dia sihat saja.

Aiya... nanti lah sa sambung lagi. Banyak juga lagi mau cerita tapi agak sibuk suda ba sikarang ni. Logot-logot saja cerita la kan. Aik... lupa pula pasal sambungan saya tersuka sama satu budak perempuan kan! Ada pula juga nama dia sia sebut tadi. Nantilah cerita ba. Ada hal mo kasi siap. Nanti bos marah susah Bah, jumpa lagi ki.

Read more...

Tia Di Tanganak Oku Po

Friday, January 2, 2009

Bah... jumpa lagi. Apalah azam tahun 2009?Terus terang la, aku nda tau pun apa mau diazam-azam ni. Tiada wawasan kali di mata orang aku ni kah kah kah. Bah, sambung cerita zaman aku kici dulu.

Cerita ini sekitar aku berumur 6 - 12 tahun saja arrr. Aku ingat lagi kalau mau tinguk tv, kena pigi rumah pacik Awang (rumah babu Rukina). Aku selalu kena dukung di bahu. Nda tau sapa lah agaknya yang selalu dukung aku begitu. Mungkin si Oto. Ramai2 jalan malam best. Antara cerita kegenaran aku masa itu ialah Planet Of The Apes, The Six Million Dollar Man, Bionic Woman, Zorro, Bonanza, Combat, kartun biasa la kan, gusti, sama tayangan gambar melayu. Huh, tayangan gambar melayu pula sentiasa ditayangkan pada hari jumaat malam sabtu. Waktu ini ramai orang kampung pigi rumah pacik Awang untuk tengok tayangan itu. Paling aku malas kalau cerita seram... pasal susah hati aku bila mau pulang. Kemudian di rumah susah mau tidur, sebab berjaga-jaga takut hantu datang hahaha.

Dulu-dulu bukan ada elektrik. Kalau mau tingok tv, pacik Awang suru aku sama si Abot bawa itu bateri lori untuk dicas di kadai si Ah Siong atau pun di kadai si Ah Vui. Setelah beberapa lama, kami pun sudah ada tv. Pakai generator lagi, bukan cas-cas bateri kerita suda. Nah... masa ini ruma kami pula tempat orang datang menonton tv. Best juga kenangan ini. Cerita yang ada org pindik namanya Tatoo suka teriak "the plane the plane the plane...." itu kamu masih ingat kah apa? Haaaaa Fantasy Island. Siok ni cerita.

Paling aku geli hati kalau cerita mat salleh. Bila ada beliau-beliau berumur turut sama nonton, dan tiba-tiba ada adegan bercumbuan, heboh dorang semua suruh kami jangan tengok. Siap warning lagi sedia kalau mcm ada ura-ura suda tu pelakon mau bercium hahahaha. Dorang cakap ... "baaaaa tutup mata budak2. naa misinguuuudd. misiiiingguuuuug... eeee mulau!" dorang bilang kah kah kah. Tapi apakah, bukan pula tutup mata ... makin besar lagi ada tu mata.

Aku ingat kalau hari lima yang datang tu bukan dekat2 bah. Dari tingkalanon pun ada. Rindunya suasana begini. Dorang si David, So'ong, Lam, Uluk, Sabidor, dan ramai lagi lah... inda dapat aku tulis semua, pernah datang. Jauuuuh lagi aku nampak sudah dorang pasal lampu susul tu jelas bah kalau malam.

Aku sedih satu hal pula, masa budak aku rasa macam ok juga aku cakap kimaragang walaupun blum berapa fasih la. Tapi sejak tingkatan satu sampai hari ini aku jarang sudah guna itu bahasa sampai banyak perkataan aku lupa. Kalau kawan2 masa sekolah rendah terjumpa aku, selalu pun dorang cakap kimaragang. Aku hantam juga ni jawab balik pakai kimaragang, tapi lama-lama perasan juga kawan2 semua yang aku lupa banyak dan terus dorang cakap melayu. Maluuuuunyaaaaaa.

Aiyaaaa... lapar pula. Saya mau masak maggi la ni. Kasian bah, mau cari tukang masak bukan sinang. Mau-mau belasan ribu juga kali sekarang ni. Hehe, tadi si Onot ada sini. Dia tanya kalau aku pigi mengaji ka tidak tempat Mami Neng ni malam. Faham la aku motip solan dia tu. Samada dia mau tinguk gaya aku depan ni satu sumandak atau dia panik kalau aku mangurat tu sumandak. Hahahaha, rileks ko Onot. Boliou suda juga sia gia ni, isteeeedi nopo suda sikarang bo. Tapi inda juga aku heran bah kalu si Onot gelisah, dia kan darah muda, dan alanji boyobo itu sumandak. Semalam baitu dorang kasi main2 aku. Mimang nakal ini famili kami, orang yang babau atau bisu pun akan terpandai becakap kalau join kami bersembang selalu bah. Inda sah kalu nda sampai jam 3 pagi kah kah kah.

Eh... ini bukan zaman budak... siou. O... masa aku budak, aku selalu kena olok2 ada gelpren kunun. Semua kakak dan abang aku ni kuat mengolok. Antara nama yang paling kerap keluar di mulut dorang ialah si Masrah Odis, sama Masrah Ag Ali. Tambirang juga aku ni, jual mahal kunun. Bukan la bah aku benci dorang, bukan juga suka yg cintan, mana ada bah perasaan aku suka perempuan masa budak. Yang aku tahu main gasing, main guli, menimbak ikan, berendam di sungai, main biji getah, main getah, main wasir, main bedes, main ting ting dan ntah apa apa lagi la bah. Pemalas lagi tu aku belajar. Seingat aku inda pernah bah aku ni belajar masa sekolah. Sekarang ni sudah inda belajar baru lah pula macam si tai tai mau belajar itu ini. Napa tu ar. Tapi nasib aku bagus juga, mungkin bapa selalu kasi kami makan scott emulsion. jadi ingatan aku kuat masa kici. Jadi .. aku ni sentiasa ja numbur satu kalau peperiksaan bah. Nah, ingat pula aku sama satu cikgu dari Papar, namanya Intan Khurus. Dia pernah kasi aku hadiah kamus. Tapi sampai sekarang english aku macam aku saja yang paham.

Kamurang tahu kah, sebelum aku habis darjah 6, tersuka juga kunun aku sama satu budak perempuan. Hahahahahaha... nantilah aku cerita lagi apa berlaku ar. Mesti ada saspen sikit maaa. Lagipun mau masak ... maggi. Babai.

Read more...

Masa budak-budak aku

Monday, December 29, 2008

Hi. Apa kabar?

Hm... nda tau apa mahu cerita ba ni. Rilek2 ni mengadap laptop. Tiba2 aku terkenang masa aku budak kici lagi.

Aku inda ingat banyak kisah2 aku masa kecil. Kira mcm tua suda sikit ba juga kali ni kan. Paling last aku rasa aku masi ingat ialah kana dukung oleh mama dililit dalam tuala, pigi tamu di pekan Tandik. Lamaaa suda tu. Pastu aku nampak ramai org berjualan. Ada saja datang pigi cubit2 pipi aku. Sekarang faham suda aku kenapa, rupanya cute bah pula aku masa kici kah kah kah.

Aku ingat juga bila sudah pandai berjalan aku selalu kena bawa oleh bapa pigi sekolah. Masa itu dia guru besar di SK Tandik. Bapa ikat bantal di palang dekat handle basikal. Aku duduk situ sambil ikut pigang handle tu. Beberapa kali kaki aku tersangkut dalam spoke basikal hehehe.

Di sekolah sekali lagi aku jadi mangsa kana cubit2 di pipi oleh budak2 sekolah terutama yang sumandak. Tapi mana la bah aku faham masa tu kan. Aku ingat lagi bapa mengajar aku kut duduk di kelas tinguk. Pernah dia pegang gelas penuh air, kemudian dia letak kadbod tutup tu gelas. Lepas tu bapa kasi tebalik tu gelas tapi itu air tidak tumpah hehehe.

Bestnya kalau mau dingat-ingat. Dulu Kg. Tandik ini meriah rasanya. Di tepi jambatan lama tu ada banyak kapal2 kecil berlabuh dan banyak perahu-perahu nelayan. Dekat itu pokok ramag ada ramai orang jual ikan. Tapi sejak kedai Tandik ini di pindahkan ke tempat baru, semakin suram pulak suasananya. Kena sumpahan mahsuri kaaa?

Apa pun aku tetap suka kampung aku ni. Walaupun buruk-buuuruk indada jalan tar, tapi di sinilah aku membesar. Tapi heran juga lah, kalau aku pulang kampung, tiada sesiapa lagi kawan-kawan aku dulu yang aku boleh jumpa. Dorang semua ni pigi mana aku pun tidak tahu. Pigi Amerika kali semua? Kalau di KK pula lagi aku kerap ternampak kawan2 lama aku ni semua.

O, kalau musim banjir melanda, bukan sehari dua tapi sampai bermingu-minggu dan bulan lamanya. Pernah lagi helikopter turun hantar bantuan beras sama kami. Sekali mama masak, tekejut aku tinguk warna nasi tu... perang bah. Mama bilang itu beras terigu. Hehehe. Sempat lagi itu "maam", doktor orang putih perempuan, melawat rumah ke rumah pakai bot dia masa banjir. Kalau banjir aku suka duduk di tangga rumah main perahu buat pakai kertas. Cuba lah masa tu ada perahu remote control... mesti best tu kan.

Hidup di kampung ni siok. Setiap hujung minggu mama suruh aku sama si Li, ikut bertabang tabang tanam padi di sawah. Yang aku malas cuma banyak lintah. Pernah aku belari pasal ada lintah malakat di kaki, habis tu padi semua aku langgar hahahahah. Jadi selepas itu aku sapu sir tembakau sama lapis pakai stokin bola kalau mau tanam padi. Aku fobia ni dengan benda2 yg mcm lintah, pacat dan giuk. Cilaka tul, napa tu ar? Padahal kcic saja pun.

Ala, lapar pula. Hari ini malas aku mau masak (hehe, macamlah rajin masak). Mau pigi saaaaaana Tjg Aru cari makanan sambil tinguk laut. Mana tau dapat ilham. Lagipun aku mau siasat kalau-kalau ada pula si Awang Muslihat mengayat bininya di sana atau mengayat yang baru untuk jadi numbur empat dia hehehehe. Ok, babai.

Read more...

Lawaaaak dan siok.

Friday, December 26, 2008

hi... selamat pagi semua.

Sekarang ni jam 6.37 pagi. O untuk yang menyambut krismas semoga berbahagia di sisi saudara mara.

Fuyo, satu malam ni tiada tidur. Aku ni beginilah rutin. Kalu aku suda start pigang buku, susah suda tu mau dilepas kecuali tetidur. Dari aku kici mimang mcm tu. Tapi bukan juga jenis suka baca buku, cuma kalau sudah start tu yg nda pandai stop hehe. Masa di kampung mama sampai gelar aku "puwok" pasal inda pandai tidur dia bilang. Bukan apa, banyak tul buku2 di rumah tandik tu.

Hmm... setelah aku siap baca 2 buah buku !! fuh, aku pun cek la blog2 kalu ada yang sudi masuk di WellGifted sama duit-maya. Dakat jam 5 pagi juga bah baru aku siap baca buku. Skali buka blog aku pula saja yg sendiri lawat tu hahahah. Pastu aku pun pi buka semua blog yang terlink, dan baca semua post-post baru. Tidak rugi ooo... sepanjang masa aku gelihati baca post2 tu semua. Yang aku suka baca ada 4 blog, 2 lelaki, 2 perempuan. Dalam 4 blog itu, aku rasa satu ja inda garang, si awang muslihat punya. Aku rekemen yang lelaki yang ada masalah kesihatan batin baca blog si awang muslihat ni. Banyak tips dia kasi sana. Nama blog dia Main Kau Janggi. Inda aku lupa pepatah dia, "indada guna ada beras kalu inda karas" dia bilang bah, kah kah kah. Ini barulah lelaki namanya. 3 blog lain best baca dan bikin ada suatu rasa yg unik, walaupun aku asyik ketawa saturang membaca coretan dorang ni. Blog -blog itu ialah PAAS tulisan tasutokow, Tun Teja, sama Melati Duka. Buli cek di blogroll dlam blog ini juga. Memang original ni dorang menulis dari sanubari hehehehe. Si awang muslihat pun orijinal juga laaa.

Blog si Tun Teja sama Melati Duka ni aku jumpa dalam blogroll Sanguru bah. Hehehe... Sanguru, jan ko salah sangka aku inda baca blog mu wpun aku indada komen apa2, dan tiba2 ada pula komen saaana di tampat 4 blog tadi tu. Heheheh...kalu tulisan politik aku inda mau komen apa2 baitu. Cuba ko tulis yg cerita dulu-duuuuulu ka, atau yg bukan politik memang aku komen tu hehehe. Siou kio.

Aku pun pi la kumin2 coretan dorang 4 orang ni bah. Pasal berabis aku ketawa bah sendiri baca blog dorang ni. Lama aku nda rasa lapang pasal ketawa macam tadi. Hehehe, masih lagi o lucu aku rasa. Marah la kali si Tun Teja sama Melati Duka tu... alamat kana maki laini dalam komen dorang nanti hahahaha.

Bah... kalu aku kasi tau apa dorang tulis inda siok suda. Pigi la baca sendiri. Nah... macam padas padas suda ni mata, tapi bukan juga ngantuk. Memang puwok la bah kan. Betul la mama cakap. Hmm... ingat pula sama bapa dan mama. Bah, Selamat Hari Krismas dan jumpa lagi. Babai.

Read more...

Boring laaa

Monday, December 22, 2008

Hi, pa kabar semua.

Sekarang jam 7.50 malam. Sebenarnya aku ni sedang goreng ikan. Sambil tunggu ikan masak, aku tulislah sesuatu. Entah apa yang mahu ditulis laaa. Cuma boring bah, sendiri tiada kawan bercakap di rumah ni. Nasiblah ada juga yang rajin mengupdate blog, jadi ada juga aku baca-baca. Tension juga bah asyik tinguk dinding saja. Lama-lama lupa la aku ni cara bercakap hahahaha.

Sebenarnya dalam beberapa hari ini aku buat research pasal can we really monetize our blog ni bah. Jadi aku pun buat lah blog duit-maya tu untuk experiment. Banyak mau dibuat kalau serius la. Tapi nda la aku sampai begitu hehe. Setakat ni tidak memberangsangkan lah, bukan tidak boleh, tapi bukan senang laaaaa... blog duit-maya tu sehingga setakat ni baru collect 15 sen. hmm... usia blog tu baru dalam 5 hari la.

Jadi apa pandangan kamu, can we really use blog to get more money? Bukan apa bah, heran aku ada orang jadi millionaire thru online network ni. Tapi selalunya big companies buli, ini individu bah! Cthnya, Ewen Chia. Tahu kah sapa tu? Kana buang sikul lg tu dulu. Now millionaire gara-gara internet ni.

Setakat ni blog duit-maya belum ada teknik-teknik canggih seperti SEO, (search engine optimization), nantilah aku try pastu share jadi apa, kana ban kah, dapat duit ka bla bla.

Alamak, hangus ikan hehehehe. Hehehe... aku ni masak jarang sekali. Tong gas aku tiga tahun pun masih bertahan. Baru siap makan. Buli juga, nda sedap tapi kenyang perut ok suda bah.

O... ya, ada satu lagi blog baru aku bikin, WellGifted nama dia. Ini pun experiment saja baitu. In the proses of kasi monetize juag tu. Hmmm... katalah satu blog dapat 10 sen sehari, kalu ada 10 blog sudah 1 ringgit kan. Satu bulan baaaaru 30 ringgit, alalalala. Bikin bayar internet pun inda cukup. Tapi experiment tu tetap akan berterusan hehehehe. Kalu buli buat satu blog 10 ringgit sehari bayangkan lah. Buli kaitu arrr?

Wuinaaaa.... macam mempromote blog sendiri saja ni. Memang pun. Sebab itulah salah satu yang diajar oleh Stuart Tan dalam buku dia Secrets Of Internet Millionaires. Dia cakap kalau malu bagus jangan start pun.

Hahaha... bah, sesudah aku promote sama kamu, korang pula promote lagi sama org lain. Setakat ini belum lagilah dapat aku kasi buatkan affiliate program supaya kamu dapat income kalu orang join tu blog dari link kamurang . . . tapi ada affiliate program yg guna referral system. Ala-ala piramid juga tuuu... Nda apa, nanti aku explain dgn lebih detail dlm blog duit-maya tu. So, sudi-sudi lah lawat ya...

Aiseh, ada orang call pula mahu ajak aku lepak2 minum2 kupi. Ini yang siok ni, kena belanja. Ok lah, nanti cerita lagi lain kali. Bye.

Read more...

3,131.6 million in Sabah???

Tuesday, December 9, 2008

Hi... salam.

Hari ini tiba2 saja aku beli Daily Express. Sajalah sambil breakfast, bacalah paper. Heran aku bila baca di muka depan tulis begini...

'Natives represents less than half the population of 3,131.6 million in Sabah this year, said Sabah Natives Affairs Council Director...' nda paya kasi nama la.

Kenapa aku heran?
Tinguk bah tu angka.... 3,131.6 million!!!
Apa erti koma selepas angka tiga pastu ada titik antara angka satu sama enam?
Aku ka yang buduh nda pandai baca tu angka atau tu reporter silap salin atau memang MHEANS ini main hentam saja kasi data... !!!

Aku yang nda berapa kesah sangat dengan hal ehwal kependudukan di Sabah ini tiba2 bah jadi curious dan termarah baca maklumat macam ini sebab rasa dipermainkan.
Setahu aku, 3,131.6 million tu di baca "TIGA RIBU, SATU RATUS TIGA PULUH SATU PERPULUHAN ENAM JUTA" bah.

Tahukah dorang ni bahawa 1000 juta = 1 billion???
Maknanya 3,131.6 juta = 3.1316 billion laaa...
macam ini bah...

1 000 000 = 1 juta
1 000 000 000 = 1 ribu juta = 1 billion
1 000 000 000 000 = 1 juta juta = 1 trillion

Bikin geram tul...

Maknanya di Sabah ini ada 3.1316 billion penduduk bah kalau ikut data dorang tu... Tengok betul2 ar di mana aku taruh tu titik perpuluhan. Dan tiada koma pun arrr.... lapuk baitu main koma koma...

Kemudian dalam artikel itu lagi... bilangan penduduk ikut bangsa...

Kadazan = 551 300
Bajau = 423 100
Murut = 104 300
Other Sabah Bumiputera (tia tau apa la...) = 814 200
oleh itu...

TOTAL NATIVES = 551 300 + 423 100 + 104 300 + 814 200 = 1 892 900

Apa ini ooo?

Tetap saja aku inda percaya population sabah ini 3,131.6 million. Penduduk Malaysia pun mangkali baru 24 million bah!!!

Jadi berapa sebenarnya jumpah penduduk di Sabah ini?

Memandangkan 1 892 900 itu tidak pun sampai separuh dari jumlah penduduk Sabah, maka sudah pastilah jumlah manusia dalam negeri ini lebih banyak dari 2 x 1, 892 900 orang.

Atau melebihi 3 785 800 orang bah... atau sebut TIGA JUTA TUJUH RATUS LAPAN PULUH LIMA RIBU LAPAN RATUS !!!

Mungkin saya silap lah ni kot? Tapi saya tahu bah baca angka, sampai istilah Googol pun ada. Apakah dorang ni tahu sampai billion atau trillion saja? Nampaknya macam billion pun tidak tahu berdasarkan artikel itu. Kalau aku yang salah alangkah malunya mengomen ni. Tapi kalu dorang yang salah... pun masih bikin kitorang malu bah!!! Orang Sabah tidak tahu kah penduduk di negeri sendiri??? Ini aku belum komen masalah yang not natives itu.

Buat kerja ka apa o dorang di sana tu?

Hm... itu saja la ini kali. Nda jadi aku cerita Big Bang. Sekarang ini BIG BENGANG gara2 artikel tu. Buli kamu rujuk paper Daily Express bertarikh 9 Disember 2008... muka dapan lagi. Kalau kamu dapati saya silap kamu hentam saja saya berhabis habisan... saya oraitnopo.

Ok laah... Babai.

Read more...

Big Bang 1

Thursday, December 4, 2008

Salaam sejahtera. Kali ini saya mahu tulis pasal Big Bang. Tapi saya mesti terus terang dulu laaa, segala pengetahuan saya mengenai Big Bang ini hanyalah saya dapat melalui hobi membaca saja. Tidak pernah pun saya menduduki kuliah, atau mempelajarinya secara formal dari mana-mana institusi pengajian. Dan kefahaman saya mengenai Big Bang ini juga tidak pernah diuji melalui peperiksaan. Jadi tidak pastilah samada pengetahuan saya ini apakah mewakili idea standard Big Bang, atau pun tidak bah.Satu hal lagi ialah, saya gusar juga memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan suatu teori yang sebenarnya bukan mudah untuk difahami, terutamanya jika anda tidak biasa dengan teori-teori fizik seperti General Relativity dan Quantum Mechanic.

Saya tidak ada stail dan perancangan menulis yang khusus, apa yang terlintas saya hentam saja tulis lah. Maka kalau begini caranya saya pun tidak tahulah sampai mana dan bila topik Big Bang ini saya akan tulis. Mungkin sampai ke Big Crunch, pernah dengar ka? Bukan Big Bang saja yang ada bah.

Apapun yang saya tulis nanti mudah-mudahan senang difaham dan tidak membosankan la ya. Kita sama-sama belajar. Oh ya... cerita Big Bang ini khusus untuk yang bertanya mengenainya iaitu Cherry Lips dan Abang El, dan juga untuk sesiapa yang tertanya-tanya mengenai Big Bang lah tapi tiada peluang untuk menyelidikinya.

Saya selalu dengar istilah Big Bang ini, tapi satu habuk pun saya tara paham. Apa kaitu? Macam rugi pula saya nda tahu pasal benda ni.

Hm... Big Bang ini sebenarnya salah satu model atau teori yang menerangkan asal-usul dan evolusi alam semesta (Universe) ini. Ada banyak model-model lain tapi Big Bang lah yang paling popular dan diterima oleh kebanyakan saintis.

Ooo... Kenapa pula Big Bang ini tiba-tiba saja disebut-sebut sampai saya pun terdengar dan jadi curious?

Entahlah kenapa. Rasanya mungkin disebabkan ramai orang sudah buat filem sains fiksyen dan menyelitkan sedikit idea ini dalam filem mereka. Punca istilah Big Bang ini wujud adalah gara-gara seorang saintis yang tidak percaya pun pasal teori ini dan dia yang menyebut teori ini dengan nama Big Bang. Mengolok saja bah dia masa tu. Nama dia Fred Hoyle. Err... mungkin juga kerana Big Bang ini menyentuh pasal asal mula alam semesta. Jadi semua orang pun hendak membuat perbandingan penjelasan teori ini dengan fahaman agama mereka.

Mungkin ada sebab lain lagi?

Err, kalaulah tiba-tiba kau baru tahu kononnya bos kau masih lagi berpahaman bahawa pusat alam ini ialah Bumi yang leper, dan daratan terapung di atas permukaan air yang ada penghujungnya. Dan bos ini percaya jika kita belayar terlalu jauh kita akan terjatuh bila sampai di hujung air tersebut. Apa tanggapan kau sama bos mu itu? Tentu saja bos kau ini jadi seorang yang tidak intelek, tiada kredibiliti, kolot, dan macam-macam lagilah anggapan buruk yang lain. Pada hari ini, tidak tahu pasal Big Bang bolehlah dianggap kolot juga seperti si bos itu tadi, tidak kiralah samada anda percaya atau tidak Big Bang itu bah. Kira macam satu bentuk kayu pengukur juga lah terhadap pendedahan kita. Tapi jangan serius lah... kita cerita-cerita saja la.

Jadi bagaimana asal usul alam semesta menurut Teori Big Bang ini?

Kononnya lebih kurang 14 billion tahun dahulu, semua benda yang ada di dalam alam semesta pada hari ini terkumpul dalam satu titik kecil bersaiz beberapa milimeter sahaja. Keadaan pada masa itu sangat tumpat (dense) dan sangat panas. Dalam teori ini, keadaan pada masa itu dipanggil Singularity. Biasalah... kalau termampat memang jadi panas. Sebab itulah kalau masa sejuk, semua suka rapat-rapat supaya panas.

Bukan alam semesta ini statik dan sentiasa wujud ka?

Hehehe... Ada ramai juga orang percaya macam itu. Ahli-ahli falsafah Greek misalnya ramai yang tidak suka idea alam ini ada permulaannya kerana status alam jadi tidak sempurna kalau ia ada permulaan kunun lah. Dan bagi mereka alam ini statik sampai bila-bila.

Jadi kenapa ada lagi pula muncul Big Bang ini. Kenapa tidak kita teruskan saja dengan idea ahli-ahli falsafah Greek itu?

Ok... ada beberapa sebab yang aku nampaklah. Ingat, ini pandangan aku saja. Pertama ada dua teori besar mengenai pergerakan objek telah diterima pakai untuk suatu tempoh yang lama sudah iaitu Teori Graviti Newton, dan Teori Relativiti Einstein. Sebenarnya lah kan, kedua-dua teori ini pada mulanya meramalkan bahawa alam ini tidak sepatutnya statik seperti kepercayaan kau tadi tu, tetapi dinamik dan bergerak samada mengecut atau mengembang bah. Namun Newton dan Einstein juga terpengaruh dengan idea bahawa alam ini statik. Jadi mereka berdua pun mengubah suai formula-formula yang ada dalam teori mereka supaya output formula mereka menunjukkan alam ini statik.

Oh... macam itu ka? Apa yang Newton dan Einstein buat?

Menurut Newton, antara setiap objek itu ada daya menarik antara satu sama lain yang dia namakan daya graviti. Maknanya lama kelamaan semua benda-benda yang ada di dalam alam semesta ini akan berkumpul di satu titik. Dia jadi risau dan memberitahu bahawa itu tidak akan berlaku kerana menurutnya alam ini tidak terbatas atau tidak tertakrif. Bila dalam situasi tidak tertakrif keluasan, maka tidak ada satu titik pun dalam alam semesta ini boleh dianggap sebagai titik pusat untuk semua benda ini berkumpul akibat graviti tadi. Heheh... fahamkah? Menurut Stephen Hawking (saintis yang duduk atas kerusi roda tu) kesilapan Newton ialah sebenarnya dalam situasi di atas, semua titik adalah menjadi titik pusat sudah bah. Faham? Tak pa, yang aku mau kasi tahu ialah, kalaulah Newton tidak berhujah mau cari pasal supaya alam ini statik, sudah tentu dia orang pertama akan cakap alam ini akan mengalami keruntuhan yang hari ini dalam sains dipanggil Big Crunch. Kesian Newton. Tapi dia terpengaruh dengan kepercayan umum masa itu bahawa alam ini statik.

Formula dalam teori Einstein pula memberi implikasi bahawa alam ini mengembang. Einstein juga seperti Newton, terpengaruh dengan kepercayan alam statik. Jadi Einstein pun mengubah fromulanya dengan memperkenalkan satu parameter baru dalam formula. Bagaimana pun, sekitar tahun 1929, kajian menerusi Hubble Space Telescope menujuukkan bahawa galaksi-galaksi yang ada di luar sana semakin menjauhi antara satu sama lain. Selepas penemuan oleh Hubble ini, Einstein mengakui kesilapannya apabila dia berkata ”the greatest mistake in my life”. Einstein juga terlepas peluang menjadi orang pertama untuk menyatakan bahawa alam ini tidak statik.

Selain bukti dari dua teori tadi, betulkah alam ini tidak statik? Apa maksud alam mengembang yang ditemui Hubble itu?

Kedua, melalui pencerapan yang dilakukan oleh ahli astrofizik dan astronomi, memang alam ini tidak statik, dan sebenarnya alam ini sedang mengembang. Boleh baca balik artikel bertajuk Teka-teki dan Doppler Effect And The Expanding Universe dalam post terdahulu. Buat masa ini kita rehat dulu la ya, nanti kita sambung lagi esok lusa. Terima kasih untuk meluangkan masa membaca. Bila kita sambung balik saya akan sentuh pengembangan ini lagi. Bye.









Read more...

2 = 1 ?

Sunday, November 30, 2008

Hello, apa khabar? Semoga sihat semua.


Ok, tukar topik dulu, panat asyik cerita Anunnaki saja. Gambar di bawah ini menunjukkan soalan teka teki matematik oleh seorang guru kepada murid-muridnya. Tidak juga susah cuma mengelirukan. Steps yang ditunjukkan semuanya pun logik. Pigi lah rujuk buku tingkatan 3, bahagian algebra kalau inda percaya. Tapikan soalan ini bukan saja murid-murid yang nda dapat jawab, guru math pun ramai pula kasi jawapan yang mengejutkan dan salah lagi tuuu.... aiyaaaa.

Bah, kalau mau test power cubalah cari apa juga silapnya soalan itu. Pasal mana la bah logik kalau 2 = 1 ... kan kan kan?



Dalam masalah ini, guru itu cuba menunjukkan bahawa...

jika a = b,
maka (kuasadua a) = (kuasadua b) = (a darab b)
dan (kuasadua a)-(kuasadua b) = (kuasadua a)-(a darab b)
seterusnya dengan memfaktorkan (ini skil tingkatan 3 saja tau... haha)
(a+b)(a-b) = (a)(a-b)
(a+b)=(a)
tetapi a=b
maka, (a+a)=(a)
2a=a ?
mengelirukan kerana, katalah a = 1, maka 2(1) = (1)
iaitu, 2 = 1. hehehehehe

jelaskan kenapa jadi begini...

Bye. :)

Read more...

Planet X atau Nibiru? (6)

Saturday, November 29, 2008

Hi…

Skarang jam 2.30 pagi. Tidak dapat tidur. Puas tidur satu hari pasal demam. Jam 8.00 malam tadi terpaksa juga pergi klinik minta ubat. Mau hilang sudah la ni demam, tapi nda dapat tidur la pula. Jadi.... kita sambung la kisah Planet Nibiru itu.

Setakat ini sudah cerita sampai perlanggaran Kingu dengan Tiamat. Kemudian niat Prince Anu dan Princess Antu untuk merampas pemerintahan Emperor Alalu dan Empress Lilitu di Planet Nibiru itu.

Aiso: Kamu tahukah kenapa bumi ini di panggil Earth?

Cherry / Dewi : (Geleng-geleng nda tau).

Aiso: Menurut Zecharia, apabila Prince Anu, Princess Antu, bersama anak-anaknya, dan krew Anunnaki yang pertama mendarat ke Tiamat dan membina penempatan, mereka memanggil kawasan penempatan ini sebagai Eridu. Eridu itu bererti tempat tinggal yang jauh dari tempat asal. Namun istilah Eridu ini mengalami evolusi dan meresap ke pelbagai bahasa. Eridu ini menjadi Ardh dalam bahasa Arab, Aratha atau Ereds dalam bahasa Aramaic, Erd atau Ertz dalam bahasa Kurdish, Ordu dalam bahasa Turkey, Urdu dalam Hindi, Erde dalam German, Aarde dalam Dutch, Eorthe dalam Inggeris kuno, dan Earth dalam Inggeris moden.

Cherry L: Wah,begitu pula asal istilah earth ini.

Aiso: Aku harap kamu faham bahawa sebelum berlaku perlanggaran di antara Tiamat dengan Kingu itu, sudah ada Anunnaki yang berada di Tiamat untuk mencari emas.

Dewi N: Krew pertama diketuai oleh Prince Anu dan Princess Antu kan?

Aiso: Ya. Ingat lagi siapa yang turut sama ke Tiamat masa itu Cherry?

Cherry L: Anak-anak Prince Anu iaitu si Enki, Enlil dan Ninkhursag, selain beberapa krew Anunnaki lagi lah.

Aiso: Hehe... ingat arrr. Diringkaskan cerita setelah emas berjaya ditemui di Tiamat, maka semakin ramailah Anunnaki yang dihantar ke Tiamat untuk menjadi pelombong emas. Maka untuk suatu ketika atmosfera Nibiru itu dapat diselamatkan. Begitulah keadaannya sehinggalah berlaku peristiwa perlanggaran di antara Kingu dengan Tiamat. Akibat perlanggaran itu banyak lombong emas yang musnah. Maka Emperor Alalu dan Empress Lilitu pun datanglah ke Tiamat untuk melihat kemusnahan lombong-lombong emas itu. Sebenarnya Prince Anu sudah menghasut Anunnaki yang ada di Tiamat supaya bekerjasama dengannya untuk merampas kuasa dari Emperor Alalu. Maka peristiwa rampasan kuasa oleh Prince Anu menjatuhkan Emperor Alalu ini berlaku apabila Emperor Alalu datang ke Tiamat untuk membuat lawatan dan melihat sendiri kemusnahan di Tiamat akibat perlanggaran dengan Kingu. Prince Anu dan Princess Antu kemudian menggelar diri mereka sebagai Emperor Anu dan Empress Antu. Emperor Alalu dan Empress Lilitu dilarang daripada balik ke planet Nibiru. Kononnya Emperor Alalu dan Empress Lilitu ini masih hidup dan berada di bumi.

Dewi N: Haa? Di mana Alalu sama Lilitu ini bersembunyi di bumi?

Aiso: Di dalam suatu ruangan bawah tanah yang luas di Pergunungan Grand Teton, berhampiran dengan Yellowstone National Park.


Dewi N: Aik, di mana tu?

Aiso: Di Wyoming US la mana lagi. Cantik tu tempat. Nah, kalau macam kau ni minat fotografi, puas la kau menggambar pemandangan kalau kau pigi sana.

Dewi N: Fuiyooo... bestnya.

Aiso: Ok, sambung balik. Selepas rampasan kuasa oleh Prince Anu yang kemudian mengclaim dirinya sebagai Emperor Anu, maka usaha menggali emas untuk menyelamatkan atmosfera planet Nibiru itu pun berterusan seperti biasa. Tapi lama kelamaan, Anunnaki yang menjadi pelombong emas itu merasa tidak puas hati kerana terus-terusan menjadi pelombong. Dorang pun mogoklah nda mau melombong lagi.

Cherry L: Dorang bawa sepanduk minta kasi naik gaji ka?

Aiso: Wuik... aku pun nda tau. Haahaha. Mangkali juga.

Cherry L: Siapa yang menjaga pelombong-pelombong Anunnaki masa tu?

Aiso: Nefilim Duke Nergal dan pasangannya Duchess Ereshkigal

Cherry L: Jadi dorang dua la yang menjadi ketua mogok?

Aiso: begitu la tu…

Cherry L: Jadi macam mana lah Emperor Anu dan Empress Antu mengatasi masalah tiada pekerja mau melombong?

Aiso: Hmm… ingat lagi Emperor Anu ini ada anak bernama Ninkhursag?

Cherry / Dewi: Ya...

Aiso: Ninkhursag ini sebenarnya pakar genetik dan merupakan ketua pegawai perubatan.

Cherry L: Jadi kenapalah kalau dia pakar genetik?

Aiso: Ok, siapa penduduk asal Tiamat?

Cherry L: Neanderthal.

Aiso: Haaa… jadi Emperor Anu dapat idea bahawa Neanderthal ini sepatutnya boleh dijadikan pelombong bah. Cuma masalahnya Neanderthal ini tidak bijak. Jadi Emperor Anu meminta Ninkhursag menghasilkan hybrid daripada cantuman genetik Anunnaki dengan Neanderthal supaya lebih bijak dan boleh diarah jadi pelombong.

Dewi N: Ish… betul bah ini cerita? Apa bukti si Zecharia ni?

Aiso: Hmm... kununnya gambar ular berlingkar dalam tablet itu mewakili idea double helix pada genetic code sequence dalam kromosom. Ingat lagi biologi ka? Kita pernah belajar tu pasal double helix.


Cherry L: Berjaya jugakah si Ninkhursag menghasilkan hybrid itu?

Aiso: Setelah mencuba banyak kali akhirnya Ninkhursag berjaya juga menghasilkan hybrid yang dia mau itu.

Dewi N: Macam mana dia buli dapat?

Aiso: Ninkhursag suntik genetik dari abang dia si Enki ke dalam Neanderthal tu. Jadi hybrid yang terhasil itu dorang panggil Adamu.


Cherry L: Aik... macam nabi Adam a.s. saja tu tau?

Aiso: Hehe, kan awal-awal lagi suda aku warning supaya mesti open minded kalau mau tahu cerita pasal Nibiru dan penghuninya. Lambat laun akan nampak macam ada kaitan dengan cerita-cerita dalam agama langit (Judaism, Kristian, Islam)

Dewi N: Macam mana pula Hawa muncul?

Aiso: Hmm… sabar dulu Dewi. Aku cerita dulu pasal Adamu ini. Hehehe.

Dewi N: Ok...

Aiso: So, setelah berjaya menghasilkan satu hybrid yang dipanggil Adamu, maka langkah seterusnya ialah memperbanyakkan saja hybrid-hybrid ini. Maka untuk memperbanyakkan hybrid ini, Ninkhursag menggunakan teknik pengklonan (Cloning). Akhirnya banyaklah Adamu terhasil yang akan mengambil alih tugas melombong emas dari golongan Anunnaki sebelum ini.

Cherry L: Eh, kalau mau klon bukan perlu tempat pengeraman ka?

Aiso: Betul, jadi bibit-bibit atau klon klon Adamu yang banyak itu dieramkan oleh golongan Anunnaki perempuan. Bila cukup masa maka Adamu akan dilahirkan lah. Saiz Adamu ini lebih kecil daripada Anunnaki sebenar.

Dewi N: Kalau ikut cerita Zecharia ini, Adamu ini dicipta untuk menjadi pelombong emas saja lah kan?

Aiso: Ya, begitulah nampaknya.

Dewi N: Ish ish ish... dangerous ni cerita hahah. Setahu aku Adam dicipta untuk menjadi khalifah di bumi.

Aiso: Ehem… yang itu aku nda mau komen.

Cherry L: Ok, lepas tu apa jadi?

Aiso: Ahirnya masalah ketiadaan pelombong itu berjaya diselesaikan oleh Ninkhursag. Planet Nibiru pun tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan emas sebab ada sudah banyak Adamu yang tolong gali emas itu.

Cherry L: Kesian juga Anunnaki yang perempuan jadi tukang eram klon klon Adamu kan.

Aiso: Nah… kau baru dengar cerita ini pun pandai kesian sama Anunnaki perempuan hahaha. Sebenarnya Anunnaki perempuan yang kerja dorang jadi tukang bunting sama tukang beranak tu Adamu semua pun akhirnya tidak puas hati dengan peranan dorang yang macam itu. Dorang pun mogok tidak mau jadi tempat eram klon.

Dewi N: Wuik... makin huru hara ini cerita hahaha...

Cherry L: Ya bah... sana sini suda pemberontakan berlaku. Lucu pula.

Aiso: Hehehe... ba, aku tangguh dululah ini cerita. Kasi reda dulu itu huru hara sekijap. Lagipun badan nda berapa sihat la. Mau rehat dulu. Babai...

Read more...

About This Blog

My childhood, life, idea, bla bla...

  © Blogger template Cumulus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP